Thursday 15 December 2011

STPM Tamat ! I'm Free Now :)






Hye ^_^




Mood aku hari ini tersangat lah happy..why? sebab semalam bertarikh 14 Disember 2011 tepat  pukul 4:00 petang aku da berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia ( STPM ) aku..bukan Sijil Tunggu Pinangan ok..hehehe..Fuhhhhh!!! hati dah
lega dan sekarang boleh tenang sebab semuanya sudah selesai dengan jayanya :)

Sebulan jugak lah aku bercinta dengan buku2, dewan peperiksaan semua..HAHAHA
bertungkus-lumus study macam nak gile..errr yela 2 kan ! hehe..tapi serius memang tension gile kot, aku duduk rumah asyik fikir bila la exam nak habis ni? rasa macam dah tak sabar je nak habis..actually exam boleh habis cepat, tapi gap dia terlalu lama gler..ada yang 4 dan  7 hari..mana taknya..naik lemak lah aku..dia bagi gap panjang2 pun bukannya
aku study sangat pun..siap buka mukabuku lagi taw..bila lagi 2 hari nak exam baru bukak  buku..hahahaha..gile kentang kan? ishhh..korang jangan buat macam ni
ok..hanya sesetengah orang sahaja yang  mampu melakukannya..hehehe :P

So far, exam ada soalan yang susah dan ada yang senang..normal la kan? hari pertama aku agak nervous sangat, malam nak tidur pun gelisah semacam je..bukannya nyenyak sangat pun..terguling sana, terguling sini..hehe..sampai aku cakap dengan boy aku Encik Bedak Sejuk yang aku takut nak exam..time tu la dia dah mula membebel dekat aku..hahaha..tadah jela  telinga dengar kan..Exam hari first subjek Pengajian Am 2 pada waktu pagi, aras soalan dia tinggi, agak susah jugak lah..tapi nak buat macam mana kan? buat jela apa yang termampu..Selang 1 hari exam untuk paper Pengajian Perniagaan 1 dan belah petang exam Bahasa Malaysia 2..kedua2 paper ni agak senang la jugak aku jawab, siap keluar dewan tersenyum2..tapi esok paginya pulak paper Sejarah 1 dan soalan dia agak mencabar..soalan yang target semua tak keluar, dan soalan yang ditanya skop dia agak kecil..so, kalau tak tahu nak jawab, macam biasa la buat fakta sendiri..hahaha..Selepas itu, aku ada gap 5 hari untuk paper Pengajian perniagaan 2, soalan dia pun mudah, tak ada lah sampai aku terkial2 nak jawab even ada la beberapa soalan yang aku hentam sahaja..Lepas tu aku ada gap 4 hari untuk paper Sejarah 2 plak, memang susah gile..malas nak fikir dah, soalan pun da jawabkan.hehe..then aku ada gap selama 7 hari untuk soalan objektif ( bulat2 aje ) untuk paper Pengajian Am 1 dan Bahasa Malaysia 2

Akhirnya...selama satu setengah tahun aku belajar di Tingkatan 6, berjaya jugak aku menamatkan zaman persekolahan aku..dah tak payah la aku nak memakai baju sekolah dan memegang title " Budak Sekolah " lagi..hehehe..cuti selama 9 bulan ni semestinya cuti yang memanjangkan dan aku akan menjadi penganggur yang terhormat..hehe..ingat nak carik kerja tapi tengoklah dulu macam mana..macam2 plan ada dalam kepala untuk menghabiskan masa cuti yang sangat panjang ni..just wait and see ok =)

Bila exam da habis, bolehla enjoy sakan kan? boleh la nak honeymoon puas2..hehehe..tapi jangan nak terlalu happy sangat, result belum keluar lagi..tapi InsyaAllah dalam akhir bulan Februari atau awal bulan Mac result akan keluar..haaa, time tu la kita menangis sebab berjaya atau gagal..bila fikir pasal result nie, ngeeee rasa seram pulakk :( takut kot, tapi apa2 pun aku redha jela dan berserah kepada Allah..mak aku pun pesan suruh buat sembahyang hajat supaya pemeriksa bila menanda kertas aku dia rasa tenang,dan kesian kat aku..hehe.lagipun aku da cuba buat sehabis baik sehingga ke titisan dakwat yang terakhir..so, berdoa adalah jalan yang terbaik untuk masa sekarang ni ^_^

Yeahhhh!! I'm free now..Goodbye my teachers, my friends, and my school <3 next year kita jumpa lagi ok bila amik result nanti :) aku dah tak jadi budak sekolah lagi dan takkan pernah jadi budak sekolah lagi..InsyaAllah selepas ini aku akan menjadi pelajar U pulak..korang semua doakan la yek..apa2 pun banyak kenangan yang tercipta di sekolah tak kira yang manis atau yang pahit..tapi sepanjang aku besekolah, aku rasa Tingkatan 6 ni la yang paling best sekali aku sekolah dan segala kenangan akan tersimpan rapat2..hehehe

Ini pun aku baru je lepas kemas bilik aku..buku2 semua aku da kemas dan mana2 kertas yang dah tak pakai sudah aku buang semunya..now, bilik aku dah tak ada satu buku pun..baju2 sekolah semua sudah aku basuh..dalam perancangan untuk membuangnya, tapi mak aku suruh simpan dulu sebab sayang dengan baju sekolah tu..siapa la yang nak pakai kan kalau simpan? adik perempuan aku pun masih kecil lagi..alahai mak ni ~ hehehe

Ok la..sampai di sini sahaja entry untuk hari ini..esok aku dah nak balik ke kampung sebab sepupu aku akan melangsungkan perkahwinannya <3 dan dalam perancangan jugak kami sekeluarga akan pergi bercuti..huh!! bolehkan tenagkan fikiran aku ni buat sementara waktu..Doakan la aku berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM ok :)

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !   HAHAHAHAHA


p/s : Exam dah habis..bolehla kahwin kan? hehehe :P





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...