Friday, 6 July 2012

Jom Masak : 1 Hari 1 Resepi







Hye ^_^



Salam hari Jumaat semua. Ingat nak tidur jap tadi, tapi mata ni tak boleh nak terlelap pulak. Mata asyik terkebil-kebil je, badan macam2 posisi dah still tak leh nak tidur. Kalau selalu dah tidur dah waktu2 petang macam ni, lagi2 tengah hujan  kan. Syokkk gila tidur. hehehe. 

Disebabkan tak boleh nak tidur ni, baik aku update blog. Rasa macam dah lama je tak update. hehe. Hari ni tiba2 nak update pasal masakan pulak. Umur pon baru nak masuk 20 tahun, kena la belajar masak kan. Tapi tak ada la aku tak tahu langsung pasal masak2 ni, yang simple2 jela. Sebab tu aku ingat nak belajar masak lagi, nak lebih advanced kan. Lagipun dah ada orang warning suruh belajar masak. So, aku kena la menurut perintah ^^ Lagipun tak rugi kalau kita pandai masak sebab nanti senang bila dah kahwin kan. Boleh masak kan untuk suami. Lagi2 kalau orang tua2 nak cari menantu, benda yang utama mestilah " PANDAI MASAK ". Betul kan? hiksss!!









Ini lah buku yang tengah hot di pasaran sekarang. Boleh didapati di kedai buku Popular dengan harga RM39.90 je. Dalam buku ni terdapat 365 resepi istimewa daripada Chef hanieliza. Banyak kan? Dalam setahun belum tentu semua tu kita akan masak. hehe. Tapi buku ni sangat mudah untuk mereka yang ingin belajar dan mencuba masakan yang baru. Bak kata orang nak tambat hati suami, pikat selera dia dulu. Amboi, ayat aku!! haha.

Aku pun tengah plan nak cari buku ni. Time ni la baru nak cari buku masakan. Selama ni bila masuk kedai popular je, novel je yang dicari. hehe. Tak pela, niat baik nak belajar masak dari buku resepi tu. Nak bagi semua orang rasa masakan aku, especially untuk family aku dan Encik Beddak Sejuk kesayangan . Bila dah lulus, boleh la kahwin kan? hahaha.



P/S : kepada yang tak beli lagi tu cepat2 la pergi beli ok :)






2 comments:

Kesuma Angsana said...

jrg masak ikut buku.. suka main campak2 je hehehe

laskar pelangi said...

Mama kita pun ada jugak beli buku ni, tak rugi punyalah kalau beli,ada macam-macam jenis resepi dan menu =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...