Saturday 24 March 2012

SEGMEN : Saya Suka Doodle







Hye ^_^



okay..join segmen lagi untuk hari ni..sesiapa yang nak join pon boleh..
cuma Klik Sini aje :))



 



Nama : Nur Diyana
Warna : Pink colour



Tag : Ain dan Sis92



 





Segmen Up Followers + Review Blog by Dila Diaries







Hye ^_^




 


Sesiapa yang berminat nak join bolehla Klik Sini okay! ^^


Ni adalah syarat2 penyertaan :

  • Follow blog Ila & Like fanpage Ila Tekan SINI  (WAJIB) - okay dah like
  • Buat satu entry "Segmen Up Followers + Review Blog "  (WAJIB) -dah buat lerr ni
  • Letak banner dekat atas ni dalam entry korang tu dan link kan ke segmen ni  (WAJIB)-dah
  • Tag rakan blog  (SUNAT)- sunat je kan ? hehehe malas lah nak tag
  • Linkkan entry korang tu dalam komen entry ni - okay
  • Tamat 10/4/2012


 


Wednesday 21 March 2012

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah?






Hye ^_^



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang. 



 



1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.. 


Credit to : Bulan Purnama



 


Aku Berharap Dia Adalah Jodoh Ku :)







Hye ^_^




 


 


Tuhan..jika dia memang jodohku..dekatkanlah
jika dia bukan jodohku..jodohkanlah
tetapi, jika dia benar-benar bukan jodohku, maka janganlah diberikannya jodoh selain aku ( boleh ke? ) hehehe ^^


Tapi ni yang paling indah :)


 


Ya Allah
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi

Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah! Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang tebaik buat ku
Kerana Kau tahi segala isi hati aku

Ya Allah
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan untukku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
dan peliharalah diriku daripada kekecewaan

Ya Allah
Berikanlah diriku kekuatan
Melontarkan bayangannya ke dada langit
Agar ku rasa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tak sama dengan dirinya
Seandainya dia datang menemuiku
Cinta itu adalah cinta sejati dan satu
Seandainya dia tidak datang menemuiku
Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi..

Ya Allah
Pasrahkanlah apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Kerana Engkau maha mengetahui
Bahagia yang terbaik untuk hambamu ini





 


Wordless Wednesday #16







Hye ^_^









 


Thursday 8 March 2012

Selamat Hari Wanita Sedunia :)







Hye ^_^









Apa yang istimewanya tarikh 8 Mac setiap tahun? Untuk pengetahun semua tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day :)

Mari kita ambil tahu sikit, kenapa hari wanita ni diraikan? Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. 

Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya. 

Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia. Semoga kita akan lebih berwawasan dan berjaya seperti kaum lelaki. 



Kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" .

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).



Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.



SELAMAT HARI WANITA <3




Saya Nak Tudung Bawal







Hye ^_^




Hari ni aku telah dijemput oleh Cik Ika untuk join cabutan hadiah yang dibuat oleh beliau :) kalau korang berminat bolehla singgah ke blog beliau
okay! ^^







Tarikh Tutup : 23 Mac 2012






Tuesday 6 March 2012

SEGMEN : AMALINA YAAKUB dan RAYHA ROZI | AY dan RR







Hye ^_^




Hari ni aku nak join satu segmen yang agak menarik bagi bulan Mac ni..kalau korang nak join bolehla Klik Sini dan Klik Sini juga okay! ^^







Kalau korang rasa korang berminat nak join, bolehla join ramai2..kita bagi support dekat mereka sebab ni adalah segmen pertama mereka..cepat, jangan lepaskan peluang ni!!!!!



Tarikh Tutup : 18 Mac 2012





Esok Result STPM Keluar

 








Hye ^_^



Dah lama rasanya tak menghadap depan lappy untuk mengupdate blog..tapi aku online FB, Twitter boleh pulak kan? haha..bukannya apa, cuma idea tak datang2 sebab tu aku tak tahu nak update apa..maybe ni semua gara2 result STPM nak keluar kot..alahai =.='


Semua mesti dah tau kan result STPM keluar esok bersamaan 7 Mac 2012..perasaan aku saat ini sangatlah takut dan berdebar-debar..I'm always thinking about my result n i'm really2 worried about it..hanya Allah sahaja yang tahu situasi dan perasaan aku saat ini :(


Susah kot aku nak tidur malam ni..aku cuma berharap everything will be fine tomorrow..harap2 rakan2 seperjuangan aku yang lain akan dapat result yang gempak dan boleh membanggakan..agak2 ramai tak eak yg dapat 4 Flat? aku sendiri pon tak pasti, just wait n see :) korang semua doakan la yang terbaik untuk aku agar aku dapat keputusan yang cemerlang dalam STPM dan dapat meneruskan pengajian di IPTA..InsyaAllah ^^






Semoga esok adalah hari yang paling menggembirakan untuk kami calon2 STPM 2011..kalau tak dapat result yang bagus, sijil STPM tu akan bertukar menjadi Sijil Tunggu Pinangan la jawabnya..hahaha..walau apa2 pon, esok jangan ada sesiapa tanya aku dapat bape okay! *kalau result okay aku terus post kt FB..hehehe

Apa yang penting plan aku esok pergi sekolah tak nak pandang kiri kanan dan kaki terus melangkah keluar ke pintu pagar sekolahh..LARIIIII!!!!! hahaha..kalau tak kompem dyowg semua tanya aku dapat bpe..nak menghadap2 muka guru2 yang mengajar lagi la malu..aisemannn :$


Ok la..cukup la eak setakat ni aje..this story mory will be continue tomorrow..errrr?? InsyaAllah la ehh..hehe..i hope u alls can pray for my sucess and i hope i can get flying colours result..Aminnn :)





Friday 2 March 2012

7 Kebaikan Apabila Kita Menangis







Hye ^_^




Kadang-kadang kita menangis kerana gembira, tetapi selalunya kita menangis kerana berduka bukan? Berapa kerap korang menangis? Berapa kerap korang  menangis? Bertahun-tahun sekali? Setahun sekali? Sebulan sekali? Seminggu sekali? Sehari sekali? Berkali-kali sehari?J angan cakap korang tak pernah menangis, tak baik menipu taw..hehe


Tapi kalau korang semua nak tahu, menangis ni ada kebaikannya jugak taw..tak percaya? ok, cuba baca entry sampai habis okay! ^^








1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...