Wednesday, 14 September 2011

LOVE STORY : CINTA JARAK JAUH


Keyboard laptop ditekan pantas. Jejari laju menaip setiap butir huruf. Amira nekad. Dia akan menghantar email kepada kekasihnya yang berada jauh di KL. "Apa nak jadi kali ni, jadi la." Getus hatinya. 

Akhirnya email yang ditaip siap jugak. Lama Amira membaca semula warkahnya di skrin sebelum dihantar. Setelah yakin dengan apa yang ditaip, dengan pantas butang send ditekan. Email sent! 

Nafas lega dihembus. Dia menjatuhkan diri ke atas katil empuknya. Perasaannya yang berkecamuk sebelum itu tiba-tiba hilang. Fikirannya telah menjadi tenang. Semuanya kerana email yang dihantar kepada kekasihnya Azhan. Mindanya teringat kembali setiap perkataan yang ditaipnya. 

To : _________________________
Subjek : Luahan Hati
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum.

Awak, saya dah lama bertahan dengan awak. Kita bercinta jarak jauh. Awak di KL, saya di Kedah. Awak jugak yang kata, kita kena berikan kepercayaan seratus peratus untuk menjayakan hubungan kita ni. Tapi, saya kecewa dengan awak. Saya rasa awak belum anggap awak saya seperti perempuan yang istimewa sepenuhnya. Awak layan saya sama macam awak layan semua kawan awak. 

Saya harap awak berubah. Tapi kecewa yang saya dapat. Awak tak berubah. Masih dengan perangai lama. Awak tak penah cuba nak jaga hati saya sejak kita bersama. Saya tau la jarak kita jauh. Tapi awak juga yang katakan, 'do not count the distance, but count the love given'. Saya tanya awak kenapa awak cintakan saya? Tapi awak tak penah bagitau sebabnya. Awak langsung tak dapat bagitau. Saya kecewa tau tak!

Awak kata awak serius nak kahwin dengan saya. Awak nekad nak jadikan saya sebagai isteri awak. Tapi saya tak rasa pun macam orang yang awak nak kahwin. Mungkin sebab awak cuma sekadar memberi janji. Janji yang entah betul atau tidak. Saya pun tak tau nak buat apa lagi. Saya harap awak dapat berikan penjelasan sebaiknya. 

-Mira-


Puas hati. Itu la yang dirasakan Amira sekarang ini. Dia lega kerana telah meluahkan apa yang tersimpan selama ini kepada kekasihnya Azhan. Jauh di sudut hati, perasaan tidak senang hati tiba-tiba muncul. Tetapi Amira membuang jauh-jauh apa yang sedang terfikir tatkala itu supaya hatinya jadi tenang.

Pada keesokan harinya, satu panggilan telefon mengejutkan Amira yang sedang menaip di laptop. Bila diteliti pemanggilnya, nombor asing. Dia menyambut lalu menjawab salam dari satu suara yang langsung tidak dikenali. 

"Ini Amira ke? Ini mak Azhan. Kami ada di hospital Kedah sekarang. Boleh datang tak? Dia kemalangan semalam, langgar van. Sekarang ni dia tengah operate. Nombor ni makcik dapat dari henfon dia. Doktor kata, dia sempat pesan mintak Amira datang sini." 

Air mata Amira terus jatuh mengalir. Sebagai kekasih Azhan, perasaan simpati itu masih ada. Adakah email itu membuatkan Azhab datang ke Kedah sehingga kemalangan? Adakah dia telah menyebabkan ibu bapa Azhan terpaksa bersusah payah berdepan risiko kehilangan anak mereka? 

Fikiran bercelaru dengan persoalan yang menerpa minda. Amira buntu. Dia mengelap air mata. Akhirnya dia membuat keputusan. Tanpa berlengah lagi dia terus ke hospital tempat Azhan sedang dirawat. 

Sampai di hospital, Amira terus mencari ibu bapa Azhan. Sebaik saja terjumpa mereka di depan bilik pembedahan, dia pun terus berjumpa ibu Azhan. Tapi Amira hairan, ibu Azhan nampak gembira saja. Begitu juga dengan bapa Azhan. Wajah mereka tampak langsung tidak bersedih dengan apa yang berlaku kepada anak mereka. 

"Ini ke Amira?" Tanya ibu Azhan. Amira hanya mampu menjawab ya. Tiba-tiba, ibu Azhan menguntumkan satu senyuman. Pintu bilik pembedahan pula dibuka tiba-tiba dan keluar la Azhan yang masih sihat walafiat dengan mak dan ayah Amira di sisinya. Amira tercengang dan terkejut. 

"Minta maaf Amira. Makcik terpaksa berbohong sikit untuk panggil Amira ke sini. Anak makcik ni dah tak sabar nak kahwin sampai dia paksa makcik dengan bapanya datang ke sini. Mak dengan ayah Amira jugak kami jemput sekali. Sekarang makcik dah jumpa kamu, makcik redha dengan hubungan kamu. Lepas ni dah boleh la kahwin. Mak dengan ayah kamu pun dah setuju." Jelas ibu Azhan panjang lebar sambil tersenyum. 

Amira terlopong. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dia alami waktu itu. Jauh di dalam hati, perasaannya sangat gembira. Azhan hanya tersenyum panjang. Dia kemudiannya mendekati Amira lalu bertanya,

"Adakah ini cukup untuk menjadi bukti kasih sayang saya?" 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...