
Hye ^_^
Actually hari ini aku nak cerita sikit pasal sengugut ni. Kalau perempuan semestinya tahu kan pasal penyakit ni dan hanya perempuan je tau macam mana rasanya sakit bila kena sengugut ni ( macam nak mati je rasanya ). Bila setiap kali datang bulan mesti akan rasa sakit punya. Tapi orang cakap benda ni normal, nanti selepas kahwin baik la dia. Errr?? betul ke? Lagi satu aku selalu dengar orang cakap kalau asyik kena sengugut je boleh menyebabkan perempuan itu mandul. Haa?? betul ke ni? Mak aihhh. Macam2 la aku dengar pasal sengugut ni ( takut jugak la kalau sampai boleh mandul )
Sengugut ni sebenarnya bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tapi ia turut menajdi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.
Senggugut ni ada dua beradik iaitu sengugut primari dan secondary. Sengugut primari adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaanya ia sering menyerang pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Manakala senggugut secondary pula disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.
Biasanya kalau sakit, aku akan telan antara dua panadol ni la. Tapi sebenarnya tidak berapa elok kalau kita kerap makan panadol bila setiap kali datang haid. Tapi yela, siapa yang sanggup nak tahan sakit kan? sebab tu la kita telan je ubat ni ( aku memang tak sanggup )
Ada beberapa cara nak hilangkan penyakit sengugut ni. Tapi ini petua orang tua2 dulu la. Aku belum cuba lagi, tapi aku hanya ingin berkongsi sahaja especially kepada kaum2 perempuan ni kan. Sharing is caring right? Hehe
Petua 1
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.
Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.
Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.
Petua 6
Minum madu segelas sebab madu melancarkan pendarahan kita. Kan madu ubat segala penyakit?
Tapi sebenarnya ada doktor pernah cakap la kat aku kalau nak hilangakn sengugut ni adalah dengan BERANAK. Kalau kahwin, tapi tak beranak still sakit tu masih ada. Tapi make sure korang kahwin dulu la baru beranak ye. Kang tak pasal2 aku kena blame sebab bagi petua yang salah. hehehe.
P/S : Selamat mecuba ye ^_^