- Ambil berat lah kat BF korang tu. Jangan lah buat tak tahu pulak. Lelaki ni kadang-kadang nak rasa dimanja tau..Bukan kita yang perempuan je ^_^ Betol tak? Hehehe
- Selalu buat BF korang tu happy. Jangan buat dia sedey..apa guna ada BF tapi nak sedeh-sedeh ye tak? Ha..sekali sekala jangan lupa sakat-menyakat dia..Gaduh-gaduh manja gitu...kan merapatkan lagi hubungan korang berdua tu kan ?
- Bebel siket kat BF korang tu kalau dia ada buat salah. Janganlah korang pergi bebel berjela-jela.. Lelaki tak suka perempuan kuat bebel. Bebel tu perlu jugak tapi harus sederhana. Bebel tanda sayang kan? Sebab kita sayang dan ambil berat kat diorang tu kan?
- Jangan sesekali buat perkara yang BF korang tak suka. Tapi kalau benda yang BF korang tak suka tu satu benda yang baik korang bolehlah berdebat..tapi mesti ada tolak ansurnya...bincang secara elok..jangan dua-dua nak bantai je..Kang berantakan perhubungan korang pulak.
- Romantikkan diri anda. Bukan lelaki je kena romantik tau. Perempuan pun kena jugak. Sesekali tu korang buatlah ayat sweet-sweet gitu nak bagi diorang terharu. Lagi2 kalau korang dapat BF yang tak reti nak romantik2 ni...Apa lagi korang lah buat...hehehehe kan seronok gitu. Kita boleh tengok reaksi diorang macam man kan?
- Cinta satu pengorbanan kan? Pengorbanan penting dalam perhubungan. Tetapi korang kena pandai-pandai faham konteks berkorban ni macam mana kan? Biasalah kalu dah sayang.. "i jump..you jump" atau " i will jump if you do not know how to swim and i will save you no matter what"..hehehehe faham tak? Agak-agak lah kalau nak berkorban tu kan...Pengorbanan tu biarlah ikhlas.. ^_^
Monday, 26 December 2011
Cara Nak Buat BF Sayang Pada Kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tak ada boifren...apply to bestfren jelah..hehe
hahaha..boleh jugak la..apply kt besfren lelaki ea..hehe
hee
menarik !
><
Post a Comment