Terdapat pelbagai tips yang korang boleh guna apabila korang merancang
untuk buat surprise kepada bf/ gf korang <3
Antaranya ialah :
1. Berikan hadiah ketika bukan hari jadinya atau unlang tahun hubungan kalian. Dia pasti tidak menduga dan benar-benar terharu.
2. Beli barang idamannya, dia pasti akan menghargai usaha keras kamu memenuhi impiannya.
3. Kirimkan kad istimewa yang kamu buat sendiri sebagai tanda ingatan. Lebih dramatik kamu boleh tinggalkan kad ini di dalam keretanya atau pos ke rumahnya. Cara ini mungkin konvensional tapi amat menyentuh perasaan.
4. Bagi si gadis, kamu boleh membuat kejutan dengan membelikan dua keping tiket perlawanan akhir buat si dia dan teman baiknya. Manakala jejaka pula, hadiahkan pakej spa kepada kekasih dan teman baiknya. Kejutan ini akan membuatkan dia berasa bangga memiliki kekasih yang memahami dan menghargai temannya.
5. Lari daripada kebiasaan. Misalnya, jika selama ini kalian gemar bersiar-siar apa kata sekali-sekala, kamu membawanya menonton wayang.
6. Kamu boleh merancang parti istimewa buat si dia. Lakukan kejutan ini bersama keluarga dan teman-temannya.
7. Jika kamu mempunyai hubungan baik dengan kelurganya, apa kata kamu turut serta percutian dengan keluarganya. Si dia pasti gembira dengan kehadiran kamu.
8. Masak makanan kegemarannya. Kamu boleh ajak dia makan bersama atau kirimkan bekal ke pejabat atau rumahnya. Kejutan ini ringkas tapi amat bermakna buat dirinya.
9. Tanpa pengetahuannya, tempah baju yang sama tema warna untuk majlis atau perayaan istimewa seperti Hari Raya atau sebagainya.
10. Kemunculan kamu secara tiba-tiba ketika dia menghadapi detik penting seperti perlawanan bola sepak. Berikan kata-kata semangat kepadanya sebagai tanda sokongan, pasti dia berusaha untuk memberikan persembahan yang terbaik dan mendapat pujian ramai.
3 comments:
hehe..pnah wat yg no 3 tuh..hihi ^_^
yeke? hehe..ni pon da kira ckup istimewa :)
best nye!!kalau ade yg buat kat sy mesti best.hihi
Post a Comment