Sunday, 3 February 2013

Finally, I'm Back !









Hye ^_^




Dah lama tak update blog. Rindu. Perkataan yang biasa orang selalu sebut bila dah lama tak update. Blog dah bersemak samun lah dah berhabuk lah. haha apa2 entah. Aku punya tak berhabuk pun? Bersih je :p Haha, sorry. Sebenarnya bila da lama tak update ni idea nak tulis apa pun tak ada idea. Bak kata Najwa Latiff, kosong, kosong, kosong. Itulah yang sedang berlaku saat aku menaip entry ni. Hahaha

Sebenarnya, ini entry yang pertama di Tahun Baru di bulan yang kedua. Fuhh, semput nak menyebutnya. Nampak tak dah berapa abad, dekad aku tak update blog? Bukannya malas atau dah bosan untuk update blog ni, cuma kekangan masa yang membataskan aku untuk update. Yela, full time student kan. Tapi disebabkan aku tengah cuti sem ni, aku nak update sebanyak2 mana yang boleh sampai orang bosan baca blog aku. Tapi ada ke sekarang yang nak baca? Yela, blog aku dah lama suram dan menyepi :(






Bila dapat cuti selama 6 minggu ni, bahagianya dapat duduk dekat rumah dengan family. Tak ada rasa rindu pun nak balik ke Jengka tu haa ! hahaha. Kalau dah cuti lama2 ni, kompem rasa nak balik sana macam malas je kan. Tapi selagi tak habis, perjuangan itu harus diteruskan jugak. Ini lah yang dikatakan cabaran kalau kita nak berjaya :) hehehe.

Final exam untuk sem 1 bagi Degree hari tu aku tak nak komen apa2. Just wait and see apa hasilnya. Result pon lagi seminggu lebih je na keluar. Hanya mampu berdoa semoga semua subjek LULUS dan dapat pointer 3 keatas. Kalau boleh janganlah ada subjek yang kena repeat untuk next sem ! =.='


Okay, la. Cuma entry pendek je untuk malam ni. Cuma just inform kepada korang semua yang aku dah mula aktif balik mengupdate sepanjang semester break ni. Jangan lupa tunggu NEXT ENTRY okay :) bubuyeee ~~








Wednesday, 26 December 2012

Final Exam :(







Hye ^_^





Hye readers2 kesayangan semua. sihat tak? hehe. dah lama blog ni tak berupdate kan. ini pun aku curi2 masa sikit nak update. Maklumlah sejak kembali jadi student ni memang busy sgt2, lebih2 lagi masa dah nak dekat final. Memang stress sangat2. Mana taknya, nak kena siapkan assigment la, test and quiz memang tiap2 hari lecterur akan buat. Tapi alhamdulilah, semuanya siap jugak dan berjalan dengan lancar even macam2 yang berlaku. 

Now, I'm home sweet home :) memang best gila dapat balik rumah sebab study week. Tapi duduk kat rumah ni besar betul dugaannya kan? bila nampak katil je, rasa macam nak guling2 je, lagi2 dengan cuaca yang hujan dan sejuk ni. perghhh!! memang terbaikk la kalau tidurr je. sebab tu satu buku pun aku tak study lagi. Harap je bawak buku, nasib tak banyak. hahaha

Roomate2 semua dah tanya bila nak kelik Jengka? aku pun tak tahu lagi bila sebab diorang ada yang dah nak balik isnin ni dan ada yang dah sampai petang tadi. Bila nak final ni satu badan rasa seram sejukk je. takot kot sebab ni first final exam aku untuk degree. Paper aku start 7hb dan yang paling best first paper economy. memang awesome dia letak yang awal2 sebab tu la subjek yang susah bagi aku sebab aku tak ada basic lagsung untuk ekonomi. Tapi tak pe, i will make sure i can do it the best. hehe :)

Untuk semua kawan2 UiTM Jengka, untuk classmate 1C dan semua kawan2 yang dah nak final exam ni jugak, good luck to you all. Do the best among the best okay. Don't study hard, but study smart. Pray for me yeahhh :) Hope i can get a good pointer for my first semester and InsyaAllah kalau ada rezeki teringin nak dapat Anugerah Dekan. hehe. So, good luckk korangg semua. Aja2 fightinggg!!! 


p/s : Okay, nak out sebab nak study. Ecoomy oh economy =.=







Wednesday, 7 November 2012

Video Class For Our Assigment






Hye ^_^




Apa khabar korangg semua? sihat tak? Alhamdulilah kalau sihat. Kepada yang kurang sihat tu makan la ubat supaya cepat sembuh :) Maklumlah cuaca sekarang asyik hujan je kan dan aku sekarang ni pun dah nak demam ni sebab dah beberapa hari asyik kena hujan je bila balik dari kelas. Menyesal tak bawak payung :( 



Okay, dah beberapa hari aku tak mengupdate blog disebabkan kesibukan yang terlampau untuk buat video kelas kami. Ini merupakan salah satu assigment kami untuk subjek OSM402 Computing. Lecterur kitaowg bagi task untuk siapkan video tersebut and kena edit video tersebut then baru boleh publish kan dekat Youtube. Maluuu wooo orang tengok videoo. Hehe. Tapi ini adalah tugasan kan, so kena la buat if nak dapat markah terbaik :)


Ini adalah videonya. So, aku nak mintak tolong korang yang cantik2, comel2, handsome2 tu tengok video ni and tolong 'LIKE' sekali ea kepada sesiapa yang ada akaun Youtube. Kerjasama anda amatlah kami hargai. hehehe. Enjoy watch this video ^^








Kepada anda2 semua yang telah menonton video kelas kami ni, kami mintak maaf if video tersebut kurang best atau sebagainya. Ini adalah percubaan pertama kami untuk 1st sem ni. Apa yang penting bagi kami adalah work team. Kalau tak ada work team memang tidak akan terhasillah video macam ni. So, thank you kepada you all semua :D



P/S : Bayak assigment, quiz and test menanti lepas ni T__T










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...