Sunday, 22 July 2012

Cerekarama TV3 : Perempuan Neraka







Hye ^_^







Nak tanya dulu. Siapa yang tengok drama ni malam tadi? Sila angkat tangan macam saya. hiksss!! ( sambil angkat tangan :p ) Aku nak update mengenai jalan cerita tu serta lakonan hebat dari Fizz Fairuz dan Sherie Merlis :)



Kisah Perempuan Neraka ni memang banyak pengajaran dan tauladan yang boleh diambil oleh isteri2 di luar sana. Memang sedih bila tengok drama ni, macam nak menangis pon ada. hehe. Memang benar kadang2 suami ni banyak jugak kekurangannya, tak semua manusia itu sempurna. Tapi si isteri la yang patut menutup segala kekurangan suami agar nampak kesempurnaan tersebut.  Janganlah jadi suami yang terlalu lemah dengan isteri, jahil, dayus atau sebagainya sebab dosa yang dilakukan oleh isteri akan ditanggung oleh si suami dan akan ditanya di akhirat kelak.


So, moral of the story, kita amik la pengajaran dan iktibar daripada cerita ni untuk memperbaiki kesilapan dan kelemahan masing2. Jangan hanya nak menunding jari dan menyalahkan antara satu sama lain. Si suami pun, kena la tegas sikit dengan isteri dan jangan hanya nak ikut apa yang disuruh oleh isteri. Kalau sayang pun berpada-pada la, ikut tempat ye :) hehe. Aku cakap ni macam dah kahwin je :P hik3!


Ok, sampai sini je nak update :) Selamat Berpuasa ^_^


~ Bubye!!






"Segmen : Jom Blogwalking Di Bulan Ramadhan"








Hye ^_^







Kalau ada yang nak join Klik Sini okay :)


Tarikh Tutup : 29 Julai 2012



Nak tag : 

http://akmaluv90.blogspot.com/

http://trahzain.blogspot.com/






Segmen : Bloglist Ramadhan By Ain








Hye ^_^




Mizz yaya




Nak join Klik Sini ye :D


Tarikh Tutup : Second last puasa






"SEGMEN : Misz Mieza Nak Promot Blog Anda!".



\




Hye ^_^







kalau nak join Klik Sini ye :)



Tarikh Tutup : 25 Ogos 2012






Saturday, 21 July 2012

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan :)







Hye ^_^








Salam Ramadhan buat semua umat Islam di seluruh dunia. Esok bermulanya puasa, dah tak sabar rasanya. Semoga ramadhan kali ini membawa seribu makna dalam hidup kita dan semoga ramadhan kali ini jauh lebih sempurna daripada tahun2 yang sebelumnya :)


Esok pagi dah mula bangun awal untuk bersahur. Yang perempuan bangunla awal tolong mak masak dekat dapur. hehehe. Bila puasa dah nak dekat ni, kompem ramai yang pergi bazar ramadhan untuk beli juadah berbuka. Beli makanan tu jangan terlalu ikut nafsu sangat, nanti membazir je. Kalau boleh memang satu bazar ramadhan tu kita nak beli, tapi kawal nafsu anda ok :)


Malam ni dah boleh niat untuk berpuasa esok. InsyaAllah kita sama2 boleh jalani puasa kali ini dengan lebih tenang dan rebutlah peluang yang hanya datang setahun sekali ini untuk kita melakukan amal ibadah, tingkatkan amalan kita dengan membaca ayat2 suci al-Quran dan basahkan bibir dengan zikir dan bulan puasa ni elakkan daripada mengumpat atau sebagainya. Maafkanla sesama manusia kerana tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Dia.


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN :D



~ Bubye!






Wednesday, 18 July 2012

Wordless Wednesday #33








Hye ^_^













Pelajar di Benarkan Membawa Telefon Bimbit ke Sekolah








Hye ^_^




DR+WEE+KA+SIONG Pelajar Sekolah boleh bawa handphone ke Sekolah Mulai 2013




"PUTRAJAYA: Pelajar akan dibenarkan untuk membawa telefon bimbit dan IT gajet ke sekolah mulai tahun depan selepas undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 dipinda, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata hari ini bahawa apa-apa perubahan yang perlu dibuat untuk menggalakkan pendidik dan pelajar untuk menggunakan teknologi maklumat di abad ke-21.

Beliau berkata langkah itu adalah selaras dengan langkah untuk melaksanakan pengajaran maya dan program pembelajaran Kementerian Pelajaran - "1Bestari" - di seluruh negara.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran, penemuan awal telah menunjukkan pandangan yang berbeza-beza dari pihak-pihak yang berkepentingan seperti pengetua, guru, ibu bapa dan pelajar.

"Apabila 1Bestari di tempat, anda akan mendapat free wifi. Kami ingin memberikan persekitaran pembelajaran maya supaya pelajar boleh menggunakan alat mereka untuk belajar dan melakukan semakan mereka.

"Dunia sama sekali berbeza kini. Ini adalah trend. Kita tidak boleh berhenti itu, "katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa disiplin pelajar di Putrajaya.

Pada masa ini (2012), pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah.

Dr Wee juga menjemput orang ramai untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui akaun rasmi Kementerian Pelajaran Twitter @ 1KemPelajaran.

Dr Wee berkata draf pindaan itu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa seminggu, dan bahawa "ketat" garis panduan mengenai penggunaan peralatan elektronik di sekolah akan ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran.

"Proses pengajaran dan pembelajaran tidak perlu terganggu. Garis panduan ini akan menggariskan bagaimana kita membenarkan dan apabila kita membenarkan pelajar untuk menggunakan alat, "katanya.

Beliau menambah satu lagi faktor yang datang ke dalam gambar adalah keselamatan pelajar, kerana ibu bapa ingin menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi anak-anak mereka selepas sekolah.

Dalam perkembangan lain, Dr Wee berkata langkah-langkah yang akan diambil untukmenangani isu kehamilan remaja di kalangan pelajar sekolah dengan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kementerian Pembangunan.

Menurut Wee, terdapat 18,000 remaja hamil yang di bawah umur 19 tahun dan 25% adalah belum berkahwin.

Beliau berkata perubahan akan dibuat supaya sekolah mempunyai hak untuk menghantar pelajar perempuan untuk pemeriksaan perubatan di hospital-hospital mereka harus mengesan sebarang tanda-tanda kehamilan.

Beliau berkata ponteng kekal masalah disiplin utama di kalangan pelajar sekolah dan ada juga cadangan untuk mempunyai kaedah-kaedah untuk mencegah jenayah siber." - Petikan daripada The Star 16 Julai 2012



P/S : Gunakan lah dengan sebaik2 nya kemudahan yang diberikan tu ye. Kalau cmni aku nak jadi budak sekolah balik la. haha :P






Thursday, 12 July 2012

Keputusan Permohonan ke IPTA Jumaat Ini !







Hye ^_^




Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan Jumaat ini (13/07/2012)


Pemangku Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Ismail Nor Hassan Basri berkata calon yang memohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai jam 12 tengah hari.


"Pemohon boleh menyemak permohonan mereka menerusi tiga saluran utama iaitu laman sesawang KPT; talian bantuan (Helpline)talian hotline; dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Calon boleh menyemak menerusi laman web http:upu.mohe.gov.my atau di talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.


Tinggal satu hari je lagi. Semakin berdebar rasanya hati aku ni. Macam masa nak amik result STPM dulu. Penangannya memang kuat la sampai aku pun mula nak demam2 dah ni. Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saat ini. Aku berharap agar aku dan Encik Bedak Sejuk sama2 dapat sambung belajar bagi ijazah yang pertama nanti.


Aku juga berharap agar rakan2 seperjuangan aku yang lain jugak akan turut sama dapat meneruskan pengajian masing2 di menara gading nanti. Apa2 pun segalanya akan terjawab esok dan doakanlah kami semua agar apa yang kami impikan dan harapkan akan menjadi kenyataan untuk kami mneruskan perjuangan dan mengejar cita2 kami semua. Harapan ibu bapa pasti tinggi sekali untuk anak2 mereka dan harap2 esok akan ada keputusan yang membahagiakan. InsyaAllah :)



p/s : Kepada mereka yang sedang menunggu keputusan seperti aku, GOOD LUCK eh ! =')





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...