Saturday 31 December 2011

SEGMEN :JOM SERTAI SENARAI BLOG TERHEBAT 2012 !






Hye ^-^



Hari ini aku nak join satu segmen yang sangat menarik :)






Kalau sesiapa yang berminat untuk join, bolehla join sekali ok ^_^


Tarikh Tutup : 1 Mac 2012



Aku nak tag SyazaBella dan Encik Bedak Sejuk





Friday 30 December 2011

Goodbye 2011, Welcome 2012 :)






Hye ^_^






selamat tinggal 2011...
terima kasih 2011 sebab bawak seribu sinar untuk aku
seribu kebahagiaan jugak..
2011 banyak kenangan tercipta bersama kawan-kawan
2011 aku dipertemukan dengan seseorang yang sangat aku sayang
2011 aku menduduki peperiksaan STPM
2011 yang begitu indah
terima kasih 2011









selamat datang 2012..
semoga anda juga bawak seribu sinar dan seribu kebahagiaan untuk aku
semoga aku lebih bahagia bersama keluarga dan si dia yang tercinta
semoga aku selamat untuk 2012
semoga aku diberi nafas untuk terus hidup di muka bumi ini
semoga aku lebih kuat menghadapi apa jua cabaran yang datang
semoga aku menjadi lebih dewasa dan matang
semoga aku menjadi insan yang lebih baik dan mengikut perintah agama
InsyaAllah :)
2012, please be nice to me ^_^









Tentang Dhia : Menusuk Kalbu






Hye ^_^



Sob...sob...sob...

Bergenang air mata aku gara-gara tengok drama "Tentang Dhia" semalam. Memang tersentuh jiwa dan raga tengok cerita ni :(






Aku memang suka watak Dhia ni. Dhia ni baik sungguh, tabah, setia, penyabar, taat agama, rajin, sopan santun, lemah lembut. Kira semua la sikap yang positif ada pada dia. Tengok drama ni memang banyak sungguh ujian si Dhia ni, tapi dia tabah mengharungi segala liku-liku hidupnya. Kalau aku di tempat Dhia entah apalah yang akan jadi kat aku. haha. Sungguh aku tak setabah seperti seorang wanita yang bernama Dhia ni.


Bila tengok drama ni emosi sungguh aku. Lebih-lebih lagi bila tengok Mak Zikir lakonan Liza Abdullah tu. Ish!!! jahat bebeno la Mak Zikir ni. Memang bagus la Liza Abdullah bawak watak ni. Cukup benci aku sampai membuak-buak tengok perbuatan Mak Zikir terhadap Dhia dan keluarga Dhia tu. Nasib baik la si Dhia ni seorang yang kuat dan tabah orangnya.


Apapon aku tetap suka drama ni sebab banyak pengajaran yang boleh kita dapat. Antaranya sebagai orang Islam janganlah kita mengamalkan sihir, santau ni sebab tu kan SYIRIK. Lepas tu wanita-wanita di luar sana jadilah Dhia sebagai contoh dalam kehidupan kita. ^__^


Hmmmm...lepas ni drama AKASIA apa pulak yer ? Harap-harap drama best lagi....huhuhu


Untuk drama ni, keseluruhannya aku bagi markah 8/10..sebab aku menitiskan air mata gara2 kesedihan tengok ending cerita ni..Cinta Dhia dan Zikri sampai mati apabila mereka mati sama2..cinta sampai nafas yang terakhir <3






Wednesday 28 December 2011

Cincin Perkahwinan Impian Aku :)






Hye ^_^



Disebabkan tak ada kerja malam2 cmni, apa kata aku berangan jap?
Tetibe tadi aku berangan pasal kahwin..haaa kahwin?
gatal sungguh kan? Abaikan ok..hehehe..tadi 
tengah duduk2 aku berangan la cincin
perkahwinan yang aku nak..
nak tau? meh aku tunjukkan :)






















Awak, awak..ini cincin impian saya..kalau awak nak kahwin dengan saya kena belikan saya cincin ni dulu ok ^_^ harap awak bolehlah tunaikan impian saya ni..hek3 <3

p/s : banyak kan? aku juz nak salah satu daripadanya aje..lalalala..





Apabila Lelaki Serius Dalam Bercinta ❤







Anyeonghaseyo ^_^



Orang Ketiga
Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

 Air mata
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu..

 Penghibur
Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah..

Bersungguh-sungguh
 Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..


Membebel
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.Ingat! nasihat bermaksud mengingati..


Memikirkan Hubungan
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja..


Inginkan Perhatian
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya..

Bertanggungjawab
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu..


 Ungkapan
sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. 


Seksi
tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek..

Cemburu
Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya..


100%
Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya...




Lelaki yang betul-betul serius dalam ppercintaan tidak akan suka jika ada lelaki lain mendekati kekasihnya.HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI  






Wordless Wednesday #5






Peace ^_^v










Tuesday 27 December 2011

Segmen: Up Traffik Sempena Akhir Tahun !






Hye ^_^


Hello guys :)
Marilah kita ramai2 join segmen yang menarik ni..
tengah blogwalking tadi terjumpa plak
segmen ni.
.



Kalau nak join, macam biasa la klik banner kat atas ok :)

Tarikh Tutup : 30 Disember 2011


Aku nak tag Miera dan Fyka :D




The Items I can't Live Without






Hye ^_^


Hari ini aku nak upadate entry pasal 10 barang yang aku perlukan dalam hidup aku..
tanpa mereka semua, siapa lah aku..HAHAHA
Jom skodeng apakah barang2 tersebut :)


1. Handphone
- Tanpanya, aku tak bangun pagi dan tanpanya aku rindu mati kat boyfriend aku..HEHE

2. Lappy dan Broadband
- Tanpanya, aku buta IT dan tanpanya aku seperti katak di bawah tempurung..HAHA..tanpa benda ni jugak tak adalah aku akaun seperti Facebook, Twitter dan Blog

3. Pencuci Muka dan Krim Muka
- Tanpanya, korang takkan kenal aku siapa..HAHA..Tanpanya muka aku penuh bakteria..HEHE

4. Lipbam
- Tanpanya aku rasa seperti something wrong..Ada lipbam baru sexy..HAHAHA..even sebenarnya aku tidak perlu memakai lipbam sebab bibir aku dah merah, tapi aku nak pakai jugak..HEHE

5. Jam
- Seriously, tanpanya hidup aku tak bermakna..dengan adanya jam aku boleh tengok bila waktu aku sekolah dulu2 nak tamat sebab aku nak balik cepat..HAHAHA

6. Baju
- Tanpanya, aku....Err, tak perlu rasanya aku cakap :) HEHE

7. Kipas
- Tanpanya aku panas..Hati juga boleh panas..HAHAHA

8. Berus dan Ubat Gigi
- Tanpanya, akulah orang paling selekeh dalam dunia ini..Kawan2 semua lari tak patah balik..HAHAHA

9. Bantal 
- Lebih2 lagi bantal Domo pemberian yang tersayang..Tanpanya, aku tak boleh tidur..HEHE..penting sebagai bantal peluk bila tengah bergayut..lalalala

10. Rantai
- Aku sayang rantai aku sebab ini pemberian arwah atok aku..Tidak pernah lepas rantai tu daripada leher aku. K baii..HAHAHA



Aku sayang boyfriend aku . Mohamad Saiful , I LOVE YOU . Hehehe . Sorry , termanja pulak . Ahakkss ! Lantak la, blog aku kan? Hahaha










Monday 26 December 2011

SEGMEN : BLOGWALKING SAMBIL MEMFOLLOW :)






Hye ^_^


Hari ni aku nak join segmen sebab dah lama aku tak join mana2 segmen..
errr..yeke dah lama? hahaha..mayb la kot..
Berikut adalah segmen yang aku join pada hari ni.






Kalau korang semua berminat nak join, bolehla join sekali ok :)


Tarikh Tutup : 30 Disember 2011
Masa : Tepat pukul 1:00 petang





Cara Nak Buat BF Sayang Pada Kita






Peace ^_^v



Tumblr



  1. Ambil berat lah kat BF korang tu. Jangan lah buat tak tahu pulak. Lelaki ni kadang-kadang nak rasa dimanja tau..Bukan kita yang perempuan je ^_^ Betol tak? Hehehe
  2. Selalu buat BF korang tu happy. Jangan buat dia sedey..apa guna ada BF tapi nak sedeh-sedeh ye tak? Ha..sekali sekala jangan lupa sakat-menyakat dia..Gaduh-gaduh manja gitu...kan merapatkan lagi hubungan korang berdua tu kan ?
  3. Bebel siket kat BF korang tu kalau dia ada buat salah. Janganlah korang pergi bebel berjela-jela.. Lelaki tak suka perempuan kuat bebel. Bebel tu perlu jugak tapi harus sederhana. Bebel tanda sayang kan? Sebab kita sayang dan ambil berat kat diorang tu kan?
  4. Jangan sesekali buat perkara yang BF korang tak suka. Tapi kalau benda yang BF korang tak suka tu satu benda yang baik korang bolehlah berdebat..tapi mesti ada tolak ansurnya...bincang secara elok..jangan dua-dua nak bantai je..Kang berantakan perhubungan korang pulak.
  5. Romantikkan diri andaBukan lelaki je kena romantik tau. Perempuan pun kena jugak. Sesekali tu korang buatlah ayat sweet-sweet gitu nak bagi diorang terharu. Lagi2 kalau korang dapat BF yang tak reti nak romantik2 ni...Apa lagi korang lah buat...hehehehe kan seronok gitu. Kita boleh tengok reaksi diorang macam man kan?
  6. Cinta satu pengorbanan kan? Pengorbanan penting dalam perhubungan. Tetapi korang kena pandai-pandai faham konteks berkorban ni macam mana kan? Biasalah kalu dah sayang.. "i jump..you jump" atau  " i will jump if you do not know how to swim and i will save you no matter what"..hehehehe faham tak? Agak-agak lah kalau nak berkorban tu kan...Pengorbanan tu biarlah ikhlas.. ^_^






♥ Cuti Cuti Malaysia : Melaka ♥






Hye ^_^v


Sudah dua hari blog kesayangan aku ni tak berupdate..bukannya apa, cuma aku tak sempat nak update sebab sibuk pergi holiday dengan family aku ( tapi facebook sempat plak online ) maklumlah cuti sekolah kan? memang ramai yang menghabiskan masa cuti sekolah ni dengan pergi bercuti sebelum hari sekolah bermula..Aku pun tidak ketinggalan untuk pergi bercuti..ke mana? London? Paris? hahahaha..kami cuma pergi ke Melaka sahaja, Bandaraya bersejarah tu :)

Aku berada di sana selama 2 hari sahaja..dan semlam 25 Disember baru aku balik ke Johor..Disebabkan Christmas Day, memang jalan jem sangat dan memang ramai gila orang dekat sana..da macam apa da aku tengok..ayah aku nak carik parking pon susah memang full je dengan orang..da pusing tiga kali baru lah dapat jumpa parking..

Memang ramai sangat pelancong yang pergi ke sana..pelancong dari luar pon ada datang jugak ke sana..ramai betul yang beratur untuk membeli tiket untuk naik Taming sari..disebabkan terlalu ramai sangat yang beratur, kami discuss untuk naik beca dulu.








naik beca..hehehe


Selepas menaiki beca, kami pergi ke kapal cruise untuk melihat-lihat ke dalam kapal tersebut..memang penuh la orang yang pergi tengok kapal cruise tersebut..kami sempat mengambil beberapa gambar di sana.



dekat dalam kapal cruise dengan adik ku






kapal cruise tersebut


Selepas dah penat mengelilingi kapal tersebut, kami pun pergi untuk membeli tiket untuk naik river cruise pulak..dekat sana pun terlalu ramai yang tengah beratur untuk naik river cruise tersebut..kami pon tidak melepaskan peluang untu merasa naik benda tersebut walaupun rami sangat orang pada masa tu..hanya menunggu dengan penuh kesabaran sahaja.



ini lah benda yang kami naik



with my mom <3



my dad dengan adik


Agak penat jugak naik river cruise nie..memakan masa selama 45 minit dan dia bawak pergi pusing2 lalu Sungai Melaka..bila da sampai kat jeti jek, kepala pun mula la pening2 nasib baik tak muntah kan..hehe..ok, selepas dah jalan2 perut pon mula berbunyi..kruuttt!! kruttttt!! itu tandanya perut minta untuk diisi..time makan pulak!! yeahhhh!! selepas makan kami pun carik tempat untuk solat zuhur dan selepas itu tiba masanya untuk pulang ke rumah..wink2 :)

Ini sahaja entry untuk hari ni..enjoy for readingg!! even kami penat tapi memang besttt gilerr!!!




gambar yang terakhir





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...