Sunday 6 November 2011

Ombak Rindu








sebenarnya masa zaman sekolah dulu dah baca novel nie.. tapi rasa nak baca lagi kisah percintaan antara Izzah & Hariz.. Dan novel ini jugak dibawakan ke layar perak. Pelakonnya ialah Aaron Aziz membawakan watak Hariz, Maya Karin membawakan watak Izzah & Lisa Surihani membawakan watak Mila.



Sinopsis Filem Ombak Rindu

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Jom kita cuci mata sikit


izzah...gadis kampung 


Izzah & hariz


Apa yang pasti..memang suka sgt2 novel ni... Esspecially saat cinta Hariz pada Izzah mula berputik.. Eyhh... Aaron ni mmg sesuai la berlakon watak lelaki romantik cam dalam drama Nora Elena.. Boleh cair hati ni.hehe

p/s : Jom tengok ramai2 filem Ombak Rindu nie ok =)





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...