Thursday, 7 June 2012

Kawan - Kawan Aku Dari Zaman Nerd + Blur + Nakal







Hye ^_^



Sementara nak tunggu encik boyfriend balik dari rumah abang dia, aku nak cerita sikit pasal BFF aku masa zaman sekolah menengah dulu. Diorang la kawan aku yang paling best time tu, dan sememangnya kami bertiga berkepit memanjang macam orang tengah bercinta aje. hehe. Nak tau tak siapa? Let's start the story :)


1. Nur Latifah ( Gain )





Inilah dia bff aku masa sekolah menengah dulu. Nama dia latifah, tapi aku panggil dia Gain sebab family dia memang panggil dia dengan nama tu. jangan tanya kenapa ok. hehe. cantik kan dia? macam arab2 je muka dia, hidung mancung, package lengkap la tapi tak ada sape la leh ngurat dia sebab dia dah ada boyfriend. Nak kena penumbuk dengan pakwe dia, pergi la try usha. haha. Dia ni pun perangai sama je macam aku, gile2, noty2, tapi bila dia dah tak suka kat seseorang tu, memang dia benci habis la. lagi2 if dia dapat tau siapa yang suka kacau pakwe dia. memang kena la dengan dia. Tapi best taw membe dengan dia, dia baik :) Gain ni dia paling teror dalam subjek Bahasa inggeris, selalu dapat A bila exam, dan bila SPM dia dpt A+ tau. Tapi dulu aku suka gaduh dengan dia, merajuk dengan dia. kadang2 kalau merajuk tu sampai tak tegur and last sekali antara kami la yang akan tegur dulu. haha, perangai macam budak2 aje kan. Ingat lagi masa aku merajuk dengan dia ( lupa sebab apa ) dia belikan aku baju time pergi tuisyen. Kat tempat tuisyen ktorang kat bawah tu ada kedai baju, tak sangka dia belikan baju untuk aku. Kalau ingat balik sedih pulak sebab aku rindu masa2 dulu. Kita selalu pergi tuisyen sama2, bila kau malas kau cabut tuisyen dengan ayu. Tinggal la aku duduk sorang2 kt tempat tuisyen tu :(


2. Nur Rohayu ( Ayu )




yang ni pulak memang kembar aku la. kat mana ada aku, di situ dia ada. Dia la kawan yang paling rapat dengan aku. Dia memang seorang kawan yang terbaik dan sporting la. Dia pun cantik jugak kan? ramai yang cakap muka dia macam chinese look, tapi memang betul pun. Kami memang rapat sejak dari Form4 sampai la sekarang ni. Tak sangka bila masuk Form6 aku still berkepit macam belangkas dengan dia. pergi sekolah sama2, balik sekolah sama2, cabut sekolah sama2 ( oopppsss! kantoi sudah ). Bab cabut2 sekolah ni biarlah rahsia. hehe. Bila hari rabu dekat sekolah tak ada koko, balik je terus g shopping complex jalan2 cuci mata jap dekat Kluang Parade tu. Duit tak ada, tapi lagak macam orang banyak duit. haha. Dia ni pun dah ada boyfriend jugak, tapi selalu sangat disakiti oleh kaum2 lelaki kat luar sana. lepasni kau tak payah la nk cepat sangat jatuh cinta ok, fokus pada study kau dlu. Dia ni teror dalam subjek sejarah, sama macam aku jugak. Tapi dulu aku nak sangat amik law lepas SPM, tapi rezeki tak ada. Serious! kami berdua memang nak sangat amik kos tu, tapi tak dapat nk buat macam mana kan? :( ( sedihhh T_T )



Aku rindu gile dekat kau Gain, jarang dapat jumpa kau. Ko pun jarang dan memang jarang la online Fb kau tu. Ingat lagi kita study sama2 dulu, rehat sama2. Ingat tak Gain, kita selalu share nasi RM2 ringgit kat kantin bila time nk rehat. Kita makan sama2, share pulak tu. Alahai sweet nye, macam orang bercinta! hehe. Kadang2 kau yang belanja, kadang2 aku yang belanja. Cuma time kita betul2 lapar je baru kita tak share nasi tu kan? lepastu kita suka beli air milo, tak pon air 50sen yang jual dekat kantin tu. Bila teringat balik, jadi rindu pulak. Bila time tuisyen je, sebelum masuk kelas, kau selalu suruh aku teman kau dating kan, cover dari mak kau. Lagi satu, kita suka duduk dekat bawah payung sebelah kelas kita tu kan? tak pun selalu sangat pergi bilik air betulkan tudung.haha. Bila balik sekolah je kau dengan ayu selalu lepak dekat rumah aku. Bila ada kelas tambahan, ko stay dekat rumah aku dulu and then kau masak kan telur dadar bagi kitorang makan ( rumah aku patutnya aku la yg sediakan ). Kita selalu buat kerja sama2, lepak sama2 dan aku memang sayang dekat korang berdua. 

Dah bertahun aku kenal korang berdua dan korang kawan dunia akhirat aku. Aku takkan pernah lupa segala kenangan manis dan pahit kita bersama masa di STK dulu. And that is all. Aku doakan semoga satu hari nanti kita semua berjaya dan dapat capai apa yang kita impikan selama ni. When we have married and have a kids, our kids can play together while we're talking each other mengingati masa2 lalu kita. I hope our friendship is for everlasting and takkan pernah putus. Even kita dah tak rapat macam dlu, especially you Gain, tapi aku tak pernah lupakan kau gorgeous :) Nanti ada masa kita lepak sama2 ok!



Sayang korang berdua :)



Abaikan gambar ni ok! haha


bubye! ~





4 comments:

deno said...

deno pun rindu besfren deno.. semua jauh... hwaaaaa

DAIRI FARISHA said...

jemput join segmen Farisha : http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/06/blogger-ada-facebook-tolong-like.html

Anis Khalilah said...

hahaha. korang bertiga memang rapat pun time tue. tak boleh langsung berpisah :)

Anis Khalilah said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...