Friday, 23 December 2011

Cara Menghadapi Perasaan Cemburu !






Hye ^_^





Aku ada beberapa TIPS cara untuk menghadapi perasaan cemburu..
Tips tersebut boleh digunakan oleh semua orang, especially bagi
pasangan yang tengah hangat bercinta..( macam aku la..hehe )



CEMBURU BIARLAH BERPADA-PADA

Semua orang pastinya punyai perasaan cemburu sama ada yang sedang asyik bercinta, dalam persahabatan mahupun yang telah berumahtangga. Apa yang penting cemburu biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya, janganlah sampai menguasai fikiran dan melulu hingga cemburu buta.

JANGAN CEPAT CURIGA ATAU BERPRASANGKA

Perasaan curiga yang terpendam dan berprasangka negatif mampu merosakkan sesebuah perhubungan. Kenali dan terima pasangan seadanya. Namun jika pasangan tiba-tiba berubah dan memang benar-benar mencurigakan, sesuatu perlu dilakukan.

SENTIASA BERTENANG

Perasaan cemburu yang membuak-buak pastinya mengganggu rutin harian anda. Setiap gerak-geri pasangan sebolehnya hendak dirakamkan sehinggakan pasang mata-mata gelap tidak bergaji ataupu penyiasat persendirian. Jika anda curiga, luahkan saja pada pasangan dan dapatkan kebenarannya.

MEMBERIKAN PELUANG PADA PASANGAN

Jika pasangan dicemburui kerana kejayaannya dan anda pula berpandangan negatif, anda harus berfikir kebali. Kejayaan pasangan adalah kejayaan bersama. Jika cemburu yang postitif, anda juga harus melipatgandakan usaha untuk mencapai tahap yang sama.

MEMPERHEBATKAN KEMESRAAN

Jika cemburu sekalipun, janganlah sampai membunuh kemesraan dalam perhubungan. Jika bimbang pasangan dipikat orang, apa kata tambahkan kemesraan yang mungkin semakin pudar. Jangan lupa perbaiki diri dan menjauhkan peluang orang ketiga untuk hadir di antara anda.


Tiada cinta yang subur dengan sendirinya. Perlukan usaha untuk 
membuahkan cinta yang agung hingga ke hujung nyawa



1 comment:

Unknown said...

tips yg bagus nih..^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...