Thursday 31 May 2012

Segmen Blogwalking & Tambah Follower







Hye ^_^







Kalau ada sesiapa nak join Klik Sini ok! :)


Tarikh Tutup : 3 Jun 2012 ( 12 a.m. )


Jumlah follower terkini : 1038
Target follower : 1060





Tuesday 29 May 2012

Mudahnya Wanita Mendapat Pahala







Hye ^_^







Nak tahu tak??Bagi wanita yang dah bekerja ni, walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak :)


1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah s.w.t. berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah s.w.t. akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya


P/S : So, kahwin la cepat2 ye..Aku pun nak kahwin la :P




segmen - bw & follow by iza zaty







Hye ^_^





Nak join korang Klik Sini ok :)


Nak tag semua yang baca entry ni. wink2 ^^






Segmen : Bloglist Jun 2012







Hye ^_^







Kalau ada yang nak join bolehla Klik Sini je :)


Tarikh Tutup : 30 Mei 2012 ( 11 malam )


Berapa kali update dalam sehari??
Ikut kerajinan..kadang2 3 entry dalam sehari. hehehe :D








Monday 28 May 2012

segmen : Follower Pilihan Aisyah Humaira'







Hye ^_^



Aku nak join segmen yang kedua pulak untuk malam ni :)






Kalau korang nak join singgah la ke blog Cik Niera


Tarikh Tutup : 22 Jun 2012










Segmen: Misi Mencari Bloglist Jun







Hye ^_^



Malam ni aku nak join segmen lagi :) hewhew






Kalau korang berminat nak join singgah la ke blog Cik Akma


Tarikh Tutup : 31 Mei 2012 ( 11 malam )


Blog yang memberikan inspirasi???

Sini..Sini..Sini






Sunday 27 May 2012

SEGMEN BUDAK PENING : BLOGLIST PENING JUN 2012







Hye ^_^



Selamat hari minggu ! Hari ni aku nak join satu segmen ni :)





Nak join? --->> Klik Sini


Tarikh Tutup : 30 Mei 2012 ( 11 malam )





Saturday 26 May 2012

Hope Dan Chances :)







Hye ^_^



Bila dah duduk depan lappy je ni, tangan ni asyik gatal je nak menaip. Lagipun aku tengah bosan ni sementara nak tunggu my sweet love, Encik Bedak Sejuk pulang dari kerja ( lambatnya nak pukul 11 )


Mesti korang terfikir2 apa maksud tajuk entry aku kali ni. Hope dan Chances. Kalau di translatekan dalam bahasa melayu membawa maksud Harapan dan peluang. Apa kena mengenanya kan? hehe. Relax la, jangan la muka tu serius sangat, ce senyum sikit :) hehehe


Sebenarnya Hope dan Chances adalah perfume kegemaran aku dengan Encik Bedak Sejuk. hehehe. Aku pakai Hope dan dia pulak pakai Chances. Memang ada chemistry kan kami berdua? ( jangan jeles pulak taw! ) hahaha.



Ni perfume aku





Dia punya perfume


Ini antara salah satu perfume favourite kitaorang. Hari tu dia pergi ke angsana sebab nak cari perfume Chances ni, tapi tak jumpa. Lastly, dia pergi beli perfume jenama lain. Aku tak biasa sebenarnya kalau dia pakai bau lain, macam tak masuk aje sebab aku dah biasa dengan bau Chances ni dan sememangnya bau dia memang best la ( nagada2 je kan? ). 





Ni la perfume yang dia beli


Memang susah sebenarnya nak jumpa perfume Chances ni. Bukan semua tempat ada, tak macam aku punya Hope, mana2 tempat ada jual. Aku pernah jugak carik Chances ni dekat Watsons, Guardians dan macam2 lagi la tapi tak ada. Sama la macam yang terjadi dekat sayang aku ni. Carik2 tak jumpa last2 beli perfume lain! grrrrrr ( apa pon xboley )


Tapi akhirnya, demi aku dia sanggup jugak mencari perfume tu dekat Mydin dan ternyata perfume tu ada dekat situ. Ciskek! dekat Mydin jugak ada jual ( nasib tempat aku tak ada Mydin ). Korang boleh baca entry beliau yang ini --->> Secret..Secret..Secret


Dengan suka hati dan gembiranya aku, dapat jugak aku bau Chances bila date dengan dia nanti. hahaha. gatal! tapi perfume tu khas dia pakai untuk aku sorang je, bila nk pergi mana2 je dia boleh pakai yang lain. hehehe. Tapi yang paling aku tak puas hati harga perfume yang kitaorang pakai ni harga dia jauh berbeza dengan Mydin. Ternyata Mydin lagi murah dan lepasni aku beli dekat situ jela suruh beliau belikan. muehehehe


P/S : He give me chances, I give him hope :)





Cara Nak Hilangkan Sengugut







Hye ^_^




Actually hari ini aku nak cerita sikit pasal sengugut ni. Kalau perempuan semestinya tahu kan pasal penyakit ni dan hanya perempuan je tau macam mana rasanya sakit bila kena sengugut ni ( macam nak mati je rasanya ). Bila setiap kali datang bulan mesti akan rasa sakit punya. Tapi orang cakap benda ni normal, nanti selepas kahwin baik la dia. Errr?? betul ke? Lagi satu aku selalu dengar orang cakap kalau asyik kena sengugut je boleh menyebabkan perempuan itu mandul. Haa?? betul ke ni? Mak aihhh. Macam2 la aku dengar pasal sengugut ni ( takut jugak la kalau sampai boleh mandul )







Sengugut ni sebenarnya bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tapi ia turut menajdi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.

Senggugut ni ada dua beradik iaitu sengugut primari dan secondary. Sengugut primari adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaanya ia sering menyerang pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Manakala senggugut secondary pula disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.









Biasanya kalau sakit, aku akan telan antara dua panadol ni la. Tapi sebenarnya tidak berapa elok kalau kita kerap makan panadol bila setiap kali datang haid. Tapi yela, siapa yang sanggup nak tahan sakit kan? sebab tu la kita telan je ubat ni ( aku memang tak sanggup )

Ada beberapa cara nak hilangkan penyakit sengugut ni. Tapi ini petua orang tua2 dulu la. Aku belum cuba lagi, tapi aku hanya ingin berkongsi sahaja especially kepada kaum2 perempuan ni kan. Sharing is caring right? Hehe


Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 

Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 

Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.



Petua 6

Minum madu segelas sebab madu melancarkan pendarahan kita. Kan madu ubat segala penyakit?



Tapi sebenarnya ada doktor pernah cakap la kat aku kalau nak hilangakn sengugut ni adalah dengan BERANAK. Kalau kahwin, tapi tak beranak still sakit tu masih ada. Tapi make sure korang kahwin dulu la baru beranak ye. Kang tak pasal2 aku kena blame sebab bagi petua yang salah. hehehe. 


P/S : Selamat mecuba ye ^_^





SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JUNE AMERCORNER







Hye ^_^






Tadi tengah blogwalking, terjumpa pulak satu segmen ini. Kalau korang tak tahu nak buat apa, meh la jangan malu2 join la segmen ini ok :)

Nak join? -->> Klik Sini aje ^^


Tarikh Tutup : Hingga akhir bulan Jun







Wednesday 23 May 2012

Wordless Wednesday #25







Hye ^_^















Tidak Ada Rezeki :(







Hye ^_^



Hari tu aku ada sebut kan pasal aku nak buat satu entry ni. Ingat tak? lau tak ingat tak pela ( merajuk. hehe ). Entry pasal perasaan aku saat ini. Kecewa, sedih, hampa dan seangkatan dengannya la. Mesti korang nak tau kan what happen to me?? Bergaduh dengan encik boyfriend ke? Ohhhh..tidak sama sekali. I'm very happy with him now :) Ni tidak ada kena mengena soal cinta atau sebagainya. Ini bersangkut dengan masa depan. Yeahhh, my future !!

Kalau korang ada terbaca entry aku yang lepas2, kan aku ada cakap kan aku dapat menduduki ujian MedSI. Aku dah selamat dah mennjawab kesemua 300 soalan yang ditanya tu. So, result daripada ujian tu sudah dikeluarkan oleh pihak UPU untuk kos pendidikan pada 19 Mei hari tu. Siapa yang berjaya dalam ujian tu bolehla pergi ke peringkat yang seterusnya, iaitu temuduga. Malangnya, jawapan yang diberikan untuk aku amat mendukacitakan. That's why I'm very sad and disappointed. Harapan aku hancur begitu sahaja. Impian untuk menjadi seorang pendidik hancur berkecai. Sedih memang sedih sebab itu juga harapan kedua ibu bapa aku yang sangat berharap agar aku menjdi seorang guru. Tapi malangnya, nasib tidak menyebelahi aku :(

Sampai sekarang ni rasa sedih tu masih ada. Tak tahu apa jadi dengan masa depan aku. Harapan aku hanya tunggu keputusan daripada UPU pada bulan Julai nanti untuk melayakkan aku sambung pada peringakat ijazah pulak. Encik Bedak Sejuk, my sweet love selalu berikan kata2 semangat untuk aku dan yakin pada diri bahawa rezeki yang lain pasti ada. Beliau sentiasa ada bersama - sama aku dalam saat aku tengah sedih ni.  Mungkin ini bukan rezeki untuk aku, InsyaAllah akan ada yang lebih baik untuk aku, hopefully :)




Walaupun sedih, aku paksa kan diri ni untuk tersenyum jugak sebab Encik Bedak Sejuk cakap aku nampak manis dan cantik bila senyum :) hehe. So, aku kena terima keputusan ni dengan lapang dada and always think positive. Mungkin ada hikmah disebaliknya, mungkin Allah dah tentukan yang terbaik untuk aku sebab Allah itu kan maha mengetahui. Dia pasti akan memberikan yang terbaik untuk hamba2-Nya. Aku percaya ada yang lebih baik untu aku yang dirancang oleh-Nya. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, yang mennetukan segala2nya adalah Dia yang satu.



Aku hanya mampu sabar dan jangan cepat mudah berputus asa. Jangan tangisi hal yang lalu. Aku hanya mampu redha aje. Aku juga nak ucapkan tahniah kepada kawan2 seperjuangan yang lain yang dapat mara ke peringkat yang seterusnya. Semoga berjaya dalam temuduga tu nanti :) 


P/S : Sangat perlukan kekuatan saat ini dan senyum selalu :)








Tuesday 22 May 2012

Segment Follower By Group







Hye ^_^





Klik Sini kalau nak join ye :)

Terhad 40 buah blog aje !!

Cik Pelangi >> Blog Cun





SEGMEN : TINGKATKAN VISITOR DAN FOLLOWERS







Hye ^_^



Nak join segmen lagi untuk malam ni :)

Kalau nak join ---->> Klik Sini






Tarikh Tutup : 30 Mei 2012






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...