Monday 5 December 2011

WARNA Bangkitkan Aura Diri





Peace ^-^v

Kali ni aku update entry pasal WARNA yang boleh membangkitkan 
aura kepada diri anda..:)

Setiap warna mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan si pemakai
selama ini. Ramai yang memilih warna mengikut personaliti diri atau
kesesuaian kulit. Sebenarnya pakar motivasi mengatakan
pemilihan yang tepat adalah berdasarkan hari.


Jom baca TIPS di bawah ini :


1. Isnin = Putih Lambang Kesucian

- Hari Isnin sebagai permulaan hari, jadi amat penting untuk kamu kembali ke kuliah atau tempat kerja dengan mood yang positif. Warna ini lambang kesucian harmoni. Pemakaian warna putih akan membuatkan kamu berasa polos dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.

2. Selasa = Merah Jambu/Ungu Suburkan Kasih Sayang

- Dua warna ini memiliki kasih sayang dan tumpuan. Aura posotif daripada merah jambu membuatkan kamu berasa gembira dan selesa. Ini mudah bagi kamu untuk fokus terhadap tugasan yang diberikan oleh ketua atau pensyarah. Warna ini juga membuatkan kamu ceria dan kelihatan muda daripada usia sebenar.

3. Rabu = Biru Memudahkan Komunikasi

- Biru dikatakan mampu melancar atau memudahkan komunikasi. Ia juga mendorong kamu untuk berfikiran rasional dan membuat keputusan dengan tepat.

4. Khamis = Kuning/Oren Bergerak Aktif

- Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Dua warna tersebut memberi keceriaan dan membuatkan kamu bergerak aktif melaksanakan segala tugasan dengan pantas. Dua warna tersebut juga mendorong tubuh kamu kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.

5. Jumaat = Hijau Beri Ketenangan

- Hijau lambang iman dan keseimbangan dalam kehidupan, ia mampu memberi pengisian untuk diri kamu.

6. Sabtu = Merah Berani Mencuba

- Warna merah sesuai dikenakan pada hari ini kerana ia membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah kepada si pemakai. Aura merah mendorong kamu agar berani mencuba sesuatu yang baru. Dalam erti kata lain, membuat perubahan baik pada penampilan, hobi, pekerjaan atau pelajaran.

7. Ahad = Hitam Untuk Istirahat

- Warna hitam membuatkan kamu berada dalam zon selesa dan privasi. Suasana ini amat sesuai untuk kamu istirahat agar kembali bertenaga merencanakan masa depan.


Ok..ini sahaja tips yang dapat saya kongsikan bersama..Harap2 tips tersebut memberikan panduan kepada korang semua dalam pemilihan warna baju =)









1 comment:

Mrs. Amad said...

dulu sll amalkan pakai baju warna ikut ari..slama 40 ari..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...