Wednesday 8 February 2012

Say ' NO ' To Valentine's Day !







Hye ^_^







Hari kekasih juga digelar sebagai ' Hari Valentine Day ' yang disambut pada 14 Februari setiap tahun adalah sambutan yang dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Ia disambut dengan pelbagai cara dan acara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga parti tari-menari. Malah ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan berakhir dengan perzinaan dan membuktikan cinta dan kasih sayang mereka. Jelas dan nyata sekali bahawa sambutan ini bukan dari ajaran Islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa tiada istilah ' Hari Kekasih ' atau ' Hari Valentine ' dalam Islam. Justeru, orang Islam tidak boleh menyambutnya, meraikannya dan menyertainya. Islam memang menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Bukan dengan jalan yang mendorong atau merangsang kepada kemungkaran dan maksiat.






Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-Nya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turut mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. Lantaran itu, sahabat bertanya:
"Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?" Baginda menjawab: “Siapa lagi kalau
bukan mereka?”.


Justeru, setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya
meninggalkan budaya "Hari Kekasih" yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat Islam. Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya-upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka. Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam.



p/s : Yang HARAM tetap menjadi HARAM..renung2kan dan selamat beramal ^^





1 comment:

Ayuni said...

hm, xpeduli pun ari tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...