Friday, 30 December 2011

Tentang Dhia : Menusuk Kalbu






Hye ^_^



Sob...sob...sob...

Bergenang air mata aku gara-gara tengok drama "Tentang Dhia" semalam. Memang tersentuh jiwa dan raga tengok cerita ni :(






Aku memang suka watak Dhia ni. Dhia ni baik sungguh, tabah, setia, penyabar, taat agama, rajin, sopan santun, lemah lembut. Kira semua la sikap yang positif ada pada dia. Tengok drama ni memang banyak sungguh ujian si Dhia ni, tapi dia tabah mengharungi segala liku-liku hidupnya. Kalau aku di tempat Dhia entah apalah yang akan jadi kat aku. haha. Sungguh aku tak setabah seperti seorang wanita yang bernama Dhia ni.


Bila tengok drama ni emosi sungguh aku. Lebih-lebih lagi bila tengok Mak Zikir lakonan Liza Abdullah tu. Ish!!! jahat bebeno la Mak Zikir ni. Memang bagus la Liza Abdullah bawak watak ni. Cukup benci aku sampai membuak-buak tengok perbuatan Mak Zikir terhadap Dhia dan keluarga Dhia tu. Nasib baik la si Dhia ni seorang yang kuat dan tabah orangnya.


Apapon aku tetap suka drama ni sebab banyak pengajaran yang boleh kita dapat. Antaranya sebagai orang Islam janganlah kita mengamalkan sihir, santau ni sebab tu kan SYIRIK. Lepas tu wanita-wanita di luar sana jadilah Dhia sebagai contoh dalam kehidupan kita. ^__^


Hmmmm...lepas ni drama AKASIA apa pulak yer ? Harap-harap drama best lagi....huhuhu


Untuk drama ni, keseluruhannya aku bagi markah 8/10..sebab aku menitiskan air mata gara2 kesedihan tengok ending cerita ni..Cinta Dhia dan Zikri sampai mati apabila mereka mati sama2..cinta sampai nafas yang terakhir <3






2 comments:

QWERTY story :) said...

bergenang saje kah ? huhahhuha

~ Cik Pelangi ~ said...

hahaha..meleleh berbakul2 baldi pnuh air mata..boleh buat mandi sekali :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...