Monday 26 December 2011

♥ Cuti Cuti Malaysia : Melaka ♥






Hye ^_^v


Sudah dua hari blog kesayangan aku ni tak berupdate..bukannya apa, cuma aku tak sempat nak update sebab sibuk pergi holiday dengan family aku ( tapi facebook sempat plak online ) maklumlah cuti sekolah kan? memang ramai yang menghabiskan masa cuti sekolah ni dengan pergi bercuti sebelum hari sekolah bermula..Aku pun tidak ketinggalan untuk pergi bercuti..ke mana? London? Paris? hahahaha..kami cuma pergi ke Melaka sahaja, Bandaraya bersejarah tu :)

Aku berada di sana selama 2 hari sahaja..dan semlam 25 Disember baru aku balik ke Johor..Disebabkan Christmas Day, memang jalan jem sangat dan memang ramai gila orang dekat sana..da macam apa da aku tengok..ayah aku nak carik parking pon susah memang full je dengan orang..da pusing tiga kali baru lah dapat jumpa parking..

Memang ramai sangat pelancong yang pergi ke sana..pelancong dari luar pon ada datang jugak ke sana..ramai betul yang beratur untuk membeli tiket untuk naik Taming sari..disebabkan terlalu ramai sangat yang beratur, kami discuss untuk naik beca dulu.








naik beca..hehehe


Selepas menaiki beca, kami pergi ke kapal cruise untuk melihat-lihat ke dalam kapal tersebut..memang penuh la orang yang pergi tengok kapal cruise tersebut..kami sempat mengambil beberapa gambar di sana.



dekat dalam kapal cruise dengan adik ku






kapal cruise tersebut


Selepas dah penat mengelilingi kapal tersebut, kami pun pergi untuk membeli tiket untuk naik river cruise pulak..dekat sana pun terlalu ramai yang tengah beratur untuk naik river cruise tersebut..kami pon tidak melepaskan peluang untu merasa naik benda tersebut walaupun rami sangat orang pada masa tu..hanya menunggu dengan penuh kesabaran sahaja.



ini lah benda yang kami naik



with my mom <3



my dad dengan adik


Agak penat jugak naik river cruise nie..memakan masa selama 45 minit dan dia bawak pergi pusing2 lalu Sungai Melaka..bila da sampai kat jeti jek, kepala pun mula la pening2 nasib baik tak muntah kan..hehe..ok, selepas dah jalan2 perut pon mula berbunyi..kruuttt!! kruttttt!! itu tandanya perut minta untuk diisi..time makan pulak!! yeahhhh!! selepas makan kami pun carik tempat untuk solat zuhur dan selepas itu tiba masanya untuk pulang ke rumah..wink2 :)

Ini sahaja entry untuk hari ni..enjoy for readingg!! even kami penat tapi memang besttt gilerr!!!




gambar yang terakhir





6 comments:

Prettywrite said...

bestnya g jalan2..tak pernah sampai lagi melaka selama 24 tahun ni..:)

♥ Cik Pelangi ♥ said...

la yeke? kenapa x pernah smpai lg?

amirahyusoff said...

eh Melaka lah~
last kali jalan2(naik beca ape semua tu)kat situ masa darjah 2 ^_^

amirahyusoff said...
This comment has been removed by the author.
amirahyusoff said...
This comment has been removed by the author.
♥ Cik Pelangi ♥ said...

wow..drjah dua eak? dh lama tue.lau ad masa g la melaka ag..sngat2 best..tp kalau time raya mmg sesak la kt situ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...