
Hye ^_^
Seperti yang dinyatakan di dalam tajuk aku kali ni, aku nak cerita tentang kartun yang aku selalu layan masa kecik-kecik dulu. Kartun-kartun ini disiarkan sekitar tahun 2000 lebih-lebih. Haha. Teringat masa kecik-kecik dulu, bila pagi sabtu ngan ahad je mesti da terpacak kat depan tv nak tengok kartun. Kartun masa tu tak macam kartun zaman sekarang. Kartun zaman sekarang ni ngarut jer. Hehehe. Jangan marah ye ^^
Keluang Man
Cerita ni sampai sekarang aku ingat lagu dia. Keluang Man ni actually pesakit kat umah bahagia. Korang ingat tak lagi nama dia? Borhan laaa. Sidekick dia lak korang kenal? Of course la Tiong Man. Walaupun graphic tak berapa nak lawa, tapi nilah antara cerita favourite aku. Dialog diorang pon sempoi je. Macam kita cakap. Tak macam kartun sekarang. Formal sangat. Hehe. kalau korang nak tau, dia ni hero kat tempat aku taw..haha
Usop Sontorian
Usop sontorian adalah cerita animasi yang menerapkan unsur patroitisme dan kaya dengan budaya melayu. Cerita ni adalah antara animasi yang mula-mula ditayangkan di kaca televisyen di Malaysia. Aku suka sangat ngan cerita ni sebab dia ada menerap semangat setiakawan dan banyak lagi nilai-nilai murni yang wajar dicontohi.
Anak-anak Sidek
Yang ni bukan setakat tengok kat tv, komik dia pon aku beli gak. Tapi buku tu dah tak ada lagi la sekarang ni. Ia juga merupakan cerita biografi untuk keluarga pemain badminton negara iaitu keluarga Sidek. Yang paling kesian bun la, asyik kena je dengan ayah dia.
Dragon Ball
Ni lak cerita yang aku paling suka. Dari masa Goku kecik sampai besar pastu kecik balik aku tengok. Kalau tak silap aku cerita ni disiarkan setiap sabtu dan ahad pukul 9.30 pagi kat tv2. Tapi sekarang pon aku still layan lagi cerita ni kat Astro Ceria..hahaha..sebab adik2 aku pon tengok cerita ni
Pokemon
Antara kartun yang aku rasa paling lama ditayangkan kat kaca tv. Sampai sekarang ni pon aku dah tak tahu berapa banyak seasons dia dah siarkan. Banyak nak mampuih! Aku suka cerita ni masa seasons yang awal-awal jer. Masuk je yang baru dah mula merapu. Berapa banyak pokemon pon aku tak tahu la.
Sailor Moon
Walaupun tajuknya Sailormoon, tapi Sailormars yang aku tunggu. Baju merah dengan rambut hitam panjang macam perempuan Melayu. Dia paling cantik di mata aku. "Sailormars, dengan kuasa bulan akan menghukummu!" haha
Teletubbies
Cerita ni jugak salah satu kartun favourite aku. Kisah empat teddy bear yang sebut "Ek Oooo" setiap masa. Semuanya comel-comel belaka.
Doraemon
angan kata cerita, mak aku ciap belikan patung doraemon lagi untuk buat tidur..haha. Paling best bila Doraemon buat keluar alat baru. Dan Doraemon satu-satunya kucing yang aku tengok berwarna biru. Sampai sekarang aku still tengok cerita ni dan berharap dia boleh tolong aku satu hari nanti..hehe..angan2 jela yek
Sin Chan
Dulu aku tengok cerita ni sebab dia kelakar gila. Sampai mak dengan adik aku pon layan jugak cerita ni jugak..hehe
Digimon
Cerita ni pon aku layan jugak..kt Astro Ceria pon ada lagi cerita ni..so, aku pon layan jugak la, tap kadang2 jela sbb tak de masa..adik2 aku je yg rajin tengok cerita ni sampai setiap episod xpernah tinggal..lau tinggal pon kan ada ulangan lagi..hehe
Kampung Boy
Cerita ni merupakan kisah Mat dan keluarganya..ini juga cerita kartun favourite mak aku..cerita ni kan dah lama ada, sebab tu mak aku layan cerita ni..kadang2 kelakar la jugak dan dulu pernah jugak la beli komik dia..hehe
Power Rangers
Cerita ni selalu keluar kat TV2 dan TV3..selalu tengok sebab gaduh2 kan nak kalahkan kuasa jahat..dulu2 pernah jugak berangan-angan nak jadi rangers pink..hehe..tapi tu dulu2 la masa zaman kanak2, terlalu taksub dan fanatik sgt sbb boleh bertukar..haha
Untung budak sekarang ada Astro Ceria. Kartun ada setiap masa. Tapi perasaan tengok kartun bila-bila masa dengan menunggu seminggu sekali tak sama. Debarannya berbeza. Dulu tidak ada Detektif Conan, Upin Ipin, Boboiboy, Ben 10 atau Spongebob yang boleh ditonton bila-bila masa. Tapi sebab tak boleh ditonton bila-bila masa itulah budak-budak yang tengok kartun zaman dulu belajar menepati masa. Sekarang kalau tertinggal pun boleh tengok ulangan dia kan? hehe
p/s : Sometimes, I wish I could go back in time and meet myself as a kid.