Saturday, 12 November 2011

Doa Menghadapi Peperiksaan








Ini antara doa yg aku cari tuk amalan kite sume terutamanya yg nk mnduduki SPM dan STPM . SEMOGA KITE SEMUA BERJAYA DLM PEPERIKSAAN . USAHA DOA TAWAKKAL .


Mulakan setiap usaha dengan Basmallah
بسم الله الر حمن الر حيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
 
~Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”


~Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”


~Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”


Doa memohon kejayaan cemerlang:
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”


----> sama2 lah kita amalkan . INSYAALAH membantu .






Doa Dipercepatkan Jodoh Dan Doa Mendapat Isteri Yang Baik








Setiap insan ingin jodoh yang baik agar hidup berkekalan sehingga akhir hayat. Jodoh yang baik akan mendapat keturunan yang baik. InsyaAllah jika seseorang berusaha dan berdoa untuk mendapat jodoh yang dipinta nescaya Allah akan perkenankan. Jodoh bukan datang dan pergi seperti seperti angin yang lalu. Kadang-kadang berkawan dan berdating bagai nak rak kehulu dan kehilir, akhirnya berkahwin dengan orang lain. 


Yang lebih malang selepas berkahwin tidak sampai dua tahun sudah panjat pejabat agama dan akhirnya bercerai. Jika begitu mereka ini yang bercerai tidak ada jodoh ke? Tidak  pernah baca doa mendapat jodoh yang baik atau pakai tangkap muat sahaja. Tengok muka licin dan berharta, itu jodoh aku barangkali?? Tak pernah buat solat Istikharah sebelum berkahwin?. Atau pakai berserah sahaja tanpa berusaha. Nak minta perlu ada usaha iaitu doa. Doa adalah ibadah dan senjata orang-orang mukmin. 

Sekiranya kita memohon dan berusaha dengan pertolonganNya insyaAllah. Jodoh kita akan berkekalan.  Ini DOA DIPERCEPATKAN JODOH dan DOA MENDAPAT ISTERI SOLEHAH. 



DOA DIPERCEPATKAN JODOH.



Amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu :


Ertinya:


Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (ayat 131).

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ayat 132).

Selain itu, perbanyak membaca salawat Nabi Muhammad saw. Perbanyakkan setakat yang terdaya. Lagi banyak salawat lagi baik.  

ISTERI DAN SUAMI YANG BAIK.

Suami atau isteri yang dikahwini boleh dibimbing untuk menjadi soleh atau solehah. Sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dengan ilmu agama. Yang tidak lari dari membuat kesilapan. Boleh didoakan mereka untuk menjadi baik dari sebelumnya. Semua lelaki atau wanita yang dikahwini, kita anggap seperti kain putih yang kosong. Jika ada sedikit kekotoran perlu dicuci hanya dengan berdoa disusuli dengan hati yang ikhlas. 

Menceraikan atau memukul isteri jalan terakhir sekali jika tiada pilihan lain. Begitu juga isteri yang mendapat suami yang sedemikian. Mencari suami yang "perfect" seperti Junjungan Rasulullah saw memang susah dan sukar. Apatah lagi yang perangai macam malaikat. 

Kita disarankan untuk berusaha mendoakan yang terbaik bagi diri sendiri dengan ayat-ayat suci. DOA KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA DAN KETURUNAN selepas solat wajib begitu juga dengan doa-doa yang lain. Selepas berdoa baru tawakal dengan-Nya. InsyaAllah.

FIRMAN ALLAH SWT: 
"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152). 

Apabila doa dimakbulkan anda mendapat suami yang soleh jangan pula anda tidak ikut bersama melakukan amal ibadah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.


Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami mengejutkan suruh solat tahajud.

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya! Begitu juga untuk suami yang mendoakan supaya mendapatkan isteri yang soleh. Jangan membantah jika digerakkan bangun untuk solat tahajjud tengah malam. 


DOA MENDAPAT ISTERI YANG BAIK/SOLEHAH:





Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.




Sayang Kamu! ♥♥♥







( aty yg sgt berbunge-bunge seperti bunge sakura yg sedang mekar )
wow! indah nye saat-saat itu..

Thank a lot ye syg!
walaupn kite baru dlm alam percintaan tetapi i yakin sgt kite akn kekal selamanye.
sampai i mati i tetap nk kn u sowg je syg, only u saje takde yg lain, ONLY YOU!

KESETIAN + KEJUJURAN + KEIKHLASAN
adalah suatu perkare yg sg tidak boleh untuk di pisahkn
tp jika ianya terpisah maka tiada la lg KEGEMBIRAAN
yg kekal abadi untuk selamanye.


For u syg :
- I sayang U sangat-sangat
- I sayang U ketat-ketat
-I sayang U erat-erat
- I sayang U giler-giler
- I sayang U padat-padat
- I sayang U mampat-mmpat
~I LOVE U SO MUCH~



Friday, 11 November 2011

Bila Lelaki Dayus ?





Hye readers =)

Perkataan dayus biasanya banyak disebut oleh kaum perempuan sebab 'dayus' itu sendiri ditujukan kepada kaum lelaki.Apakah sebenarnya dayus dalam Islam?seorang sahabat nabi bertanya: apakah dayus itu wahai Rasulullah?Jawab Nabi: Iaitu seseorang(lelaki) yang membiarkan kejahatan(zina,buka aurat,bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya(isteri dan keluarganya).Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus dalam bab dosa besar sehingga peernah disebut dalam satu athar-->Allah telah melaknat lelaki dayus(laknat bermakna dosa besar dan wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan di haramkan bergaul dengannya).
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
 membiarkan kecantikan aurat,bentuk tubuh isteri dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau diluar rumah.
 membiarkan isterinya pulang lewat ke rumah yang tidak diketahui bersama dengan siapa,serta apa yang dilakukannya dan siapa yang menghantarnya pulang.
 membiarkan anak peerempuannya 'berdating' dengan tunangnya atau lelaki bukan mahramnya.
 menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan atau isteri berpakaian seksi diluar rumah.
 membiarkan anak perempuannya memasuki rancangan hiburan dan sebagainya yang mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahramnya.
 membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain,kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah nafsu lelaki dihilangkan semasa berlakon?
 membiarkan isteri disentuh oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam spt menyelamatkan isteri daripada lemas n sebagainya.
membiarkan isteri berdua-duaan dengan lelaki lain tanpa sebab musabah tanpa rasa cemburu.
 membawa isteri dan anak perempuannya untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor perempuan..




segmen: jom join bloglist belog izamin









Tekan banner!
Tarikh tutup 11/12/11

Ok..aku da join..korang tunggu apa lagi?
Jom la kite sama2 join segmen nie skali =)

Happy blogging !!!!




Wow !! [11.11.11 ]





Hye peeps =)





11.11.11


cantik kan nombor tu... Mesti ramai yang mahukan sesuatu yang terbaik berlaku dalam hidup mereka pada tarikh tu... ada yang memilih untuk bertunang dan menikah pada tarikh tersebut! ada juga yang menyambut hari lahir pada tarikh itu... dan ada juga yang dijangka bakal melahirkan anak pada tarikh ini!

apa pun yang terjadi dan yang kita rancang untuk berlaku pada tarikh itu semuanya atas izin Allah SWT... jika baik niat kita maka baiklah yang akan terjadi... begitu juga sebaliknya! janganlah kita terlalu taksub nak yang indah je berlaku pada tarikh tersebut... tapi tak boleh terima kenyataan jika berlaku sesuatu yang buruk! 

ingat pemilihan tarikh itu hanyalah perancangan kita.. tapi segala yang berlaku telah tertulis olehNya! Tapi untung kan siapa yang smbut anniversary ke hari nie atau ada pasangan yang baru couple ke..hehehe..tarikh cantik kn? siapa yang tak nak..kalau boleh aku pon nak..tapi apa pon xboleyyyy!!! hahaha

yang terbaik dan indah itu datangnya dari Allah SWT... kita hanya mampu merancang!

segala kekurangan itu datangnya dari diri kita sendiri... bersyukurlah dengan apa yang terjadi!


p/s : Untungkan siapa yang nikah pada tarikh nie ? aku pon nk jugak la...haha




Thursday, 10 November 2011

Tagging Again !!






Hye =)
Setelah beberapa lama aku da xkena tag, akhirnya aku kena tag lagi !!
Kali nie aku di tag oleh adik Qilah..
Nak tau apa soalan yang ditanya?
Let's check it out ^-^v


1.Single or taken ?
- Taken

2. Have you watched MTV EMA ? if not why ?
- No..because i'm not interested

3. What is your full name ?
- Nur Diyana bt Md Rauzi

4. Do you like to drink MILO ?
- Of course..one of the my favourite

5. Dress or t-shirt with jeans ?
- Both of it

6. Where you at ?
- At home

7. Which better ? you get A because of cheating or get C without cheating
on exam ?
- Get C without cheating on exam

8. You start a conversation first or let someone start the conversation ?
- I start a conversation first

9. If u miss someone, what will you do ?
- call him, look the picture and skype with him

10. Angry birds, domo, spongebob. Whic one you choose ?
- Domo

11. Do you easy to ' falling in love ' ?
- Not really..take more time to accept someone in my life


OK!! Finished !!
Thanks ea for the tag =)



SEGMEN SIMPLE : NASZ AJAK BACA POST PERTAMA SAYA









Klik banner kata atas ok

Tarikh tutup : 11/11/2011 Jam 11:11 malam
( Cantik kan tarikh nie? )

Ok..ini ada la post pertama aku :

http://diyanarauzi92.blogspot.com/2011/05/first-time-berblogger.html

Hahaha..ini adalah entry pertama yang aku post kat blog..korang baca la
entry aku yg agak mencarut tue..biasa la, first time berblogging kn ?
Apa pon tak boleyy !!! hehehe..rasa macam nk delete jek entry 
post tue..tp xnak la..sayanggg kott :)
muehehehe <3







(Segmen) Bloglist 30 Terpantas!!!





Hahaha..Aku join segmen lagi =)
Memang gley kan?
Aku peduli pe..hehe




Kalau nak join :

Klik Sini


OK...DONE !!!



Segment santai : BW bersama Cik Pjaz






Klik banner kat atas ^-^

Sudi-sudikan la join segmen nie ok..

Aku nak tag Nuryna dan Diana :)



Segmen | Final Hope, Santai Blogger!






santai blogger


Aku telah di tag oleh Encik Bedak Sejuk untuk join segmen nie :)

Url aku adalah :

http://www.diyanarauzi92.blogspot.com/

- Aku letak url nie sebab ini adalah gabungan nama aku dan ayah aku..so senang cikit
n mudah untuk member2 dan orang lain carik blog aku..dan yg 92 tue adalah
tahun dimana aku dilahirkan =)

* Kalau korang nak join, klik banner kat atas itu ok !!

Aku nak tag Lyza dan Deesya :D




Segmen: HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!





Join segmen again !! hahaha




Kalau nak join Klik Sini ok :)

Nama sebagai blogger :
- Cik Pelangi 

Tarikh mula berblog :
- 5 Mei 2011

Target blog untuk tahun 2011 :
- Nak naikkan blog aku supaya lebih ramai blogger yang kenal aku.
- Kalau boleh nak cecahkan follower sampai 600 sebelum akhir tahun nie

FINISHHH !!!!




| SEGMENT | kenali rakan blogger






Hari ini aku join segmen lagi ^-^

Apa yang perlu ada dalam segmen ini ialah :

Nama penuh : Nur Diyana bt Md Rauzi
Nama panggilan : Diyana
Tarikh lahir : 5 Ogos 1992
Asal : Kluang, Johor
Sebab suka melibatkan diri dalam dunia blog ialah :
- Dapat kenal dengan ramai orang
- Dunia blog sangat2 best
- Suka menulis
- Dapat mengeratkan tali persahabatan

Ok..kepada sesiapa yang berminat untuk join bolehla Klik Sini
Macam bese jangan lupa klik banner kat atas =)

DONE !!!!



Wednesday, 9 November 2011

contest 2 in 1 strange contest by two strange blog







Hye readers ^-^

Aku telah di tag oleh adik Aisyah untuk join contest ini..bila aku baca psal contest
nie, aku rasa cm best jek lau aku join..agak interesting jugak contest
kali ini.

 Perangai pelik yang aku ada :
1. Suka makan ais..hehehe..da memang habit aku suka kunyah ais..asalkan ada ais je
kat peti ais, mmg aku akan kunyah sambil gigit2..rsa sejuk jek mulut nie..kih3
selalu jugak kena marah dgn mak dan dy suh buang habit buruk tue.

2. Kalau ngah bosan dlm kelas, mula la aku akan amik pen n kertas untuk conteng apa2..
kadang2 melukis la, bila member ngah ckap, kdg2 apa yg dy ckap aku akan tulis
balik kt kertas tue..hahaha..kelakar kan ? ^-^

3. Bila sedih jek aku suka tengok cermin n dgar lagu2 jiwang..time 2 mula la nk tocing.

4. Aku suka duduk sambil tersenyum sorang2..hehe..ngah berangan tue.hehe

5. Aku suka letak barang bersepah2..then bila nak carik barang tue, aku
xingat, nanti satu rumah aku suruh carik barang tue..hehe

ok..skrang plak aku join untuk satu lagi segmen iaitu :


Ni gambar yang aku pilih :



Time ni first date kami, di pizza hut
Mine : 5 Ogos 1992
Him : 30 Jun 1991

Actually kami nie baru jek couple..kami couple pada 6 Jun 2011..wahh !! cantik tak tarikh tue ? hehe..baru masuk 5 bulan kami bercinta <3

Kenangan manis kami adalah :
- Masa nak jumpa buat kali pertama, aku amik dia dekat railway station..waahhh!! time tue mmg epy gle2 bila nmpak dy :)
- Masa keluar tue, ktowg cuma g tengok wayang, cerita Al-Hijab..lepas tue ktowg g karoke..macam2 lagu kami nyanyi..mcm sore sedap je kn? hehe..lepas tekak da kering sume, ktowg pon g la makan kt pizza..yg paling kelakar, bila nk amek order, pekerja pizza yg kat kaunter tnya la nma dy..then dy ckap nama dy Saiful, sekali akk tue terslah dgar dy ckp syamsul ea? hahaha..ke main lagi jauhnye..myb ad iras2 syamsul kot..kih3
- Masa birthday aku hari tue, dy bagi aku adiah yg special sangat kt aku..kami nie bercinta jarak jauh..yela, dy study di utara, aku nie kt selatan jek..msa bfday aku, mmg xdpt kami nk celebrate sma2..so, even kami jauh, dy tetap bagi aku hadiah n pos kn hadiah tersebut..sweet kn? hehe..sampai aku sanggup x sekolah semata2 nak amik sendiri hadiah tue.
- Yang paling sweet bagi aku masa first date kami, aku nak hantar dy balik naik bas..then sebelum bas tue nk bergerak, aku pon iku dy sekali naik dalam bas..time tue cm nk nges jek rasanya..xpuas kot nak jmpa, setakat berapa jam je kn..tp dlam bas tue, dy sempat ckap ngn aku yang dy syagkan aku n cintakan aku sorang je..da xd orang lain lagi..even ngah sedih time 2, bila dy ckap mcm tue jek, hati aku pon mula la nak bling-bling..hehe..rasa mcm terharu sangat..jiwang kn?

Kenangan pahit kami :
- Aku adlah bergado ckit dgn dy..tp nak kata gado, bukan mcm gado..nk kata marah, bukan mrah..haha, nthla,xdpt nk describe perasaan time 2..ini semua gara2 FB la..aku stalker fb dy n aku check inbox dy..haishh..aku da lupakan da bnda tue, malaz nak ingat
- Cuma itu jela..sebb ktorang baru lg kn, so belum terlakar lagi la kenangan pahit dlm hidup kami..harap2 dijauhkan la bcoz aku nak happy2 jek ngn dy

Perangai pelik dia :
- Dy suka baca novel..siapa kata lelaki xleh baca novel kn? tapi bukan novel cintan cintun nie..yg lyan novel jiwang2 nie aku sowg jek..hehe..dy suka baca novel yg berkaitan falsafah..bgos la 2, ad bakat nanti nk jd Dr.Falsafah plak kn?
- Muka dy selalu siyez tanpa sebab..tapi tue dgn orang lain la..dngan ak xpernah plak..lau dgn aku senyum memanjang jek, saja nk tnjuk kan muka dy yg comel tue..hehehe..nk goda aku dgb dimple dy kot.
- Dia suka menyelongkar dapur tengah2 malam untuk carik makanan..bila da tgah2 malam bese la lau lapar kn? actually dy jangkit aku..memang sesuai la kn..hahaha
- Bila tgah khsusyk meng'update' blog, mesej aku bagi pon xperasan !! huh..geramm!! hehe
- Dia jugak alergik dengan durian..xtau la npe..kalau dy makan durian, bibir dy gatal..nnti jad justin bibir plak kn..hahaha..dy cakap durian tak sedap..padahal sedap pe..huhu

Kata - Kata Cinta : < Jika kamu bertemu seseorang yang senyumannya mampu membuatm  tersenyum, kamu mungkin telah menemukan orang yang tepat untuk hidupmu >
                                 

To My beloved one : I have found it, thai is you dear..only u can make me smile always.
As long i'm still alive..i'll make ur life more meaningfull with me :)

                                    
DONE !!
ini jela yang aku nk story mory
hehe ~

* Kalau nak join klik banner kat atas ok :)

Aku nak tag Ella dan Aina 








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...