Wednesday, 15 February 2012

Cara Nak Cover Malu







Hye ^_^




Pernah tak berlaku something yang memalukan pada diri korang??Haa,kat bawah nie ada cara2 nak cover malu korang sekiranya korang...






1. Tersepak batu: 
Jangan terus bangun, sebaliknyer korang baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2.  Terjatuh basikal: 
cepat-cepat naik beskal korang semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat korang saje-saje buat lawak...

3. Terjatuh tangga: 
terus bersilat seolah-olah korang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Terjatuh dalam longkang: 
pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka korang seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Jatuh ketika nak naik bas:
  jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di belakang korang....

6. Terjatuh di depan bus stop: 
terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu korang..kalau takde..baring terus sampai malam sehingga takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Jatuh tergelincir kat lantai licin: 
tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah korang) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah korang sorang je yang dapat malu...ye tak??

8. Meleleh air liur basi:
 Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi... terus bangun separuh sedar dan buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berhenti ketawakan korang.
 
9. Salah orang:
 Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali... teruskan menganggap dia kenalan korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.
 
10. Zip seluar terbuka:
 Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka... jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak'.
 
11. Cakap sorang diri:
Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang... teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sesorang. Tentu orang takkan gelakkan korang kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.
 
12. Salah masuk tandas:
Tersilap masuk tandas wanita... buat-buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik..hehe...;P

 

p/s : aku pon pernah alami salah satu perkara di atas..malu gilee :*







3 comments:

Anonymous said...

hahaha, bleh ler terai nnti..

♥ Cik Pelangi ♥ said...

hehehe..try, jgn xtry..kot2 membantu..:P

Eein Azryn said...

rasa macam pernah baca sebelum ni, tapi tak pernah try. hehe. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...