Thursday, 3 May 2012

Tips Mengekalkan Hubungan Cinta







Hye ^_^



Seperti tajuk di atas, aku ingin kongsi beberapa cara @ tips untuk kepada sesiapa yang ada hubungan serius atau dalam bahasa English nya, Serious Relationship.  Mungkin banyak cara tersendiri untuk kita mengekalkan hubungan cinta untuk mendapatkan hubungan yang kekal.

Aku bukan doctor love ke ape eh..tapi ini berdasarkan sekeliling :)


1. IKHLAS

 korang kena lah ikhlas dalam bercinta ni. korang tak boleh berlakon atau hipokrit sebab bila korang tak ikhlas, hubungan tu takkan berkekalan malah akan memakan diri korang sendiri. Just be yourself

2. BERFIKIRAN POSITIF 

 Dalam percintaan ni, kalau kita tak think positive, hubungan takkan ke mana. Jangan terlalu berfikiran yang tidak-tidak ataupun bukan-bukan. Kalau tak berfikiran positif, korang sendiri yang merana! Betul ke tidak? 

3. SALING MEMAHAMI 

 Bab ini memang ramai yang dah mengerti kan. Bukan korang je ada masalah memahami, aku pon kadang2 ada jugak. hehehe
Tapi kalau boleh, lebih bagus kita saling memahami, kalau tidak, memang akan bergaduh berpanjangan. Sampai bila gadoh or bertekak tu? sampai korang da memahami satu sama lain.

4. BERTERUS-TERANG 

Bila nak tegur jangan la perli-perli. Kalau perli-perli pun, takkan fahamnya pasangan korang tu. Mesti mereka akan fikir korang ni memain je. So, better korang berterus-terang dalam bab tegur kesalahan dia or tak puas hati. Bila dah berterus-terang, baru korang akan lega dan pasangan korang pun akan lebih memahami.

5. PUJUK-MEMUJUK 

 Hah, bab pujuk-memujuk ni, mesti kaum lelaki lemah sikit kan. Sebab kaum lelaki, setengahnya malas nak pujuk-pujuk awek diorang sebab nanti tak macho la kan? Perempuan ni kalau dah merajuk, pujuk la cepat-cepat, kalau bagi merajuk lama-lama, lagi susah. Semua benda nanti tak kena.
Tapi kalau lelaki merajuk, perghh lagi teruk nak pujukkan?haha.. Mengada nya lagi melampau..haha.. 
So, pujuk-pujuk la awek or pakwe korang tu kalau dorang dah mula merajuk.

6. TAHU KESUKAAN / HOBI 

 ni pun salah satu cara untuk mengekalkan hubungan. Sebab dengan kita tahu apa kesukaan atau hobi dia, lagi senang kita nak faham dia. Contohnya, hobi dia suka jogging, ape kata korang pun ikot jogging juga.. bak kata orang putih, Follow the Flow.hee.. ( btol ke?)
Bila sama-sama dah tahu kesukaan masing-masing, apa pun akan berjalan lancar sebab kita sama-sama dah tahu apa kehendak dia kan..

7. MESRA 

 bermesra-mesra la dengan pasangan korang. maksud aku bukan mesra lebih-lebih, tu jadi benda lain kang.. haha.. Mesra-mesra maksudnya, jangan la nak garang atau kasar beno dengan pasangan korang tu. Itu namanya tak sayang.. Lagi-lagi perempuan, jangan nak kasar sangat dengan pakwe korang tau.. Sekali korang kasar, berganda-ganda kasar dia buat kat korang..huhu..

8. PERCAYA 

 saling mempercayai tu pun penting. jangan nak fikir bukan-bukan kat pasangan korang. Percaya la dalam apa jua yang di buat. melainkan, korang betul-betul tahu atau nampak diorang buat, baru la korang nak hentam tapi seeloknya siasat dulu ye sebelum nak hentam tu. =)

9.  PENAMPILAN DIRI 

 kita kena juga lah mempunyai penampilan diri yang menarik, kalau korang selekeh, takde sapenye yang ingin pun kan. Bila dah berpenampilan menarik, pasangan korang tentu takkan cari orang lain sebab di mata mereka nampak korang sangat menarik. Allah menjadikan semua umatnya cantik-cantik dan hensem-hensem so kita sebagai umatnya haruslah menjaga diri kita ni sebaik yang boleh..

10. MENERIMA SEADANYA 

 menerima la pasangan korang dengan seadanya sebab dalam dunia tak ada yang sempurna. melainkan dia memberi korang arah yang tidak baik, better korang tinggal kan tetapi kalau dia pernah melakukan salah dan ingin bertaubat, terima la dia dan bimbing la dia juga. ^_^





Okeyhla, sampai sini je yer. Ni pendapat aku, kalau ada yang salah, aku minta maaf ye. ^_^
Terima kasih sebab baca dan jom kita kongsi nye ramai-ramai :)




1 comment:

CikMai said...

haha , betul tu setuju2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...