Assalammualaikum ^^
( Jawab! Jangan tak jawab! Dosa tu :)
Helllooowwww
_____________
Hari nie aku nk share ckit info kat korang yang menunjukkan sseorang lelaki
itu pencinta yang hebat ! :)
♥ Sanggup melakukan sesuatu untuk kekasihnya
Maksud aku dekat sini , boy korang tu , dengan hati yang rela ! (bukan terpaksa) sanggup dan bersungguh-sungguh melakukan apa yang anda inginkan.
♥ Selalu menghiburkan hati kekasihnya
Yer . Sewaktu korang sedang bersedih , moody ataupun tengah marah-marah boy korang tu .. Dia sentiasa ada untuk menghiburkan balik hati korang. . HEHE. Mulalah time tu , dialah orang yang banyak cakap . Itu lah .. ini lah ..Macam-Macam cara dia buat untuk gembirakan kekasih hatinya itu :)
♥ Sentiasa menasihati kekasihnya
Ok . Laki mana yang takk sayang bini oii . haha. Nak tahu dia tu pencinta yang hebat , dia selalu akan menasihati korang . Ye lah . Mana tak nya . Andaikan dia betul-betul serius untuk jadikan korang tu sebagai teman hidupnya , sudahh kompom-kompom dia akan menasihati korang supaya bertingkah laku sopan ciket , jangan itu lah . jangan ini lah . kan ?
♥ Berusaha mengongkong kekasihnya
Benda inilah yang gurl-gurl diluar sana paling tak suka kan ? (dikongkong!!!)
Ishk.ishkk . Aku pun memang tak suka dikongkong. hehe. Tapi , nak buat macam mana.. Lelaki yang betul - betul cinta dekat girl dia , mesti ada perasaan yang kuat cemburu kan ? Apa lagii . Kena kongkong lah jawabnye. :)
Nak buat itu tak boleh .. Nak buat ini tak boleh . ehee~ Apa2 lahh~
♥ Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya
HAHA . Keadaan ini , nampak sangat boy korang cemburu buta tahap gaban punya. haha.Sampaikan dengan lelaki lain pun tak boleh rapatkan ? Ahaa . Ye lah . mana tak nya . Serius ! Dia sebenarnya , tak nak kehilangan korang lah tuh . Dah sayang sangat .. Takut-takut nanti , korang lari pergi ikut jantan lain pulakk . Kan dahh hancur hati laki yang betul-betul sayang korang tuh . Tak gitu?
♥ Kuat merajuk sebab...
Ehee. Lelaki kuat merajukk ?? Eee..yuckss ! HAHA. AKU tak kisah sangat lelaki yang kuat merajukk nih . Aku memang pandai dalam bab pujuk memujuk ni. hehe . Ye lah , lelaki yang pandai dan kuat merajuk tu, sebenarnya ingin dipujuk oleh kekasihnya . Dia nak perhatian lebih dari girl dia lah tu . So , pandai-pandai lah korang pujuk ye :)
♥ Tidak akan melayan perempuan lain
Haa. Yang ini memang paling penting. Perempuan mana yang sanggup tengok boy dia bermesra dengan perempuan lain kan ? Panass beb! Panassss ! hehe .<<kuat cemburu betul aku nih:)
♥ Sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya
Rasa-rasanya, ini memang terbukti ada pada aku. hee~ Mana lah takk nya. Pergi mana-mana je , mesti dia akan hantar mesej . Kata . Ada mana ? Jaga diri . Ahaa . Itu maknanya , dia selalu memastikan korang berada dalam keadaan selamat :)
♥ Menganggap kekasihnya orang yang paling dipercayai
Best kan kalau boy kita tuh , percaya dekat kita ?? Tanda lelaki itu percaya dekat kita , dia akan luahkan isi hati dan masalah hidup dia dekat kita . Tak kiralah , masalah keluarga ke , masalah dengan member dia ke , masalah dekat tempat kerja dia ke.. Asalkan dia cerita dekat kita. Sebab dia tahu kita lah orang yang paling dipercayai nya dan yakin kita boleh tolong menyelesaikannya :)
♥ Meluangkan banyak masa dengan kekasihnya
Boy yang meluangkan banyak masa dengan kita , menunjukkan , dia benar-benar sayang pada kita . Dia akan sanggup bersabar menunggu kekasihnya.
Itu sahaja lah yang aku dapat share kat korang .:) Akhir sekali ....
"Sayangilah Orang Yang Menyayangi Diri Kita"
No comments:
Post a Comment