Tuesday, 26 June 2012

New Handbag Please (-.-")







Hye ^_^



Jangan korang terkejut pulak ye. Malam ni tetiba aku meroyan nak update blog banyak2. haha. Macam ada orang yang baca je kan. Tapi xpe, asalkan aku puas. Betul tak? hehe


Aku mengaku, aku memang gilakan beg. Tak tahu la jangkit siapa kan. Pantang nampak beg, ada je pasang niat nak membeli. Tapi kalau duit tak ada, better tutup mulut rapat2 jela. Mula pasang azam nak kumpul duit beli handbag idaman. Ala, perempuan memang macam tu kot. hehe. Sampai mak aku pun bising2 cakap aku ni suka membazir beli handbag padahal nak pakai pergi mana je? haha. Boleh pakai pergi date dengan Encik Bedak Sejuk kesayangan. hehe.


Aku memang tengah nak kumpul duit beli handbag. Lagi2 masa sabtu lepas aku pergi rumah sepupu aku, dia baru beli handbag baru jenama Giossardi. Perghh, aku pun mula la jeles kan sebab dia dapat beg baru. haha. Nak tahu tak macam mana beg dia? Jumpa jugak bila aku search dekat Google :)



Ini lah beg yang dibeli oleh sepupu aku tu. Giossardi ok, bukan calang2 jugak la brand tu kan. Actually, aku pun ada jugak, 3 bulan lepas baru beli. Tu pun tunggu diskaun baru aku beli. haha. Nak tunjuk kan, tapi kat Google tak ada pulak. Sebelum nak raya ni aku plan nak beli handbag baru untuk raya akan datang. Tak lama je lagi kan? Haruslah semua baru. hehe. Dalam perancangan nak kumpul duit ni, tak tahu cukup ke tak sebab kepala dah ligat pikir macam2 benda nak buat and beli untuk raya. hehe. Tapi apa2 pun, beg baru mesti ada  di pagi hari raya nanti. hehe. Beg apa eak yang nak beli?? Kalau lah dapat LV kan, fuhh, memang terbaik la. Aku dah lama suka shoulder beg and totes LV dri jenis Monogram Multicolore ni sebab nampak comel and serious sophisticated..!




Harga dia ar0und $2040.00 kot..err (ok,agak mahal ) ble convert ke ringgit malaysia jadi RM6393.50 ( wehh melampau..! giler mahal (-.-")) ok fine, tak nak la..6 ribu lebih buat habis kat satu handbag LV..(ouch..! ) Memang tak makan la aku lepas tu. huhu




LV; ursula bag ( g0rgeous..!)



Huhu. tapi tak pela, dapat Giossardi untuk raya nanti pun dah bersyukur. Hari tu pergi date dengan Encik Bedak Sejuk lalu la dekat beg brand ni kan, tak beli pun cuma cuci2 mata je @_@. Buat aku rasa nak beli je, tapi kita kumpul duit dulu ye :) huhu. Ok la, tak mau la update panjang lebar sangat, jenguh pulak korang nak membacanya. Haha. doakan aku dapat beg baru untuk raya ni tau. hehehe. bubye!~








3 comments:

KY said...

KY suka kumpul kerongsang..handbag, adalah untuk pakai aja heee

eyqa said...

hndbag wrna pink too cantik..
gram rasew..

suhaili mohd isa said...

Sue pun suka kumpul handbag. Huhuhuhu husband selalu tanya nak buat apa beg banyak2...eh dia taktau every occasions kene guna beg berlainan 😂😂

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...