Saturday, 28 January 2012

Kisah Hati Seorang Gadis ♥







Hye ^_^





Hari ini aku nak cerita pasal hati siapa pulak? mestilah hati aku kan, takkan hati orang lain pulak..tapi kenapa dengan hati aku? sakit ke? hahaha, tidaklah seperti yang disangka, cuma aku nak meluahkan apa yang aku rasa dan nak berkongsi dengan korang semua..tapi sebelum itu, aku nak cakap awal2 yang entry kali ni memang agak jiwang karat, kalau korang tak nak baca baik jangan baca..hehehe..dan aku cuma nak bagitahu apa yang aku bakal tulis ni memang lahir daripada lubuk hati aku yang paling dalam dan memang ikhlas setiap butir bicara yang aku luhakan :) ( belum apa2 lagi ayat da jiwang..hehe )




KISAH HATI SEORANG GADIS
_________________________


Aku hanya seorang perempuan biasa seperti perempuan2 lain yang ada di luar sana..pengalaman cinta yang lalu memberikan impak yang besar pada diri aku, namun aku nekad untuk melupakan segala2nya, dan alhamdulilah aku berjaya menghapus segala memori2 tersebut..bagi aku, itu dulu adalah cinta monyet untuk budak2 seperti aku suatu masa dahulu..tapi kadang2 cinta monyet pun boleh berakhir dengan perkahwinan kan? kata orang kalau ada jodoh takkan ke mana..aku terima bila hubungan aku berakhir setelah 4 tahun kami bersama, lagipun bila difikirkan balik memang betul la tindakan tersebut sebab aku tidak mahu disakiti lagi oleh dia..

Semasa aku single dulu, tipulah kalau aku cakap tidak ada sesiapa yang nak usha2 aku kan ( perasan gile, konon HOT..haha )..aku memang layankan aje diorang tu semua, tapi tak lebih dari itu sebab aku sendiri memang tidak ada perasaan langsung kepada mereka, dan hanya menganggap seperti teman biasa..sampailah satu saat aku berkenalan dengan seseorang ini dan setelah mengenali dia, tiba2 hati aku berubah..aku mula sukakan dia, tapi aku tidak mengharapkan apa2 sangat ketika itu..cuma sekadar ' teman tapi mesra '..sejak aku kenal dengan dia, kehidupan aku mula berubah, terasa bahagia sangat seperti orang yang sedang dilamun cinta..tapi aku biarkan sahaja perasaan tu, sampailah satu ketika dia melamar aku untuk jadi kekasih hati dia..si dia yang aku maksudkan ialah kekasih hati aku yang sekarang ni, iaitu Mr. S aku..

Dia seorang yang sangat2 baik, comel, sweet, caring, romantik, handsome, dan  banyak lagi la..bila dengan dia, aku rasa selamat dan bahagia..dia sentiasa buat aku ketawa dengan gurauan senda dia, lawak dia, sikap suka menyakat dia yang menghiburkan hati aku dan paling best sikap manja dia tu..ingat perempuan je ke boleh manja2? bila bersama dia, ada je benda yang nk diborakkan, dan bila dengar gelak ketawa dia buat aku betul2 bahagia..dengan suara dia lagi memang betul2 buat aku rindu kalau tak dengar suara dia..jujur aku cakap dia lain daripada yang lain..perasaan sayang, cinta, kasih, suka aku kat dia berbeza seperti bekas kekasih aku yang lama..bagi aku dia perfect, dan paling best dia sabar melayan kerenah aku dan perangai aku yang giler2 dan naughty ni..yang palin best bila tengok senyuman dia boleh buat hati aku cair..semakin hari semakin jatuh cinta dan angau dekat dia..

Aku agak terharu dan tersentuh mendengar apa yang dia perkatakan pada aku malam tadi..aku dapat merasakan apa yang dibicarakan oleh dia sememangnya ikhlas dari hati dia..aku tahu yang dia betul2 ikhlas sayang dan cinta pada aku dan menerima aku seadanya sepertimana aku menerima dirinya..dia pun sudah banyak kali jugak dikecewakan dan dia berjanji pada aku yang dia akan berubah sebab dia tidak mahu pisang berbuah dua kali..pengalaman cinta yang lalu dijadikan pengajaran dalam perhubungan kami agar perkara yang sama tidak akan berulang kembali..

Hati aku mengatakan dialah pilihan yang terbaik untuk aku..aku memang betul2 sayangkan dia sampai satu saat aku takut untuk kehilangan dia..aku tidak dapat membayangkan macam mana aku nak teruskan hidup aku kalau dia tidak ada..dan aku berharap sangat hubungan kami ini akan berakhir dengan satu ikatan yang sah dan suci serta berkekalan sampai ke akhir hayat..walaupun dia bukanlah lelaki yang pertama yang hadir dalam hidup aku, tapi aku berjanji yang dia akan menjadi lelaki yang terkahir dalam hidup aku..tanpa dia disisi aku, apalah makna hidup ni..sesunguhnya aku yakin dialah lelaki yang terbaik yang betul2 sayangkan aku dan ingin hidup bersama aku sehingga akhir hayat..

Aku berharap agar dia lah jodoh yang sememangnya sudah tertulis untuk aku sejak di Luh Mahfuz lagi..InsyaAllah..dan aku berharap agar jodoh kami dipanjangkan dan kami akan disatukan jua satu hari nanti..aku yakin dan percaya pada dia sebab itu adalah kunci utama dalam sesebuah perhubungan..aku bersyukur sangat2 kerana Allah menghadirkan dia dalam hidup aku jauh lebih baik daripada apa yang aku dapat dulu..benarlah kata oang, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..Allah akan merancang dan memberikan sesuatu yang paling terbaik untuk hamba-hambaNya..bagi aku, kita sepatutnya bersyukur apabila kita putus cinta kerana pada ketika itu sebenarnya Allah ingin menunjukkan dan menyedarkan kita bahawa kita telah mencintai otang yang salah dan sesuatu yang lebih baik pasti akan hadir..hanya sabar dan terus bersabar untuk menunggu :)


Ya Allah, sesungguhnya aku tidak meminta seseorang yang sempurna untuk menjadi pendamping hidupku, kerana aku sendiri tidak sesempurna mana..yang aku mahukan hanyalah seorang adam yang mampu menjaga, membimbing, melindungi, menjadi suami dan ayah yang baik untuk anak-anakku kelak..aku bersyukur kerana engkau telah mempertemukan aku dengan seseorang yang sememangnya ikhlas menerima, menyayangi dan mencintai diri ini..

Ya Allah, kepadamu jua aku memohon agar engkau panjangkanlah jodoh kami..engkau restuilah hubungan kami ini dan engkau satukanlah hati kami dengan satu ikatan yang sah..engkau kuatkanlah hati kami ketika menghadapi segala rintangan dan cubaan dalam melayari perhubungan ini..engkau tetapkanlah dalam diri kami sikap saling percaya mempercayai antara satu sama lain dan kuatkanlah iman kami daripada goyah kerana godaan daripada syaitan yang direjam.

Ya Allah, seandainya dialah jodoh yang telah engkau ciptakan untuk diriku maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku..senadainya dia bukan jodoh ku, maka engkau jauhkanlah dia daripada aku..sesunggunhya aku tidak tahu apa yang dirancang olehmu, dan aku yakin engkau pasti akan memkabulkan setiap doa hamba2 Nya..hanya kepadamu tempat aku berserah dan bersujud..segala2nya aku berserah kepadamu Tuhan yang menyinari seluruh alam..

Ya Rabbal Alamin



Soal jodoh, ajal dan maut telah ditetapakn oleh Allah..sebagai hamba, kita hanya menyerahkan diri kepadaNya agar kita mendapat apa yang terbaik untuk diri kita..semoga kita semua mendapat keredhaan dariNya dan hidup kita menjadi lebih bahagia :)

Ok..cukup sampai di sini sahaja untuk kisah hati aku..maaf kalau entry kali ni agak panjang samapi penat korang nak membaca, maaf kalau ada tersalah bahasa atau sebagainya..segala yang baik datang daripadaNya, dan segala yang buruk datang daripada diri kita sendiri..Doakan agar hubungan kami tetap bahagia dan kekal untuk selamanya :D






To My Beloved :

I love your smile and the way your eyes 
light up when you are happy :)

I love everything about you dear
my only one <3





1 comment:

Uzumaki Nasake said...

sweet giler kak... honestly sangat menyentu jiwa dan ragaku yng kasar n ganas nie... Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat mu...

nice blog....ada masa read lah blog saya yang x seberapa cantik tue...

http://yayahnasake.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...