Saturday, 28 January 2012

Kisah Hati Seorang Gadis ♥







Hye ^_^





Hari ini aku nak cerita pasal hati siapa pulak? mestilah hati aku kan, takkan hati orang lain pulak..tapi kenapa dengan hati aku? sakit ke? hahaha, tidaklah seperti yang disangka, cuma aku nak meluahkan apa yang aku rasa dan nak berkongsi dengan korang semua..tapi sebelum itu, aku nak cakap awal2 yang entry kali ni memang agak jiwang karat, kalau korang tak nak baca baik jangan baca..hehehe..dan aku cuma nak bagitahu apa yang aku bakal tulis ni memang lahir daripada lubuk hati aku yang paling dalam dan memang ikhlas setiap butir bicara yang aku luhakan :) ( belum apa2 lagi ayat da jiwang..hehe )




KISAH HATI SEORANG GADIS
_________________________


Aku hanya seorang perempuan biasa seperti perempuan2 lain yang ada di luar sana..pengalaman cinta yang lalu memberikan impak yang besar pada diri aku, namun aku nekad untuk melupakan segala2nya, dan alhamdulilah aku berjaya menghapus segala memori2 tersebut..bagi aku, itu dulu adalah cinta monyet untuk budak2 seperti aku suatu masa dahulu..tapi kadang2 cinta monyet pun boleh berakhir dengan perkahwinan kan? kata orang kalau ada jodoh takkan ke mana..aku terima bila hubungan aku berakhir setelah 4 tahun kami bersama, lagipun bila difikirkan balik memang betul la tindakan tersebut sebab aku tidak mahu disakiti lagi oleh dia..

Semasa aku single dulu, tipulah kalau aku cakap tidak ada sesiapa yang nak usha2 aku kan ( perasan gile, konon HOT..haha )..aku memang layankan aje diorang tu semua, tapi tak lebih dari itu sebab aku sendiri memang tidak ada perasaan langsung kepada mereka, dan hanya menganggap seperti teman biasa..sampailah satu saat aku berkenalan dengan seseorang ini dan setelah mengenali dia, tiba2 hati aku berubah..aku mula sukakan dia, tapi aku tidak mengharapkan apa2 sangat ketika itu..cuma sekadar ' teman tapi mesra '..sejak aku kenal dengan dia, kehidupan aku mula berubah, terasa bahagia sangat seperti orang yang sedang dilamun cinta..tapi aku biarkan sahaja perasaan tu, sampailah satu ketika dia melamar aku untuk jadi kekasih hati dia..si dia yang aku maksudkan ialah kekasih hati aku yang sekarang ni, iaitu Mr. S aku..

Dia seorang yang sangat2 baik, comel, sweet, caring, romantik, handsome, dan  banyak lagi la..bila dengan dia, aku rasa selamat dan bahagia..dia sentiasa buat aku ketawa dengan gurauan senda dia, lawak dia, sikap suka menyakat dia yang menghiburkan hati aku dan paling best sikap manja dia tu..ingat perempuan je ke boleh manja2? bila bersama dia, ada je benda yang nk diborakkan, dan bila dengar gelak ketawa dia buat aku betul2 bahagia..dengan suara dia lagi memang betul2 buat aku rindu kalau tak dengar suara dia..jujur aku cakap dia lain daripada yang lain..perasaan sayang, cinta, kasih, suka aku kat dia berbeza seperti bekas kekasih aku yang lama..bagi aku dia perfect, dan paling best dia sabar melayan kerenah aku dan perangai aku yang giler2 dan naughty ni..yang palin best bila tengok senyuman dia boleh buat hati aku cair..semakin hari semakin jatuh cinta dan angau dekat dia..

Aku agak terharu dan tersentuh mendengar apa yang dia perkatakan pada aku malam tadi..aku dapat merasakan apa yang dibicarakan oleh dia sememangnya ikhlas dari hati dia..aku tahu yang dia betul2 ikhlas sayang dan cinta pada aku dan menerima aku seadanya sepertimana aku menerima dirinya..dia pun sudah banyak kali jugak dikecewakan dan dia berjanji pada aku yang dia akan berubah sebab dia tidak mahu pisang berbuah dua kali..pengalaman cinta yang lalu dijadikan pengajaran dalam perhubungan kami agar perkara yang sama tidak akan berulang kembali..

Hati aku mengatakan dialah pilihan yang terbaik untuk aku..aku memang betul2 sayangkan dia sampai satu saat aku takut untuk kehilangan dia..aku tidak dapat membayangkan macam mana aku nak teruskan hidup aku kalau dia tidak ada..dan aku berharap sangat hubungan kami ini akan berakhir dengan satu ikatan yang sah dan suci serta berkekalan sampai ke akhir hayat..walaupun dia bukanlah lelaki yang pertama yang hadir dalam hidup aku, tapi aku berjanji yang dia akan menjadi lelaki yang terkahir dalam hidup aku..tanpa dia disisi aku, apalah makna hidup ni..sesunguhnya aku yakin dialah lelaki yang terbaik yang betul2 sayangkan aku dan ingin hidup bersama aku sehingga akhir hayat..

Aku berharap agar dia lah jodoh yang sememangnya sudah tertulis untuk aku sejak di Luh Mahfuz lagi..InsyaAllah..dan aku berharap agar jodoh kami dipanjangkan dan kami akan disatukan jua satu hari nanti..aku yakin dan percaya pada dia sebab itu adalah kunci utama dalam sesebuah perhubungan..aku bersyukur sangat2 kerana Allah menghadirkan dia dalam hidup aku jauh lebih baik daripada apa yang aku dapat dulu..benarlah kata oang, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..Allah akan merancang dan memberikan sesuatu yang paling terbaik untuk hamba-hambaNya..bagi aku, kita sepatutnya bersyukur apabila kita putus cinta kerana pada ketika itu sebenarnya Allah ingin menunjukkan dan menyedarkan kita bahawa kita telah mencintai otang yang salah dan sesuatu yang lebih baik pasti akan hadir..hanya sabar dan terus bersabar untuk menunggu :)


Ya Allah, sesungguhnya aku tidak meminta seseorang yang sempurna untuk menjadi pendamping hidupku, kerana aku sendiri tidak sesempurna mana..yang aku mahukan hanyalah seorang adam yang mampu menjaga, membimbing, melindungi, menjadi suami dan ayah yang baik untuk anak-anakku kelak..aku bersyukur kerana engkau telah mempertemukan aku dengan seseorang yang sememangnya ikhlas menerima, menyayangi dan mencintai diri ini..

Ya Allah, kepadamu jua aku memohon agar engkau panjangkanlah jodoh kami..engkau restuilah hubungan kami ini dan engkau satukanlah hati kami dengan satu ikatan yang sah..engkau kuatkanlah hati kami ketika menghadapi segala rintangan dan cubaan dalam melayari perhubungan ini..engkau tetapkanlah dalam diri kami sikap saling percaya mempercayai antara satu sama lain dan kuatkanlah iman kami daripada goyah kerana godaan daripada syaitan yang direjam.

Ya Allah, seandainya dialah jodoh yang telah engkau ciptakan untuk diriku maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku..senadainya dia bukan jodoh ku, maka engkau jauhkanlah dia daripada aku..sesunggunhya aku tidak tahu apa yang dirancang olehmu, dan aku yakin engkau pasti akan memkabulkan setiap doa hamba2 Nya..hanya kepadamu tempat aku berserah dan bersujud..segala2nya aku berserah kepadamu Tuhan yang menyinari seluruh alam..

Ya Rabbal Alamin



Soal jodoh, ajal dan maut telah ditetapakn oleh Allah..sebagai hamba, kita hanya menyerahkan diri kepadaNya agar kita mendapat apa yang terbaik untuk diri kita..semoga kita semua mendapat keredhaan dariNya dan hidup kita menjadi lebih bahagia :)

Ok..cukup sampai di sini sahaja untuk kisah hati aku..maaf kalau entry kali ni agak panjang samapi penat korang nak membaca, maaf kalau ada tersalah bahasa atau sebagainya..segala yang baik datang daripadaNya, dan segala yang buruk datang daripada diri kita sendiri..Doakan agar hubungan kami tetap bahagia dan kekal untuk selamanya :D






To My Beloved :

I love your smile and the way your eyes 
light up when you are happy :)

I love everything about you dear
my only one <3





Friday, 27 January 2012

Sifat Perempuan Yang lelaki Suka :)







Hye ^_^






Entry kali ni aku nak berkongsi sedikit kepada korang semua especially kepada kaum-kaum Hawa yang di luar sana tentang sifat perempuan yang kaum Adam paling suka dan boleh membuat hati mereka terpikat kepada korang..aku rasa ni penting supaya korang tahu la lelaki ni sebenarnya suka dengan perempuan yang macam mana dan lepas tu bolehla korang mengorak langkah agar menjadi dambaan hati jejaka2 hangat di luar sana  >_<


LEMBUT HATI -  Lelaki lebih cenderung untuk jatuh cinta dengan seorang wanita yang lembut, berbanding dengan perempuan yang bersikap dingin aka kerek. Kebanyakan lelaki suka perempuan yang mempunyai sifat keibuan dan mengambil berat terhadap diri mereka.

BERSEDERHANA - Kebanyakan lelaki juga sering jatuh cinta dengan perempuan yang bersikap sederhana. Kesederhanaan dalam tingkah laku, berpakaian dan bercakap adalah apa yang lelaki cari untuk perhubungan jangka panjang. Meskipun lelaki sering mencari perempuan yang 'hot', namun rasa 'hot' tu tidak akan kekal lama . Ibarat kereta ferrari, semakin 'hot' seorang perempuan tu, semakin tinggi kos 'maintainance' nya.

FEMININ - Tidak dinafikan lagi lelaki suka perempuan yang mempunyai ciri feminin. Feminin disini bermaksud adakah seseorang perempuan itu mempunyai ciri penyayang, lemah lembut, mengambil berat dan berperibadi yang baik. Ini kerana bagi lelaki, perempuan bersikap feminin mampu melengkapi kekurangan pada diri mereka. Namun, jika seorang lelaki itu menyukai perempuan bersifat maskulin, kemungkinan besar lelaki itu mempunyai sifat feminin.

SUARA - Perempuan secara semulajadi dikurniakan suara yang difikirkan bagi lelaki amat menarik. Tidak kira sama ada suara perempuan itu serak basah, lembut, kuat atau pun bernada tinggi, pasti saja ada yang mampu membuat lelaki tertarik.

SENYUMAN - Jika anda ingin membuat seorang lelaki tergila-gilakan anda apatah lagi syok sendiri, anda berilah senyuman yang ikhlas pada dia. Sudah tentu dia akan mula melekat pada anda. Wajah perempuan yang tersenyum lebih mudah diingati berbanding wajah yang muram.


 


MATA - Selain senyuman, cara perempuan memandang lelaki juga mampu membuat lelaki tertarik. Masih ingat lagu 'Dari Kerana Mata'?  Dari mata, pergi ke otak, dari otak pergilah ke hati. Jadi, mulalah berlatih menghadap cermin memandang seperti pontianak.


RAMBUT
 - Kebanyakan lelaki mendapatkan tertarik dengan rambut agak panjang terutama mereka yang berambut panjang mencecah bahu kerana ianya kelihatan lebih feminin. Tapi sesetengah lelaki jugak suka perempuan yang berambut pendek. Nampak cute dan comei gitu....

TUBUH BADAN - Tak dapat disangkal lelaki mendapati tubuh badan perempuan amat mempengaruhi seseorang perempuan itu menarik atau tidak ialah ketinggian, bibir, dan sebagainya. 

BERKEYAKINAN - Akhir sekali, sesetengah lelaki suka perempuan yang berkeyakinan. Ia seolah-olah perempuan berkenaan mampu menyokong lelaki dan membantu lelaki dalam kehidupan mereka.



P/s: Manusia tidak diciptakan sempurna, pasti ada kekurangan dan kelebihan tersendiri.






Thursday, 26 January 2012

I Wish You Where Here : Demam :'(







Hye ^_^







Dah masuk dua hari aku demam..tak tahu la kenapa..mungkin sebab jangkit dengan adik aku yang baru je lepas baik demam..bertuah punya budak, tak pasal2 jangkit dengan akak kau yang sorang ni..bila cek doktor rupanya aku demam panas..alahai, patutlah badan lemah semacam..nak buat kerja pun macam dah tak larat :'( 

Paling benci bila hidung mula menunjukkan simpton2 gatal dia..dah kena selesema pulak..lepas tu kepala pun mula pening2..agak2 nya aku demam sebab sambut Chinese New Year kot..mana taknya, aku asyik melantak limau sampai berkotak2..dah orang bagi, takkan nk tolak pulak kan? apalagi kalau nak tengok jek, mana tahan nafsu ni..hahaha..haishh, bila dah makan tak ingat apa, bila dah sakit tanggunglah sendiri jawabnya..hehehe :)

Orang cakap sakit ni penghapus dosa2 kita..so, kita kena sabar dan ikhlas la kalau dapat sakit tu..bila demam, aku berharap agar si dia berada di samping aku..yes, I wish you where here my dear  <3 tapi apakan daya, dia tidak ada di sini..kalau dia ada, mesti dia akan teman dan jaga aku kan? alahai, nak manja2 la pulakkk..hak3..kalau dia ada kompem cepat baik kan? ada jugak doktor yang merawat aku..hehehe

Yang paling tak disangka2, sayang aku pun demam jugak keesokan harinya..alahai sayang..jangkit ke? agaknya demam rindu kot ktowg ni..hahaha..bila dua2 dah demam, masing2 mengharapkan diri masing2 ada ketika itu bersama2..aku jaga dia, dia jaga aku..errr, tapi cmne tu? boleh ke? kalau aku ada depan mata dia, kompem cepat baik punya la..hehe..tapi alhamdulilah, sekarang ni demam kami pun dah nk beransur pulih..doakan kami cepat sembuh yek ^_^


That's all for today :D hope you all enjoy reading <3




♥ Date With My Love ♥







Hye ^_^


Dah lama rasanya tak update blog aku ni..dah bersawang dah pon..bukan apa, sejak dua menjak ni buzy je..sibuk mengalahkan Perdana Menteri..HAHAHAHA

Kita lupakan pasal benda ni dulu, kita fokus kepada entry kali ni..aku sangat2 happy sebab hari tu baru lepas berjumpa dengan tersayang..siapa? siapa? HAHA mestilah my Encik Bedak Sejuk..bertarikh 21 Januari 2012 aku pergi date dengan dia, kebetulan dia balik ke JB  sebab Chinese New Year..akhirnya dapat juga aku melepaskan rindu yang sudah berombak-ombak ni kat dia..hehehe <3

Mula2 plan dia nak naik train, tapi disebabkan penuh dia terpaksa naik bas untuk datang ke Kluang..maklumlah hari cuti memang ramai orang sampai train pun dah tak muat...dia sampai dekat bus stand pun dalam kul 12 tengah hari macam tu..kesian dia kena tnggu aku dekat sejam lebih untuk amik sebab aku kena tolong mak aku..rasa bersalah terus menghantui sebab memang salah aku biarkan dia tungu lama2 dengan keadaan cuaca yang panas..sorry ye sayang :'(

Date kali ni aku bawa dia untuk jumpa dengan parents aku..aku rasa time tu agak kalut cikit..tak tahu la kenapa..mula2 kami pergi karoke sebab aku da gian nak nyanyi..hehehe...lepas tu ingat plan nak main bowling or tengok wayang, tapi tak jadi sebab rasa kesuntukan masa..dalam pukul 4 lebih macam 2 kami bergerak ke Kluang MAll dan kami singgah ke kedai buku POPULAR..maklumlah dia dapat voucher yg 200 ringit tu kan? so, dia belanja la aku dua buah novel yg sememangnya aku mencari novel tersebut..i love u la <3 hehe


ni novel yang dia belikan untuk aku :



dah lama nak baca, tapi baru kini dapat




novel ni dia suh aku baca


Agak ramai jugak orang ketika itu..agknya semua dapat voucher tu kot..untunglah kan? hahaha..agak lama jugak kami beratur, sampai kaki aku melecit gara2 kasut yang aku pakai time tu...lepas dah membuat bayaran semua, kami pergi makan untuk mengisi perut yang asyik berbunyi dan tekak pun da mula kering..lepas tu dia belikan aku selipar sebab kesian tengok aku dah macam xleh nak jalan sebab kaki aku da melecit..HAHAHA..manja betol la :D dalam pukul 6.30 petang aku hantar dia untuk pulang ke rumah..setiap kali saat kami ingin berpisah, hujan pasti turun seperti tahu isi hati kami yang sedang sedih dan tidak ingin berpisah..tapi apakan daya, dia kena balik jugak sebab dia kena pulang ke Penang untuk meneruskan pengajian akhir dia di sana..tapi sebelum berpisah dia berikan aku CHANCE dan aku berikan dia HOPE sampai setiap hari buat aku jadi makin rindu, sayang, angau dan cinta kat dia :)


Thanks my dear for everything <3 :) sorry sangat2 pasal hari tu...I know that's my fault...sorry sangat2 ok :) lepas ni kita jumpa lagi ok..dua bulan lebih dari sekarang..counting the day..hehehe..sayang u sangat taw!!!





Saturday, 14 January 2012

I Want To Be A Billionaire :)







Hye ^_^






I want to be a billionaire so freekin' bad
Buy all of the things I never had


Red Lamborghini
_________________





My Dream House
________________





Private Airplane
_________________





Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights
A different city every night oh..
I swear the world better prepare
For when I'm a bilionaire


Travel Around The World
______________________





Buy My DSLR And IPad
_____________________






Go Shopping
_____________





I know we all have similar dream
Go in your pocket pull out your wallet


I swear the world better prepare
For when I'm a billionaire <3





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...