Friday, 11 November 2011

Bila Lelaki Dayus ?





Hye readers =)

Perkataan dayus biasanya banyak disebut oleh kaum perempuan sebab 'dayus' itu sendiri ditujukan kepada kaum lelaki.Apakah sebenarnya dayus dalam Islam?seorang sahabat nabi bertanya: apakah dayus itu wahai Rasulullah?Jawab Nabi: Iaitu seseorang(lelaki) yang membiarkan kejahatan(zina,buka aurat,bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya(isteri dan keluarganya).Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus dalam bab dosa besar sehingga peernah disebut dalam satu athar-->Allah telah melaknat lelaki dayus(laknat bermakna dosa besar dan wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan di haramkan bergaul dengannya).
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
 membiarkan kecantikan aurat,bentuk tubuh isteri dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau diluar rumah.
 membiarkan isterinya pulang lewat ke rumah yang tidak diketahui bersama dengan siapa,serta apa yang dilakukannya dan siapa yang menghantarnya pulang.
 membiarkan anak peerempuannya 'berdating' dengan tunangnya atau lelaki bukan mahramnya.
 menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan atau isteri berpakaian seksi diluar rumah.
 membiarkan anak perempuannya memasuki rancangan hiburan dan sebagainya yang mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahramnya.
 membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain,kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah nafsu lelaki dihilangkan semasa berlakon?
 membiarkan isteri disentuh oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam spt menyelamatkan isteri daripada lemas n sebagainya.
membiarkan isteri berdua-duaan dengan lelaki lain tanpa sebab musabah tanpa rasa cemburu.
 membawa isteri dan anak perempuannya untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor perempuan..




1 comment:

Unknown said...

info yg berguna. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...