Tuesday 28 May 2013

Kerinduan :)






Hye ^_^


Terlalu lama dah tuan blog ni tak update blog kan. Terasa rindu sangat2 nak update blog dan nak aktif macam dulu. Tapi apakan daya, kekangan masa membataskan aku untuk update blog. Tapi disebabkan cuti selama seminggu ni, aku gagahkan juga untuk update. Even sebenarnya idea tak datang mencurah2, tapi at least dapatlah jugak lepaskan rindu nak update. Betul tak? hehehe. Let's start the story :)

Syukur Alhamdulilah, aku dah pun masuk semester yang kedua, dan dah nak final tak lama lagi. Semester kedua ni berjalan dengan lancar. Tapi memang semester kedua ni lagi busy dari semester lepas. Banyak sangat assigment yang nak kena siapkan, lagi2 assigment typingg. setiap minggu ada je kerja yang kena buat. Kalau nak tau aku dah pro dah menaip guna jari-jemari yang betul. Makin laju dan pantas jari2 ni menaip. hehe. Kawan2 semua okay and aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti mereka. Mereka la pengubat segala kesedihan bila aku sedang bersedih, yang sanggup mendengar cerita sedih aku dan banyak memberikan nasihat dan kata semangat yang tak putus2 ketika aku sedang ada masalah dan bersedih. Dioranglah tempat aku nak bergelak ketawa dan bergurau senda. Macam2 ragam diorang ni and perangai gila2. Kadang2 sampai tak terlayan. hehe. Tapi inilah yang dikatakan sahabat, semoga persahabtan kita kekal sampai bila2. korang kawan yang terbaikk. i love you all semua :)






They make my life completed :)


Naik cuti ni je, banyak test and assignment menanti. Kena ready dari segi fizikal dan mental. InsyaAllah kalau tak ada apa2 halangan 26 June ni dah start final. Tapi jadual tak dapat lagi. So, kena get ready awal2 supaya tak menggelabah nanti nak jawab exam. Harap2 untuk final semester 2 ni lebih baik dari semester lepas. Dean List tetap dalam impian. Even kecundang and hampir2 untuk DL semester lepas, insyaAllah kalau ada rezeki untuk semester 2 ni aku akan capai jugak asalkan kena rajin usaha. Okay, aku memang malas and suka study last2 minute. Tak tahu la kenapa, dah terbiasa. Sebab tu la bila time test je markah agakkk mengecewakan. Tapi siapa suruh study last minute kan? haha. Lagi satu bila dah nak final ni aku kena kurangkan aktiviti berjimba. Aku rasa sem 2 ni aku lebih banyak berjimba kot. hahaha. So, lepasni kena la FOKUS ye and tau apa tujuan kita masuk Universiti ni bak kata   
Encik Bedak Sejuk kesayangan tu la. hehehe :p

So, semester 2 aku harap aku dapat jawab final dengan mudah dan lancar nanti. Dapat jugak merasa berpuasa untuk kali pertama tanpa keluarga di sisi.  Ini semua pengalaman yang akan mendewasakan kita dan menjadikan kita lebih kuat. So, korang semua doakanlah kejayaan aku dan jugak kawan2 aku yang lain seupaya kitorang semua berjaya dengan cemerlang. Ohh, tak lupa juga kepada insan tersayang, i wish you goodluck too. Do the best also for the final and I believe you can do it. Aja2 fightingggg!! :)




Even macam2 perkara berlaku, keep smile always and be a strongg :)
Be grateful, keep praying and always bersangka baik kepada-Nya.



Bubyee~~!!







Saturday 16 February 2013

Alhamdulilah :)






Hye ^_^



Semalam result exam untuk degree UiTM punya dah pun dikeluarkan. Rasa takut jugak nak tengok hasilnya, tapi mesti kena tengok jugak kan? hehe. Pagi2 lagi aku dah bangun terus on laptop then bukak email. Time tu memang tangan menggeletar jugak la, mata asyik pejam celik pejam celik je. Hahaha. But, bila dah bukak and tengok hasilnya, I just wanna to said Syukur Alhamdulilah. Even tak tersenarai dalam Dean List untuk first semester ni, but aku bangga jugak la dengan resultnya. Almost nak ke DL tapi belum ada rezeki sebab usaha yang tak setimpal mana pun. Apa yang kita perolehi setimpal dengan usaha kita la kan? Ermm tu la, banyak sangat kot main2 nye :p






Saja hitamkan sebab segan nak tunjukkan. hehehe. Takpe, untuk next semester akan aku pulun habis2 habisan. Harap2 next sem ada la rezeki aku nak dapat Dean List. Lepasni kena study rajin2 sebab nak lawan dengan Encik Bedak Sejuk kesayangan. hehehe. Lepasni boleh la study sama2 dengan beliau :)

So, tinggal 2 weeks lagi before balik ke Jengka. Wuuuu !! rasa malas nak balik sana :'( Tapi kena jugak balik sebab perjuangan masih panjang. So, next sem, kena lah berganda usaha tu sebab subjek makin lama makin susah. Kalau boleh tak nak la sampai kena repeat2 bagai. Wahai2 subjek2 untuk sem dua nanti, pliss be nice to me yeahhh !! xD



Wish me Good Luckk okay :)


~ bubyeee ~








Segmen: Join Bloglist Ain bulan Feb - Mac!!!







Hye ^_^









Kalau ada yang nak join Klik Sini ye :)



Tarikh Tutup : 21 Februari 2013



Nak tag :

http://dindasaliza.blogspot.com/









Friday 8 February 2013

Segmen : Pencarian Bloglist Fizgraphic







Hye ^_^








Nak join Klik Sini okay :)


Tamat Jam 11:59 malam ini




Fizgraphic nak cari Bloglists you alls. So, kepada yang berminat nak join segmen yang dibuat oleh beliau, cepat2 la join sebab sampai malam ni je taw. Mana tau blog korang yang bertuah yang akan masuk dalam bloglist Fizgraphic kali ni :) Cepat2 ! Siapa yang lambat dia tak dapat. hehehe. Apa yang menarik dekat Blog Fizgraphic ni? Mestilah doodles dia yang comel2 belaka tu. Kalau korang perasan dekat blog aku ni ada dooddles yang dibuat oleh beliau, dapat sebab join segmen beliau la. comel kan? hehe. Kalau ada yang nak tengok tutorial untuk blog, boleh jugak singgah ke blog beliau ye :)











Video Shilla Amzah Menangis Kerana Cinta Hatinya Sharnaaz







Hye ^_^




Sekali lagi konflik cinta Shila Amzah mengejutkan kita semua. Dia terhimpit di tengah2 dan menjadi mangsa keadaan. Pada aku satu je, sekuat mana pun cinta kita pada kekasih, ibu dan ayah lebih utama. Dia yang akan menerima kita baik dan buruk. Insya-Allah Shilla, ada yang lebih baik untuk beliau jika bukan Sharnaaz jodohnya. Percaturan dan ketentuan Allah lebih berhikmah. Kita hanya mampu merancang, dan Allah yang menentukan segala2nya. 







Sayu jugak hati tengok Shila menangis macam ni :'( Walau apa pun, ini semua ujian. Dia bagi kejayaan dan kesenangan, dan Dia juga bagi ujian untuk melihat keteguhan. Percayalah, kalau ada jodoh tidak akan kemana. Semoga Shilla dan Sharnaaz kuat menghadapi ujian ini.




p/s : Sedihh dengar Shilla nyanyi lagu Ombak Rindu. Tisu plisss T_T










Segmen Bloglist and Review Blog







Hye ^_^








Kalau ada yang nak join Klik Sini okay :)



Tarikh Tutup : 9 Februari 2013 Jam 12:00 a.m













Tuesday 5 February 2013

Segmen Jadikan Followers UNLIMITED by Aimi Rahim








Hye ^_^







Jom ramai2 kita join segmen yang sangat menarik ni?

Kalau nak join bolehla Klik Sini ye :)



Tarikh Tutup : 5 FEBRUARI 2013 Jam 11:59 p.m.












Monday 4 February 2013

Lot Of Memory In Semester 1









Hye ^_^



Alhamdulilah, berjaya jugak aku menamatkan pengajian aku di Semester 1 untuk Degree ni. Ayat aku macam orang dah habis sem je kan? haha. So far, everything okay kt sana. Selama 5 bulan berada di sana, akhirnya dapat jugak aku menyesuaikan diri aku dengan keadaan dan situasi di sana. Jengkaa wehh, siapa pun tak nak duduk sana kan? Jauh dan pendalaman, dekat dengan kawasan Felda pulak tuh. Aku pun kalau boleh tak nak belajar dekat sana, tp boleh sangkut pulak kat sana. Mana2 tempat pun sama asalkan kita belajar, ye dak? :p 


Even Jengka tu cuma ada KFC dan Marrybrown je, aku tetap bersyukur la at least ada la jugak kan. Cuma aku berharap agar lepasni ada la McD or Pizza supaya aku tak payah la nak pergi ke Star Mall Metakab semata2 nak makan benda ni. hahaha. Banyak pengalaman yang best sepanjang berada di sana. Dapat ramai kawan, dan roomate yang semuanya gila2 dan kepala tak betul macam aku. First bila masuk sana aku ingatkan aku tak boleh la nak gila2 macam zaman aku dekat sekolah dulu, tapi bila dah berkawan, yesss ! totally I got what I want. Memang sekepala, lagi2 dengan roomate. Dari mek2 Kelantan semua pun dah jadi tak betul. hehehe. 



salah seorang roomate yang aku rapat



Aku paling suka time Mock Meeting untuk assesment subjek Office. Memang terbaik ! Kitaorang kena buat meeting dan kena reka sendiri company apa yang kita nak buat. Kira macam meeting dalam office la, kena ada Chairman, Secretary, Department2 dan sebagainya. Time tu, aku sebagai Secretary la dan group kami pilih untuk buat Travel Agencies. Memang kena berhempas pulak kena buat yang terbaik, lecterur cakap biar nampak macam real dan always kena practise dialog masing2. Fuhhh ! nasib aku punya dialog tak berapa banyak sangat. hahaha.







Members group in Mock Meeting



Kalau korang nak tahu, kitorang terpaksa join Kesatria Negara. Arghhh !!! itulah subjek koko yang paling aku tak suka !!!! setiap hari khamis dari pukul 5-6 kena berkumpul dekat HE padang kawad sana untuk berkawad ! Suka pulak aku nak berkawad2 ni kan? dulu time sekolah haram aku nak masuk. hahaha. Last2, bila masuk UiTM kena kawad bagai. erkkkk ! Benci gila time tu. Dengan muka komander yang garang dan ketat semacam je. Tapi nasib jiwa kami semua kental tau, berjaya jugak tamatkan koko ni haa. Pehh, memang seksa beb. Kena berkawd tiap2 minggu. Dengan cuaca kadang2 panas terik, panas dan tak pernah sejuk la. kalau boleh time hujan pun komander suruh berkawad. Kalau sampai lambat je kena denda. Dugaan betul la. Tpi aku harap la dapat markah nanti harap2 kesatria dapat A. hehehe. Yela, dah siap ikut pergi kem bagai kalau tak dapat jugak tak tahu nak cakap apa =.='




Semangat Kesatria ! :p




Memory yang lain pulak masa Hari Deepavali kitaorang ramai2 pergi Star Mall sebab masing2 dah kempunan nak tengok wayang. Masa tu kami ramai2 tengok movie Istanbul Aku Datang. Dari Jengka nak pergi sana mengambil masa 1jam lebih. Jauh tak? Kitorang pergi naik van UiTM ! hahaha. Before nak pergi tu, dah kautim dulu dahh dengan pakcik yang selalu bawak van tu. Dari tengah hari sampai la ke petang dekat Star Mall tu dengan classmate semua. Dan kebetulan kat situ ada McD, wahhh banyak sukaaa. dapat jugak makan McD. hahaha :p














Lepastu kami kena buat assigment group yang menyuruh kami pergi interview di mana2 company bagi subjek Buisness and Computing. Agak kalut gila masa tu sebab bila call company macam nak tak nak je layan. Sampai kitorang tangguhkan dulu interview tu selama 2 minggu jugak. Bila lecterur mula start tanya pasal interview cuma cakap dah interview. hahaha. Untuk subjek Business, last2 group aku decide nak pergi main redah je mana2 yang terima kami, so pada hari cuti kami pun trun KL dan decide nak pergi Jalan Tar. Bila dah sampai sana je, kami pun tanya la dekat kedai tudung Ariani boleh tak kami nak buat interview. Dia cakap boleh, tapi masa tu orang yang bahagaian Marketing tak ada. Mula menunjukkan rasa hampa :( Then lepastu kami decide pergi Jackel pulak. Alhamdulilah, nasib baik boleh interview tanpa membuat sebarang appointment ! dan kebetulan time tu orang yang bahagian marketing tu salah seorang member group aku kenal dia sebab abang dia berkawan dengan beliau. Apa lagi, berbaloi jugak la dari Jengka trun KL untuk interview. Bila dah dapat maklumat semua, rasa lega sikit sebab satu interview dah selesai. Tinggal satu lagi interview je :)



Before nak bertolak pergi ke terminal bas



Selepas sesi interview. hehe 



Untuk interview kedua pulak kami decide pun nak main terjah je macam interview yang kedua. So, kami amik keputusan nak pergi Temerloh je. Dah macam orang yang tak ada hala tuju je rasanya. Kami naik bas, lebih kurang 1 jam kami sampai sana dan breakfast dulu kt sana. Then amik teksi pergi ke destinasi yang seterusnya iaitu di Hotel Seri Malaysia, Temerloh. Bila dah sampai sana rasa takut jugak la sebab tak buat appointment, main bantai je. Bila kami bagitahu yang kami nak buat interview pasal computer system yang digunakan di hotel tersebut pada akak Hidayah, kebetulan orang yang bahagian tu tengah cuti. Dan dia pun mula tanya kenapa kami tak buat interview dan adalah sesi ceramah di situ. Bila beliau dah cakap macam tu, dah rasa macam kena marah je, kami pun fikir tak pela, mungkin kali ni silap langkah. Tu la nak sangat main redah2 ! haha. tapi last2 syukur sangat2, urusan kami dipermudahkan jugak. Akak Hidayah ni pun nak tolong kami sebab dia kesian kat kitaorang yang datang dari jauh ni haa. And dia terus panggil akak Khalriyah yang tahu la serba sedikit pasal apa yang kami nak interview ni. Fuhhh ! time tu rasa lega yang teramat. Berbaloi jugak hari tu. Thanks God ! Kira ni macam pengalaman dan cabaran untuk kami yang baru part 1 ni. hehehe :p Lepatu akak Khalriyah ni baik siap nak hantar kitaorang balik. Tapi bukan balik ke Jengka ye, cuma hantar sampai terminal bas je, sebab tadi dari sana kan kitorang datang naik teksi. So, kt hotel tu mana ada teksi lalu. Sungguh baik akak ni, dah la comel. hahaha



Done interview with both of them :)


With akak Khalriyah


Aku dan roomate aku memang suka keluar berjalan malam2. Pegi makan la, beli barang la. tapi selalunya keluar pergi makan la sebab dah bosan dengan makanan kat kafe yang always nasi goreng ! sampai duduk kat rumah ni pun langsung dah tak pandang nasi goreng. hahaha. Kebetulan Cool Blog baru je bukak kat sana. Tak sangka Jengka dah ada cool blog, memang cool dan awesome ! hehehe. Dapat jugak aku beli dan minum dengan semua roomate2 aku. sebab selama ni kalau nak minum kena tunggu balik Johor. Memang kempunan la, mengidam tau. Nasib baik dia dah bukak. And malam tu lepas makan kami pun beli lah cool blog :) hahaha :p







Kalau korang nak tahu, selain KFC, WFC dan restoran masakan Thai yang selalu kitaorang melantak tu, ada lagi satu tempat yang menjadi favourite aku dan buddies aku, iaitu Sweet Apples. Kalau kat situ biasa aku akan makan nasi goreng chicken chop dan Fresh orange. Memang mengenyangkan dan harga pun sangat la mahal. Tapi disebabkan nak makan, terpaksa la keluarkan duit tu demi nak menyedapkan tekak sendiri yang sememangnya demand sentiasa. hahahaha.




Nasi goreng chicken chop RM 14.90



Banyak lagi sebenarnya kalau nak cerita. Tapi takut korang jenguh pulak nak baca panjang2. haha. Just enjoy the picture okay :) 



My Classmate Part 1
















That's all for today :) Hope korang enjoy la tengok picture yang banyak2 ni. Bajet macam comel je ! Hahaha. K la, nak mandi and makan. hehehe. 


Bubyeee ! ~~~











Setia Hujung Nyawa - Minggu Akhir








Hye ^_^



Semua sedia maklum kan yang sekarang ni tengah hangat dengan drama Setia Hujung Nyawa di TV3 lakonan Nelydia Senrose, Amar Asyraf, Hairul Azreen dan ramai lagi. Kepada mereka yang setia menonton drama ni pasti sedia maklum bahawa drama tersebut akan menemui penamatnya pada minggu ini. 







Sebenarnya drama tersebut diadaptasi dari sebuah Novel karya penulis terkenal, Fatin Nabila yang sememangnya popular dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Aku dah baca novel ni dan sememangnya best sangat2 ! sedihhh dan suweet jalan ceritanya. Nak tahu kesudahannya kena la saksikan drama ini pada minggu ini :)





Novel karya Fatin Nabila




comel je kan diorang ni? hehehe




P/S : Tetiba rasa rindu pulak nak tengok drama ni sama2 dengan roomate :'(








Segmen Jom Tambah Followers Blog by Anis Zainudin








Hye ^_^








Jom ramai2 kita join segmen yang dibuat oleh beliau :)

Kalau nak join boleh Klik Sini 


Nak tag :


Encik Bedak Sejuk
Hazanis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...