Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan :)







Hye ^_^








Salam Ramadhan buat semua umat Islam di seluruh dunia. Esok bermulanya puasa, dah tak sabar rasanya. Semoga ramadhan kali ini membawa seribu makna dalam hidup kita dan semoga ramadhan kali ini jauh lebih sempurna daripada tahun2 yang sebelumnya :)


Esok pagi dah mula bangun awal untuk bersahur. Yang perempuan bangunla awal tolong mak masak dekat dapur. hehehe. Bila puasa dah nak dekat ni, kompem ramai yang pergi bazar ramadhan untuk beli juadah berbuka. Beli makanan tu jangan terlalu ikut nafsu sangat, nanti membazir je. Kalau boleh memang satu bazar ramadhan tu kita nak beli, tapi kawal nafsu anda ok :)


Malam ni dah boleh niat untuk berpuasa esok. InsyaAllah kita sama2 boleh jalani puasa kali ini dengan lebih tenang dan rebutlah peluang yang hanya datang setahun sekali ini untuk kita melakukan amal ibadah, tingkatkan amalan kita dengan membaca ayat2 suci al-Quran dan basahkan bibir dengan zikir dan bulan puasa ni elakkan daripada mengumpat atau sebagainya. Maafkanla sesama manusia kerana tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Dia.


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN :D



~ Bubye!






2 comments:

ummi_norseha said...

salam ramadhan dr ibu ummi..:)

aisyah humaira' said...

salam ramadhan :)
selamat berpuasa cik pelangi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...