Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan Jumaat ini (13/07/2012)
Pemangku Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Ismail Nor Hassan Basri berkata calon yang memohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai jam 12 tengah hari.
"Pemohon boleh menyemak permohonan mereka menerusi tiga saluran utama iaitu laman sesawang KPT; talian bantuan (Helpline), talian hotline; dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Calon boleh menyemak menerusi laman web http:upu.mohe.gov.my atau di talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.
Calon boleh menyemak menerusi laman web http:upu.mohe.gov.my atau di talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.
Tinggal satu hari je lagi. Semakin berdebar rasanya hati aku ni. Macam masa nak amik result STPM dulu. Penangannya memang kuat la sampai aku pun mula nak demam2 dah ni. Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saat ini. Aku berharap agar aku dan Encik Bedak Sejuk sama2 dapat sambung belajar bagi ijazah yang pertama nanti.
Aku juga berharap agar rakan2 seperjuangan aku yang lain jugak akan turut sama dapat meneruskan pengajian masing2 di menara gading nanti. Apa2 pun segalanya akan terjawab esok dan doakanlah kami semua agar apa yang kami impikan dan harapkan akan menjadi kenyataan untuk kami mneruskan perjuangan dan mengejar cita2 kami semua. Harapan ibu bapa pasti tinggi sekali untuk anak2 mereka dan harap2 esok akan ada keputusan yang membahagiakan. InsyaAllah :)
p/s : Kepada mereka yang sedang menunggu keputusan seperti aku, GOOD LUCK eh ! =')
5 comments:
smoge bjaye :)
me too.god luck.dub dab je kan?
Telah ditag :
http://sweetcolourful.blogspot.com/2012/07/segmen-jom-tambah-follower-by-sandra.html
good luck ye !
good luck..
selamat meneruskan degree nati yaa :)
Post a Comment