Saturday 30 June 2012

30 Jun 2012 : Happy Birthday Sayangku :)








Hye ^_^





Sebelum aku gerak untuk pergi ke KL hari ni, aku nak update satu entry khas untuk yang tersayang, siapa lagi kalau bukan Encik Bedak Sejuk kesayangan aku tu. hehe :)

Hari ni, 30 Jun 2012 merupakan hari jadi dia yang ke - 21 tahun. Happy birthday my dear. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya dalam setiap apa yang dilakukan dan bahagia selalu :) 

Sedih sangat bila tak dapat nak sambut birthday sama2 dengan dia. Even tak dapat sambut sama2, kami dapat sambut jugak hanya dengan melalui skype. haha. Kira ok jugak la tu kan? hehe. Hadiah untuk bitrhday dia telah selamat sampai kepada dia. Hadiah hanya melalui pos laju sahaja. Aku harap dia suka dan terima seadanya apa yang aku bagi. Aku pun tak tahu sebenarnya nak bagi apa kat dia, tapi akhirnya aku jumpa jugak hadiah yan dicari. wink2 :)






Hadiah untuk dia yang tersayang :)



Cuba korang teka apa agaknya isi dalam hadiah tu kan? kalau dapat, maknanya korang memang bijaksana, boleh jadi ahli nujum. haha. Tak ada apa yang special yang aku dapat bagi untuk birthday dia kali ni. Hope dia suka la dengan hadiah pemberian aku yang tak seberapa tu. Apa2 pun, doa yang paling penting kan. Aku selalu berdoa agar dia diberikan kesejahteraan hidup dan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Aminn, InsyaAllah :)


To my dear, Mohamad Saiful :

Happy birthday to you honey. May Allah bless you. I will always love you and make you happy with me. Semoga bila dah meningkat umur ke angka 21 ni, you akan menjadi lebih matang, dan jadi anak yang soleh :) ILOVEYOUSOMUCHHH!!! 



P/S : Suka tak, suka tak hadiah tu? hehehe





Tuesday 26 June 2012

New Handbag Please (-.-")







Hye ^_^



Jangan korang terkejut pulak ye. Malam ni tetiba aku meroyan nak update blog banyak2. haha. Macam ada orang yang baca je kan. Tapi xpe, asalkan aku puas. Betul tak? hehe


Aku mengaku, aku memang gilakan beg. Tak tahu la jangkit siapa kan. Pantang nampak beg, ada je pasang niat nak membeli. Tapi kalau duit tak ada, better tutup mulut rapat2 jela. Mula pasang azam nak kumpul duit beli handbag idaman. Ala, perempuan memang macam tu kot. hehe. Sampai mak aku pun bising2 cakap aku ni suka membazir beli handbag padahal nak pakai pergi mana je? haha. Boleh pakai pergi date dengan Encik Bedak Sejuk kesayangan. hehe.


Aku memang tengah nak kumpul duit beli handbag. Lagi2 masa sabtu lepas aku pergi rumah sepupu aku, dia baru beli handbag baru jenama Giossardi. Perghh, aku pun mula la jeles kan sebab dia dapat beg baru. haha. Nak tahu tak macam mana beg dia? Jumpa jugak bila aku search dekat Google :)



Ini lah beg yang dibeli oleh sepupu aku tu. Giossardi ok, bukan calang2 jugak la brand tu kan. Actually, aku pun ada jugak, 3 bulan lepas baru beli. Tu pun tunggu diskaun baru aku beli. haha. Nak tunjuk kan, tapi kat Google tak ada pulak. Sebelum nak raya ni aku plan nak beli handbag baru untuk raya akan datang. Tak lama je lagi kan? Haruslah semua baru. hehe. Dalam perancangan nak kumpul duit ni, tak tahu cukup ke tak sebab kepala dah ligat pikir macam2 benda nak buat and beli untuk raya. hehe. Tapi apa2 pun, beg baru mesti ada  di pagi hari raya nanti. hehe. Beg apa eak yang nak beli?? Kalau lah dapat LV kan, fuhh, memang terbaik la. Aku dah lama suka shoulder beg and totes LV dri jenis Monogram Multicolore ni sebab nampak comel and serious sophisticated..!




Harga dia ar0und $2040.00 kot..err (ok,agak mahal ) ble convert ke ringgit malaysia jadi RM6393.50 ( wehh melampau..! giler mahal (-.-")) ok fine, tak nak la..6 ribu lebih buat habis kat satu handbag LV..(ouch..! ) Memang tak makan la aku lepas tu. huhu




LV; ursula bag ( g0rgeous..!)



Huhu. tapi tak pela, dapat Giossardi untuk raya nanti pun dah bersyukur. Hari tu pergi date dengan Encik Bedak Sejuk lalu la dekat beg brand ni kan, tak beli pun cuma cuci2 mata je @_@. Buat aku rasa nak beli je, tapi kita kumpul duit dulu ye :) huhu. Ok la, tak mau la update panjang lebar sangat, jenguh pulak korang nak membacanya. Haha. doakan aku dapat beg baru untuk raya ni tau. hehehe. bubye!~








Lelaki Nampak Comel Apabila...







Hye ^_^




  • lelaki comel apabila....... cemburu - selalu kita dengar perempuan lah mudah cemburu dan kuat melenting tapi bila lelaki yang cemburu mesti comel kan sebab tetiba je dia jadi senyap. Pastu buat muka merajuk dan mulut muncung yg boleh diikat 14 kali. haha ok itu tipu..tapi kalau cemburu buta tu lain cerita la..tak comel dah tapi tersiksa! Macam  Encik Bedak Sejuk kesayangan aku, tetap comel je, tak kira cemburu atau tidak memang tetap comel ! serious ! hehe.




  • lelaki comel apabila....... pakai baju melayu. sejuk je hati memandang..persis lelaki melayu terakhir phewitt!  bukan senang nak tengok lelaki berbaju melayu melainkan di hari raya or event -event tertentu je. 






  • Lelaki comel apabila....... pergi surau/masjid. lepas pakai baju melayu pergi ke surau/masjid pulak..ahh makin cair hati. comel kan bila si lelaki mesej " darling, abang nak pergi surau dengan abah kejap eh. take care. Bye" mesti si perempuan tersengih - sengih macam bantal busuk je bila baca mesej tu. Dalam hati mengatakan, " inilah bakal menjadi imam keluarga aku nanti".





  • lelaki comel apabila....... tolong bawa kan plastic bag semasa mama, adik, awek dia tengah shopping. lelaki secara fizikalnya memang lebih kuat daripada wanita. Jadi, tak salah kan kalau lelaki tolong bawa kan shopping bag. memang terserlah lah kecomelannya. tapi jangan lah sampai beban kan si lelaki jika shopping bag terlampau banyaknya. si wanita tolong bawa kan sikit pun dah ok =)



  • lelaki comel apabila....... sayangkan haiwan especially kucing! tak mustahil lelaki yang sayangkan haiwan bersifat superb loving! bukti sebab Rasulullah S.A.W pun sangat kasih terhadap kucing. Macam   Encik Bedak Sejuk aku yang sorang tu, memang suka gila dengan kucing. sebab tu comel je. haha ( kembang kempis hidung dia kena puji )




  • lelaki comel apabila....... bersukan! comel kan petang-petang lelaki turun padang at least untuk jogging. pastu main badminton, bola sepak, futsal dan sebagainya. takdelah petang-petang merempit sana-sini pastu buang masa dengan mengorat awek kat tepi jalan ke apa. so, lelaki dengan sport memang tak leh dipisahkan. perempuan? petang-petang boleh tolong ibu di dapur goreng cekodok pun takpe. hehe.





  • lelaki comel apabila....... menonton drama korea. bayangkan lelaki berjam-jam tengok drama korea lepas tu siap boleh bercerita berkongsi pulak dengan awek dia mengenai drama yang dia baru tonton. pastu sama-sama pergi kat dvd store beli the latest korean drama..ha kan comel tu! lelaki camni memang mempunyai jiwa sentimental yang tinggi. Usually, diorang gak jenis setia kaw-kaw terhadap pasangan.




  • lelaki comel pabila....... pandai main muzik contoh pandai main gitar, drum atau sebagainya. biarpun tak reti sangat main tapi si lelaki tetap berusaha untuk memainkan alat muzik tersebut. lagi comel bila si lelaki bersungguh untuk menyanyikan lagu untuk perempuan disukainya. biarpun suara sumbang dan tak sehebat Bruno Mars tapi mampu buat si awek ketawa dan terharuuuu.




  • lelaki comel pabila....... salam dan cium pipi ibu bapa diorang. menampakkan ciri-ciri seorang anak yang menghormati parents nya. ! sejuk mata ayah memandang sejuk perut ibu mengandung bila dapat anak baik macam ni kan. sesuai sangat nak buat bakal suami hehe.



SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ







Hye ^_^







Kalau korang nak join cuma Klik Sini ok :D


kenapa suka terjah blog Abang Nasz?
- Sebab abang nasz adalah seorang blogger yang sempoi dan cool la. Dia rajin sangat buat segmen dan semestinya aku rajin untuk join setiap segmen yang dibuat oleh beliau :)


Tarikh Tutup : 27 Jun 2012 ( 10 malam )








Sunday 24 June 2012

Doa Untuk Kekasih







Hye ^_^



Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.

Tetapi ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.

Dan ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha Ya ALLAH.

Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.




Amin Ya Rabbal Alamin =)




8 Cara Nak Buat Bekas Kekasih Anda Menyesal!!







Hye ^_^



1. Untuk menyakitkan hati bila bf atau gf anda minta break, anda cakap kat dia camne "Dah lama saya tunggu peluang ne. Terima kasih banyak-banyak la memudahkan kerja saya." Lepas tu lompat-lompat la sikit nak tunjuk anda gembira (padahal dalam hati sedih giler)




2. Pulangkan semua gambar-gambar ex anda. Letak gambar tu dalam kotak atau pendrive dan jangan lupa campur sekali dengan gambar-gambar lelaki hensem atau awek-awek cun yang lain. Pastu buat short note kat situ "p/s :Awak yang mana satu eh ? sorry la,saya dah lupa. Pilih la sendiri pastu hantar balik kat saya."
3. Bila nampak ex anda berpegangan tangan dengan perempuan atau lelaki lain, sapa lah mereka dan cakap "Eh,awak bukan bf/gf aku nombor 5 ke? lama tak jumpa!". Kalau nak buat dia bengang lagi, cari sorang budak yang nampak rock pastu tegur diorang "Jah, adik kau mintak duit nak makan kat aku. Kau tak kesian ke kat dia?". 

4. Cubalah bergaya sikit. Kalau dulu masa couple anda pakai selekeh je. Pakai la pakaian kemas nak bagi nampak anda berpelajaran. Baju RM 10 pun kalau anda pandai menggayakannya boleh nampak kacak jugak. Mesti dia menyesal meninggalkan anda.
5. Bila nampak dia online kt FB , Twitter terus post status atau gambar-gambar saat anda bahagia bersama kawan-kawan. Untuk menunjukkan anda boleh hidup bahagia tanpa dia.Kalau la dia dah remove anda, cuba tag gambar anda tengah bahagia tu kat kawan-kawan dia. Mungkin dia akan tengok.
6. Biasanya, selepas clash ex anda akan cuba anggap anda sebagai kawan la konon. Cakap je dekat dia "Saya dah ada sejuta kawan,tak ada awak lebih bahagia hidup saya." Mesti dia bengang.
7. Kalau anda masih belajar lagi, masa ne la nak tunjuk tanpa dia pun anda boleh berjaya. Belajar sunguh-sungguh. Dapat kerja beli keta Ferrari. Pastu lalu tepi dia cakap "Lama tak jumpa awak. Eh, nak pegi mana ne, boleh saya tumpangkan."
8. Anda cari je orang lain yang lebih baik,hensem,cantik,romantik daripada ex bf/gf anda. Kalau dia ternampak saat anda bahagia mesti dia jealous. Padan muka sebab dulu tak appreciate. Dushh!



itu lah dia serba sedikit yang aku boleh kongsi dengan korang semua. Kredit to blog NICKNASHRAM sebab aku copy dia punya entri. hewhew sekali sekala copy entri orang best jugak..lagipun entri ini sangat bermanfaat buat remaja diluar sana yang tengah frust gewe..Meoww!!. renung-renungkan dan selamat beramal ^^


Bercinta memang mudah,
Untuk dicintai juga memang mudah,
Tapi untuk dicintai orang yang kita cintai, 
itulah yang sukar diperolehi.






Segmen : Bloglist Julai - Ogos 2012 By Mieya Atiera








Hye ^_^







Kalau ada sesiapa nak join bolehla Klik Sini :)





Thursday 21 June 2012

BEN ASHAARI DAN SAYA








Hye ^_^



BEN ASHAARI


Siapa yang nak  join bolehla Klik Sini ok. Tapi kalau nak join sampai jam 11 malam je tau :) Cepat2 sebelum terlambat.


Blog yang aku suka baca? Mestilah blog tu banyak info yang menarik dan bermanfaat untuk si pembaca. Selain itu, blog tersebut mestilah kemas, teratur dan cepat loading. Even blog diorang simple, tapi ini memudahkan orang lain untuk membaca entry mereka dan sering blogwalking dekat blog mereka. Lagi satu, aku suka baca blog yang santai dan mempunyai gaya penulisan yang mudah untuk difahami dan tidak terlalu merumitkan.





Wednesday 20 June 2012

Blog Review by Syakirah Rusli







Hye ^_^







Nak join korang Klik Sini :)



SYARAT-SYARAT JOIN BLOG REVIEW
 1 . Wajib follow blog Kyra dan LIKE fanpage Kyra kat Sini
2 . Copy banner kat atas nie dan linkkan terus ke blog Kyra . Jangan lupa .
3 . Tajuk entry ' Blog Review by Syakirah Rusli .
4 . Komen link entry anda di ruangan komen *cbox tak diterima*

KEISTIMEWAAN PEMENANG
Pemenang Pertama : Hadiah topup sebanyak RM5 , Blog Review sebanyak 2 kali , Header , cursor nama sendiri .
Pemenang Kedua : Blog Review sebanyak 2 kali , Header , Cursor nama sendiri
Pemenang Ketiga : Blog Review sebanyak 2 kali , cursor nama sendiri
Pemenang Keempat sampai Keduapuluh : Blog Review

DUE DATE
13 June - 30 June 2012
# Senarai pemenang akan disiarkan pada 1 Julai 2012 nie . Jika ada pertukaran tarikh akan diberitahu  .



SEGMEN SEKEJAP NASZ : BLOG PILIHAN SAYA







Hye ^_^







Nak join? Meh Klik Sini ok :)


Tarikh Tutup : 20 Jun 2012 ( 11:59 malam )


Blog pilihan : Blog Aisyah Humaira





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...