Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-Nya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turut mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. Lantaran itu, sahabat bertanya:
"Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?" Baginda menjawab: “Siapa lagi kalau
bukan mereka?”.
Justeru, setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya
meninggalkan budaya "Hari Kekasih" yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat Islam. Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya-upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka. Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam.
1 comment:
hm, xpeduli pun ari tu...
Post a Comment