Friday, 1 June 2012

Apa Kena Dengan Mak Aku Ni ?







Hye ^_^



Dah lama rasanya aku tak update blog kan? hehe. Entry kali ni aku nak story sikit pasal buah hati kesayangan aku, iaitu mak aku sendiri. Agak jarang2 jugak la aku story pasal mak aku kan? ( memang tak pernah citer pun ) heheh.


If korang nak tahu, mak aku semakin hari semakin obses dan fanatik dengan seorang pelakon dari Indonesia ni. Aku pun makin hari makin lemas dan rimas sebab tiap2 hari mak aku mesti akan bercerita pasal pelakon ni. Aku mengaku jugak la yang aku pun minat dekat dia ni dan mula jatuh hati bila pertama kali melihat dia berlakon dalam satu cerita ni bergandingan dengan si heroin yang cantik jelita. Yang kesiannya ayah aku la kan, sampai ayah aku pun dah tak tahu nak cakap apa. Mesti korang nak tau kan siapa pelakon yang telah menambat hati mak aku yang sorang ni? Semestinya dia adalah seorang yang handsome, putih dan digilai ramai chewek2 di sini ( termasuk mak aku ). Ok, inilah dia orang yang aku maksudkan itu :) ( korang pun mesti angau jugak kan? )









Inilah dia, Baim Wong


Dia lah pelakon kacak yang aku maksudkan tu. Sejak drama Benci Bilang Cinta ada buat siaran ulangan di Astro Prima pada setiap hari Isnin - Jumaat jam 12 tengah hari mak aku asyik tengok je citer tu. Padahal cite tu dah lama dimainkan, cuma dulu mak aku start tengok bila dah pertengahan je, masa episod mula2 mak aku tak layan citer indon ni. Bila citer ni ada lagi, mak aku semakin angau dan gila bayang dengan Baim Wong ni. Lagi2 bila mak aku suka tengok watak dia dalam drama tu dan bergandingan dengan Marshanda.




Sweet kan diorang ni?


Bila siang mak aku tak puas tengok, malam dia akan sambung balik tengok drama ni di Youtube plak. Mangsanya aku la sebab kena buka kan satu2 episod bagi mak aku tengok. Bila keesokan malamnya, dia akan tengok lagi berulang2 kali episod yang sama. Sampai aku pun dah tak tahu nak cakap apa. Alahai mak aku sorang ni, jatuh cinta dengan Dimas Subekti la plak ( watak Baim Wong dalam BBC )


Dan disebabkan aku asyik bebel je dengan mak aku sebab hari2 tengok citer tu, mak aku suruh aku downloadkan cite tu pulak. Perghhh, dah la banyak episod citer indon tu sampai beratus-ratus dan sebenarnya aku sendiri tak berapa geti nak download2 ni. hehehe. So, mak aku cakap dengan aku suruh encik boyfriend aku tu, Encik Bedak Sejuk downloadkan cite tu as soon as possible sebab dia nak tengok sampai dia bosan. hahaha. so, my swet love, you have a new job. Nak tambat hati bakal mak mentua, kena la ikut perintah ye. hehehe


Tapi masalhnya, cerita korea aku pun belum siap dia downloadkan lagi, dah mak aku suruh downloadkan citer dia pulak :( Macam mana ni?? Ermm, mengalah jela jawabnya kan. Ok la, cukup lah entry sampai di sini aje, mak aku dah jerit tu suruh buka kan Benci Bilang Cinta ni dekat youtube sebab lepas ni dia nak tengok. Aku nak update pun dah tak senang. Hahaha, tak pela demi mak kan? hehe. chowww dulu ye :)


P/S : Encik Bedak Sejuk tolong downloadkan cepat2 ye, pliz2 my dear ^^






5 comments:

Nara Qumaira said...

ha3...mak iter pun minat jugak citer indon!!hhehe

Cik H.A.C.K.S said...

yup..dia mmg hensem..hehe ^_~

rAIHan said...

mcm2 dah skg nie. hehe~

Pha Is said...

kesian si ayah... heheh

Fariz Reza [FR] said...

uit nak jemput ni (^_^)

Direct Link -- Segmen: Trademark Blog Saya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...