Wednesday, 26 December 2012

Final Exam :(







Hye ^_^





Hye readers2 kesayangan semua. sihat tak? hehe. dah lama blog ni tak berupdate kan. ini pun aku curi2 masa sikit nak update. Maklumlah sejak kembali jadi student ni memang busy sgt2, lebih2 lagi masa dah nak dekat final. Memang stress sangat2. Mana taknya, nak kena siapkan assigment la, test and quiz memang tiap2 hari lecterur akan buat. Tapi alhamdulilah, semuanya siap jugak dan berjalan dengan lancar even macam2 yang berlaku. 

Now, I'm home sweet home :) memang best gila dapat balik rumah sebab study week. Tapi duduk kat rumah ni besar betul dugaannya kan? bila nampak katil je, rasa macam nak guling2 je, lagi2 dengan cuaca yang hujan dan sejuk ni. perghhh!! memang terbaikk la kalau tidurr je. sebab tu satu buku pun aku tak study lagi. Harap je bawak buku, nasib tak banyak. hahaha

Roomate2 semua dah tanya bila nak kelik Jengka? aku pun tak tahu lagi bila sebab diorang ada yang dah nak balik isnin ni dan ada yang dah sampai petang tadi. Bila nak final ni satu badan rasa seram sejukk je. takot kot sebab ni first final exam aku untuk degree. Paper aku start 7hb dan yang paling best first paper economy. memang awesome dia letak yang awal2 sebab tu la subjek yang susah bagi aku sebab aku tak ada basic lagsung untuk ekonomi. Tapi tak pe, i will make sure i can do it the best. hehe :)

Untuk semua kawan2 UiTM Jengka, untuk classmate 1C dan semua kawan2 yang dah nak final exam ni jugak, good luck to you all. Do the best among the best okay. Don't study hard, but study smart. Pray for me yeahhh :) Hope i can get a good pointer for my first semester and InsyaAllah kalau ada rezeki teringin nak dapat Anugerah Dekan. hehe. So, good luckk korangg semua. Aja2 fightinggg!!! 


p/s : Okay, nak out sebab nak study. Ecoomy oh economy =.=







Wednesday, 7 November 2012

Video Class For Our Assigment






Hye ^_^




Apa khabar korangg semua? sihat tak? Alhamdulilah kalau sihat. Kepada yang kurang sihat tu makan la ubat supaya cepat sembuh :) Maklumlah cuaca sekarang asyik hujan je kan dan aku sekarang ni pun dah nak demam ni sebab dah beberapa hari asyik kena hujan je bila balik dari kelas. Menyesal tak bawak payung :( 



Okay, dah beberapa hari aku tak mengupdate blog disebabkan kesibukan yang terlampau untuk buat video kelas kami. Ini merupakan salah satu assigment kami untuk subjek OSM402 Computing. Lecterur kitaowg bagi task untuk siapkan video tersebut and kena edit video tersebut then baru boleh publish kan dekat Youtube. Maluuu wooo orang tengok videoo. Hehe. Tapi ini adalah tugasan kan, so kena la buat if nak dapat markah terbaik :)


Ini adalah videonya. So, aku nak mintak tolong korang yang cantik2, comel2, handsome2 tu tengok video ni and tolong 'LIKE' sekali ea kepada sesiapa yang ada akaun Youtube. Kerjasama anda amatlah kami hargai. hehehe. Enjoy watch this video ^^








Kepada anda2 semua yang telah menonton video kelas kami ni, kami mintak maaf if video tersebut kurang best atau sebagainya. Ini adalah percubaan pertama kami untuk 1st sem ni. Apa yang penting bagi kami adalah work team. Kalau tak ada work team memang tidak akan terhasillah video macam ni. So, thank you kepada you all semua :D



P/S : Bayak assigment, quiz and test menanti lepas ni T__T










Wednesday, 31 October 2012

Hang Out With Her :)






Hye ^_^



Disebabkan tengah tak tahu nak buat apa petang2 macam ni, dengan cuaca yang tersangat best sebab kat tempat aku tengah hujan lebat gila, so aku ambil kesempatan ini nak mengupdate blog. Lagipun aku ni baru je bangun dari tidur ( sambil gosok2 mata. hehe :p ). Bangun2 je terus hadap lappy kesayangan  sebab nanti dah balik Jengka dah tak boleh nak update blog sangat. Tapi ni cuma entry pendek je. So, tak payahla nak baca lama2 kan dan aku tak perlu la menaip panjang2. ye tak? wink2 :D


Sebelum aku balik ke Kluang lagi, bff aku yang sorang tu sibuk ajak aku date dengan dia bila aku dah balik nanti. Maklumlah, dah rindu-rinduan dia dekat aku. Lagipun masa aku pergi Jengka aku tak sempat nak meet dengan dia. So, bila balik hari tu, tertunai jugak la hasrat dia nak jumpa aku :) Kami pergi jalan2 dekat Kluang Mall, Kluang Parade and then kami makan Pizza. Tu pun nasib ada orang yang belanja kami sebab aku dah sebulan lebih tak jumpa pizza dekat sana. hahaha.














Lagi pun kebetulan aku jumpa dia sebab nak ajak dia pergi shopping :) hehe. Macam2 benda aku shopping hari tu dan duit keluar laju je macam air. Beratus-ratus habis pada hari tu. sobbsss T_T 


Tapi aku shopping bukan untuk membazir, tapi aku betul2 memerlukan barang2 tu semua utuk dibawa pulang ke Jengka pada hari ahad ni. Kat sana mall pun tak ada, so balik ni jela masa yang aku ada untuk shopping semua barang2 yang aku nak. huhu. Lagipun bff aku tu jugak akan sambung belajar dekat Negeri Sembilan, sebab tu aku kena jumpa dengan dia sebelum dia pergi belajar nanti. Entah bila kami dapat hang out macam ni lagi. tapi memang best bila dapat gelak sakan sama2 dengan dia. Entah bila dapat ketawa macam tu lagi kan. RINDU :(


Ok la, kata entry pendek kan. so, sampai sini aje dulu. perut dah bunyi2 mintak untuk diisi. Nak pergi makan dulu ye. hehe. bubyeee~~



Wordless Wednesday #43







Hye ^_^











Sunday, 28 October 2012

Dating With My Love ♥






Hye ^_^



Seperti yang diberitahu dalam entry yang semalam, inilah story special yang aku nak update and share dekat korang semua. Aku buat entry ini jugak atas permintaan dari si dia, siapa lagi kalau bukan Encik Bedak Sejuk kesayangan tu. hehe. So, demi dia, aku akan update kisah pertemuan kami berdua baru2 ni okay :) ( malu2 kucinggg :P )



Setelah 4 bulan kami tidak berjumpa, akhirnya dapat jugak masing2 melepaskan kerinduan yang tak dapat nak ditanggung lagi. haha. Bila masa aku nak masuk UiTM Jengka pun, kami tidak dapat berjumpa sebab masa tu agak kesuntukan masa nak jumpa. Sedih memang sedih, tapi antara kami still ada connection, handphone and skype la tempat kami tetap berhubung. Kalau tak ada, mati aku kat sana nanti. hehehe. So, disebabkan dapat balik ke Johor sempena Raya Haji and Mid-term break ni, aku pun amik la kesepatan ni untuk balik dan berjumpa dengan dia sebelum aku pulang ke rumah. Kelas terakhir aku sebelum cuti pada hari selasa, dan nasib kelas pada hari tersebut habis pukul 4 petang dan lepas balik dari kelas aku pun excited packing barang semua untuk balik ke Johor. Lagipun, aku bertolak untuk balik cuti pada malam tersebut pukul 9 malam dan dijangka akan sampai ke terminal Larkin pada pukul 4.30 pagi. So, tak ada hal la pasal siapa nak amik aku sebab EBS yang akan amik pada pagi tersebut. hehehe :P


So, bila dah sampai aku pun suruh dia amik aku dekat depan McD Larkin sebab dah 7 jam aku duduk dalam bas. Penat sangat2 sebab perjalanan jauh dan memenatkan. Driver dalam bas tu pulak asyik pasang lagu dangdut n Gangnam Style aje. So, layan kan jelaa. haha. Selepas itu, kami bergerak dan dia membawa aku pergi ke McD sebab aku dah mengidam gila nak makan McD. Maklumlah dekat Jengka cuma ada KFC je. sedihh kan? :'( Mula2 plan nak makan Big Mac, tapi pagi2 breakfast punya jela ada kan. So, xpela, asalkan dapat makan kan. Then lepas makan dia bawak aku jalan2 pergi Legoland. Pagi2 buta mana la ada kaunter bukak. So, kami cuma jalan2 aje kat situ, tak masuk pun. Lagipun masing2 tak ada duit lagi, aku punya PTPTN pun tak masuk lagi and dia punya gaji pun tak dapat lagi. Dalam mimpi jela dapat masuk ea. muehehehe :P















Selepas dah puas plesing amik gambar semua, kami pun decide nak pergi ke Restoran Aliff tempat dia selalu lepak. Dekat sana nanti bolehla aku online sekejap. Dekat pukul 10 lebih aku bertolak untuk pergi ke City Square sebab kami nak tengok wayang movie " Aku Terima Nikahnya ". Movie tersebut mula pada pukul 11 suku dan tamat pada pukul 12:45 tengah hari. Masa dalam wayang tu, perut kami masing2 dah berbunyi tanda tengah lapar. So, kalau nak makan pun kena la habiskan movie tu dulu kan. Bila movie dah tamat je, aku ajak dia pergi ke kedai baju F.O.S. sebab aku nak carik kameja untu dibawa pulang ke Jengka nanti. Lagi pulak aku suka beli baju kat situ sebab kebanyakkannya lawa2 dan harga pun available. Tapi last2 aku dapat beli satu je kameja sebab duit tidak mengizinkan aku untuk shopping lebih2. haha. Lepas tu, aku terjumpa pulak Buskin-Robbin. Apa lagi, aku pun belilah aiskrim tu tapi dalam skop yang sedikit jela. hehe. Tak boleh banyak2 nanti tak habis. hahaha.


Lepas tu, kami terus bergerak pergi ke Jusco Bukit Indah semata2 sebab nak makan Subway. Disebabkan dia sekarang sudah ada kereta, bolehla aku arahkan aje dia suruh bawak aku pergi mana2 kan. hehe. Finally, dapat jugak aku makan Subway sebab aku teringin nak makan benda tu. Kat Jengka sana mana ada mende2 ni semua. Disebabkan si dia kesian dekat aku, dia tunaikan jugak la semua hasrat aku nak makan macam2 bila date dengan dia nanti. Dapat jugak kan. Thanks so muchhh my dear :) hehe


Dalam pukul 4 petang, kami bergerak untuk pulang dan yang paling best dia yang hantar aku balik tapi dia cuma hantar aku sampai Ayer Hitam sahaja. Sebab aku dah suruh ayah aku amik aku dekat situ untuk balik ke rumah. Time nak berpisah tu, rasa sedih and sebak mula ada dalam diri sebab aku tak tahu bila kami akan berjumpa lagi selepas ni. Tapi InsyaAllah aku akan usahakan untuk jumpa dengan dia for the next time :) Dia tetap tunggu aku di stesen bas Ayer Hitam tu sehigga la ayah aku sampai untuk menjempu aku dan setelah itu dia menyusul kereta ayah aku dari belakang dan akhirnya kereta beliau hilangg dari pandangan :(



Ok. That's all for today. Ni je story yang nak dikongsikan bersama. Bukan niat untuk menunjuk2, tapi ini sekadar cerita yang ingin dikongsi bersama :) Tunggu entry yang seterusnya okay. bubyeee~~



To My EBS, I hope you know my love and my feelings towards you never change because I love you damn much and you are my only one. No doubt. I hope you believe it and keep your trust on me. You don't worry because I'm yours and I want to say sorry if I have done something that make you feel speechless, sad, mad and so on. I'm really2 sorry :( I realise that I'm not a complete person, but I try to become the best woman just for you. I hope you know that dear.





















Saturday, 27 October 2012

Junior's Night For OM Students






Hye ^_^



Di sebabkan aku dah ada dekat rumah sebab cuti raya haji, bolehla aku update blog kesayangan ni :) hihi. Sorry la sebab blog ni dah lama xberupdate. Bukan apa, sejak sambung belajar ni dah tak ada masa nak update. Kalau sempat update pun cuma entry yang pendek2 je. Harap dimaafkan ye pembaca2 semua. hihi :)


Okay, let's start the story. Kali ni aku nak story sikit pasal Junior's Night yang diadakan khas untuk student2 Junior OM ( Office Management ) pada 22 Oktober hari tu sehari sebelum aku balik ke Johor. Pada malam acara tersebut memang best sebab ada macam2 persembahan seperti Fashion show, Drama, Nyanyian, Teater Musical, Dikir barat dan banyak lagi la. Tema pada malam tersebut ialah RETRO KLASIK dan sememangnya kami semua kembali ke zaman 70 dan 80-an. Pada mulanya aku tak tahu nak pakai baju apa pada malam tersebut and last2 aku decide nak pakai baju kebaya dan terpaksa la mak aku pos kan baju tersebut ke Jengka. haha. Makan masa 2 hari jugak la untuk sampai baju tu. Pada awalnya macam nak beli baju lain, tapi disebabkan duit yang semakin hari semakin berkurangan, terpaksalah melupakan hasrat tersebut. Lagipun bila difikir balik takut baju tersebut hanya  pakai sekali sahaja semata2 untuk Junior's Night. Kan dah membazir. betul tak? hihihi :P



Kat sini ada beberapa keping gambar pada malam tersebut. Hope korang dapat lah tengok ye gambar2 ni semua. Enjoy the picture! :D



Ini semua roomate :)



My classmate :)



Snap pic selepas selesai acara 




Ada gaya retro tak? haha :P



Berbaju kebaya :)




Hihihihi :P




With them <3




Jejaka2 perasan! hahaha




King of The Night pada malam tersebut, Ku Azizul :)



Pada malam tersebut memang happening gila. Dan moment yang paling best apabila kumpulan kami menang tempat ke-3 bagi persembahan Teater Musical. Alhamdulilah, even tempat ke-3, kami tetap bersyukur sangat2 sebab usaha kami selama ni pergi latihan akhirnya berbaloi jugak. Thanks to all my classmate 1 ( C ) sebab support each other dalam menjayakan malam Junior's Night kita ni :)




Hadiah yang dimenangi :)



Okay, sampai sini sahaja cerita untuk hari ni. Ada story yang lagi best yang akan menyusul nanti. So, tunggguuuu!!!!. hehe. bubye ~~







Monday, 15 October 2012

Counting The Day :)






Hye ^_^




Wahhh. tak sabar nak tunggu 23hb minggu depan sebab dah cuti sempena Raya Haji yang akan datang dan sebab cuti Mid-Term. Ya Allah cepatla masa berlalu. Dah homesick sangat2 dah ni :(



I miss everything at there. My family, my friends and also my boyfriend too. hik3 :P Rindu nak makan masakan ibu, nak jalan2 satu kluang, nak pergi tengok wayang, nak makan McD, nak makan Pizza Hut dan macam2 lagi la. Sebabnya kat Jengka ni tak ada benda2 ni semua. That's why aku tak sabar nak balik Johor. Nasib tiket awal2 lagi dah beli. Kalau lambat, memang habis la tiket, nanti tak pasal2 kena sambut Raya Haji dekat sini pulak. haha :)




Tiket balik. wink2 :)


Sebelum balik minggu depan, banyak kerja and aktiviti kena buat. Quiz la, Junior Night la. Dah la nak quiz, buku baru je baca sikit2, yang selebihnya buka mukabuku. hoho. macam mana ni? haishhh. Asyik fikir nak balik je, sebab tu macam ni. haha. 


Kluang, wait for me okay ^_^. lagi seminggu je lagi ni. Bila balik rumah, bolehla berjimat sikit duit sebab duit semua ayah yang keluarkan. Kalau duduk sini, duit keluar macam air T_T



K la..bubyeee :)







Saturday, 13 October 2012

Gotong-Royong Di Kolej Kediaman Mat Kilau







Hye ^_^




Semalam dapat notice yang hari ni semua pelajar2 degree yang duduk di Kolej Kediaman Baru atau lebih dikenali sebagai Kolej Mat Kilau kena bersama-sama bergotong royong untuk mengemas bilik masing2. Aktiviti ni bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi. 


Aku dan roomate2 ku yang lain baru nak bercadang nak bangun lambat hari ni. Maklumlah hari sabtu kan. Last2 bila dapat notice tu, kena la bangun awal. Roomate aku lagi la pukul 8 baru bangun. lagi terbaikk!! aku pukul 7.45 dah gerak masuk bilik air untuk mandi. hik3 :P


Kami berenam mengemas bilik kami semua dengan penuh semangat. Antara aktiviti yang dilakukan ialah menyapu, mengelap cermin tingkap, megelap kipas dan macam2 lagi la. Penat2 memang penat sampai berpeluh2 dah kami semua. Lagi2 bila tak sarapan lagi kan. Tapi dah alang2 kami semua mengemas, baik kami kemas betul2 kan? hehehe. Ini lah hasil bilik b2-01-07  selepas dikemaskan. wink2 :D





Ini katil roomate2 ku, Sa'idah, Izan, Izaty & Fidza :)





Yang bawah ni katil aku, yang atas katil roomate, Jannah :)





Inilah katil kami semua :) nampak kemas dari sebelumnya. hik3





Meja study roomate. Nampak lebih teratur. see, palstik kerusi pun xbukak lagi. hihi :P





Ini meja study aku. Dah memang nampak kemas sebenarnya, so xperlu nak kemas balik. hahaha




Ini pulak tempat menyidai tuala dan peralatan solat. Nampak sangat2 kemas dan terautur. kan3 :)



Ini lah hasil kerja kami pagi tadi. Hanya ni je yang boleh ditunjukkan. Kami semua amat berpuas hati la bila bilik dah kemas and selesa macam ni. Rasa macam baru masuk je dalam bilik ni. hahaha. So, bila bilik dah kemas, environment kat bilik ni pun rasa lebih fresh sebab sawang2, sampah sarap dan habuk2 semua sudah dibereskan, barulah mood study boleh datang. Bolehla nak study dengan selesa sebab bilik dah kemas :) hehehe. 


Thanks to my roomate sebab bekerjasama mengemas bilik ni sama2. berbaloi jugak la dapat gotong royong kemas apa2 yang patut. Tapi tak tahu la sampai bila boleh tahan kan. Jangan sampai petang ni je, esok dah jahanam semuanya. hahaha. K la, that's all for todayy. I loveee youu ollsss my roomate yang cute mute belaka. ekekekeke :)







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...