Saturday, 20 August 2011

Tunang Tanpa Sedar =='



Salam....=)
_________


Sekali sekala kita dengar ceramah agama pon best jugak kn?? Tapi bukan ceramah politik yek..hehehe :P


Tadi aku baru je lepas dok belek2 ceramah ustaz azhar..Ustaz azhar ni memang kelakar habis la time dia bagi ceramah agama..dan dia pulak memang pior cakap terengganu :)


Jom dengar ceramah dari ustaz azhar...Kali ni aku nk share tentang Bertunang Tanpa sedar..apakah itu?? tettttttttttt..............








What do you think ? ^__ ^






post by : Cik Diyana :)



Friday, 19 August 2011

Fakta Tentang Lelaki =)


Hari ini aku update pasal 38 FAKTA TENTANG LELAKI yang perlu perempuan2 di luar sana tahu..sila baca la ok :)



1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
11.Lelaki juga akan menangis.
12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
25. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
26. Lelaki lebih banyak berfikir.
27. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
28. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
29. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
30. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
31. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
32. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
33. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
34. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
35. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
36. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
37. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
38. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada

Friday, 12 August 2011

TRIAL OH TRIAL !!

Assalammualaikum :)
_________________


aduihhh...tinggal tiga minggu jep lagi aku nak menghadapi peperiksaan percubaan STPM..serius aku cakap aku belum study lagi..biasa la da memang habits aku selalu study di saat2 akhir..bukannya apa, takut nanti study awal2 semua lupa..haa..kan da susah..tp bila nk study akhir2 ni semua jadi kalut..mak oii, byk betol yang nk kena bca..time tu mula la menggelabah x tentu psl..pdan dengan muka hang, sapo suh hang xstudy :( ayoyoyo


jadual trial blom dpt lagi..tp aku da tau bila aku akan exam, iaitu seminggu selepas raya...alamak..raya?? hurmm baru plan nk raya sakan taun nie, nak kumpul duit raya byk2..alamtnya mmg xla..time raya2 kena la buka buku, bkan buka muka buku k..hehe..tp bgos jugak, lau sedara mara tgk aku bca bku msti dyowg puji kn..HAHAHA..pdhal itu semua lakonan semata-mata..sbar jela yek =)


aku kena mnghabiskn 4 subjek yg kesemuanya memrlukan aku untuk mnghafal..untuk STPM aku amek subjek Bahasa Melayu, Pengajian Am, Pengajian Perniagaan dan Sejarah..toatal semuanya ada 8 paper kena jwab..maknanya dalm 2 mnggu lbh jugak aku terpaksa berhempas pulas untuk study..dalam banyak2 benda, aku paling x suka exam..kowg suka x?? ntah aku sendiri pon tak tau kenapa, tp kalau boleh aku trus nk STPM..bukannya nk berlagak pandai, tapi aku malas da nk pergi sekolah..hehe..terasa mcm aku nie mcm2 budak2 bila pakai baju sekolah..HEE~


tp apa2 pon, aku mesti study jugak because it is my future..masa depan aku berada dalam tangan aku..so, kena la study rajin2..bak kata orang " not study hard, but study smart "..itu yang aku selalu sematkan dalam diri aku bila nk study..


aku berdoa agar Allah memakbulkan segala doa aku agar aku berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat jugak..insyaAllah..semoga segala usaha aku tidak akan sia2 dan berbaloi-baloi..aku berharap agar aku dapat menjawab soalan trial nanti dengan mudah dan mendapat result yang cemerlang..begitu juga dengan STPM yang akan tiba beberapa bulan sahaja lagi..so kepada membe2 yang amek STPM taun nie, kita berusaha bersama2 agar kejayaan menjadi milik kita ok =) 4 flat STPM 2011


nota : Sijil Tinggi Pelajaran ke or Sijil Tunggu Pinangan ? 
         HAHA :P

2 bulan sudah ~


holla :)


Tetibe jek hari nie rasa nk update blog..jd rjin la plak kn time bulan2 puasa cmnie..yela da xtau nk wtpe kn..lau duduk jek kompem perut nie terasa lapar..HAHAHA..hari nie aku nk update cter psal aku and buah hati pengarang jantung aku <3..hehe..


So far, da dua bulan kami couple..alhamdulilah blom ad apa2 msalah yg tmbul lagi..semuanya berjalan dengan lancar..aku harap sampai bila2 la kami mcm nie, bebas dari sebarang masalah..tetapi adat la dalam sesuatu hubungan itu ada pasang surutnya..kalau x bergaduh cm xbest je kot..hehe..tp gado manje2 la ea, jgnla bergaduh sampai mnyebabkan hbgan tue putus di tengah jalan..


hari2 aku begitu bahagia sangat bersama dengan si dia..si dia pon jenis yang caring, romantik, dan gila2 mcm aku jgak..sbb tue kitaowg sekepala...tp kesian la kt dia jugak sbb terpksa melayan kerenah aku yg noty mcm nie..da mmg aku cmnie, so dy kna sbar jela..kan3? hee :)
secara jujur aku x pernah rasa bahgia mcm nie..mngkin aku dah bertemu dgn cinta sejati aku..cinta yang akan kekal sampai ke akhir hayat nanti..InsyaAllah =)


baru jejak 2 bulan kami couple..so aku berharap hbngan nie akan kekal dan aku selalu berdoa agar dia menjadi jodoh yang terbaik untuk aku dan tercipta untuk aku..aku yakin dengan dia yang dia mampu menjaga dan mendidik aku menjadi sebaik-baik insan di muka bumi ini ( peh ayat mmg power ) haha..walaupon aku dan dia berjauhan, ini membuatkan perasaan cinta antara kami semakin kuat dan rindu semakin tebal :D inilah yg terpksa dilalui oleh kami disebabkan hbngan cinta jarak jauh..wlaupepon aku terima benda nie dgn positif...( always think positif ) wink2 :)


ok la..juz that's all for today..mls nk type pnjg2..so, doakan la yg terbaik untuk kami..AMINNNN


P/S : saya sayang awak sangat2 :)





Friday, 5 August 2011

~ happy bfday to me ~






5 ogos 2011 ( Jumaat )
___________________


hari ini merupakan hari yang sangat special bagi aku sebab hari ini genap la aku berusia 19 tahun..waaaa!!! semakin lama semakin tua aku ni kn..tapi, inilah lumrah kehidupan..yang muda semakin muda, yang tua semakin tua..hehehe ~ :)


sempena ulangtahun kelahiran aku, aku berazam dengan diri aku sendiri yang aku akan mengubah sikap aku..sikap yang sperti kebudak - budakan harus dibuang dan menjadi lebih matang..errr tapi boleh ke?? insyaAllah i will <3..aku cuma berharap agar aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki oleh-Nya, berada dalam keimanan, berjaya dalam apa jua yang aku lakukan, sentiasa berada di smping orang yg tersayang ( keluarga, kawan dan si dia ) dan semoga hubungan aku dgn dia berjalan dengan lancar, bahagia selalu dn berpanjangan hingga ke akhirnya =)


aku nk ucapkan terima kasih kepada dia yang telah memberikan hadiah yang sangat special bagi aku sempena birthday aku..thanks a lot dear..i really2 like it and i appreciate what you do to me..bantal DOMO tue sangat cute..siyezly!! like u dear..hehe..n patung angry bird tue pon sngat cute..love it!! dia jugak ada bagi aku pinjam novel favourite dia " dunia ini sederhana kecil " dan aku akan menghabiskan bacaan aku dalam masa yang terdekat nie..dan jugak kad hari jadi yang akan aku simpan baik2 sebagai kenangan yang terindah bagi aku..ayat2 dalam kad itu amat menyentuh perasaan aku sehinggakan aku menitiskan air mata tatkala membaca kad tersebut..bkn jiwang ok myb aku tersentuh..ini la yang dikatakan menangis kerana bahagia..dan semoga bahagia itu menjadi milik kami selamanya :)


ok la..sampai sini sahaja entry kali nie..aq nk ucpkan bebanyak terima ksih kepada mereka semua yang telah wish birthday aku..kepda rakan2 sekolah, keluarga, rakan2 di facebook, kazen2 thanks sebab ingat birthday aku..tapi yang paling penting tahun nie aku xkena baling tepung plus telur lag ok..haha..:)


HAPPY BIRTHDAY CIK DIYANA =) sweet 19 :)
_____________________________________


thanks for reading :)


tamat post by : ~ cik diyana ~

Monday, 1 August 2011

Selamat datang bulan RAMADHAN =)



assalammualaikum mak cik pak cik <3

PUASA ! PUASA !

hurmmm..hari ini bersamaan 1 Ramadhan..semua umat islam sedang menghadapi bulan yang sangat mulia, iaitu bulan puasa :)

seperti yang kita tahu biasanya bulan Ramadhan lalah bulan yang penuh keberkatan..btol tak?? time2 camnie la bgos untuk kita meningkatkan lagi amalan ibadat kita..bulan Ramadhan ini juga bulan untuk kita berasa insaf tentang kehebatan dan kekuasaan Dia yang satu..seperti yang kita tahu apabila tiba bulan puasa pintu2 neraka akan ditutup dan pintu syurga akan dibuka..sebagai umat islam kita perlu mengejar perkara yang sangat berguna ini supaya kita diletakkan tinggi darjatnya disisi Dia Yang Maha Esa :)

selalunya hari pertama berpuasa agak keletihan dan terasa malaz untuk melakukan kerja..kalau boleh nak tidur jek sampai tiba waktu berbuka..ishhh xmau la yek mcm tue..jgn jadikan bulan mulia ini sebagai satu alasan untuk anda tidak melakukan kerja ok ^^..hehehe..actually memang terasa lapar sangat..maklumlah hari pertama..tp insyaAllah hari kedua dan hari2 yg seterusnya tidak akan rasa lapar..ini semua nafsu semata2 sahaja..chewahh..hahaha..pandai pulak aku berkata2 yek..

ok la..that's all jek yang aku nak cakap..aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan berpuasa la dengan  penuh keikhlasan dan kesabaran..semoga bulan Ramadahn kali ini lebih bermakna dari tahun2 yg sebelumnya ok >3


SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERTERAWIKH YEK!
___________________________________________



p/s : jangan ponteng puasa ok..tak baik, berdosa taw..hehe..

tamat post by : Cik Diyana :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...