Tuesday, 26 June 2012

Lelaki Nampak Comel Apabila...







Hye ^_^




  • lelaki comel apabila....... cemburu - selalu kita dengar perempuan lah mudah cemburu dan kuat melenting tapi bila lelaki yang cemburu mesti comel kan sebab tetiba je dia jadi senyap. Pastu buat muka merajuk dan mulut muncung yg boleh diikat 14 kali. haha ok itu tipu..tapi kalau cemburu buta tu lain cerita la..tak comel dah tapi tersiksa! Macam  Encik Bedak Sejuk kesayangan aku, tetap comel je, tak kira cemburu atau tidak memang tetap comel ! serious ! hehe.




  • lelaki comel apabila....... pakai baju melayu. sejuk je hati memandang..persis lelaki melayu terakhir phewitt!  bukan senang nak tengok lelaki berbaju melayu melainkan di hari raya or event -event tertentu je. 






  • Lelaki comel apabila....... pergi surau/masjid. lepas pakai baju melayu pergi ke surau/masjid pulak..ahh makin cair hati. comel kan bila si lelaki mesej " darling, abang nak pergi surau dengan abah kejap eh. take care. Bye" mesti si perempuan tersengih - sengih macam bantal busuk je bila baca mesej tu. Dalam hati mengatakan, " inilah bakal menjadi imam keluarga aku nanti".





  • lelaki comel apabila....... tolong bawa kan plastic bag semasa mama, adik, awek dia tengah shopping. lelaki secara fizikalnya memang lebih kuat daripada wanita. Jadi, tak salah kan kalau lelaki tolong bawa kan shopping bag. memang terserlah lah kecomelannya. tapi jangan lah sampai beban kan si lelaki jika shopping bag terlampau banyaknya. si wanita tolong bawa kan sikit pun dah ok =)



  • lelaki comel apabila....... sayangkan haiwan especially kucing! tak mustahil lelaki yang sayangkan haiwan bersifat superb loving! bukti sebab Rasulullah S.A.W pun sangat kasih terhadap kucing. Macam   Encik Bedak Sejuk aku yang sorang tu, memang suka gila dengan kucing. sebab tu comel je. haha ( kembang kempis hidung dia kena puji )




  • lelaki comel apabila....... bersukan! comel kan petang-petang lelaki turun padang at least untuk jogging. pastu main badminton, bola sepak, futsal dan sebagainya. takdelah petang-petang merempit sana-sini pastu buang masa dengan mengorat awek kat tepi jalan ke apa. so, lelaki dengan sport memang tak leh dipisahkan. perempuan? petang-petang boleh tolong ibu di dapur goreng cekodok pun takpe. hehe.





  • lelaki comel apabila....... menonton drama korea. bayangkan lelaki berjam-jam tengok drama korea lepas tu siap boleh bercerita berkongsi pulak dengan awek dia mengenai drama yang dia baru tonton. pastu sama-sama pergi kat dvd store beli the latest korean drama..ha kan comel tu! lelaki camni memang mempunyai jiwa sentimental yang tinggi. Usually, diorang gak jenis setia kaw-kaw terhadap pasangan.




  • lelaki comel pabila....... pandai main muzik contoh pandai main gitar, drum atau sebagainya. biarpun tak reti sangat main tapi si lelaki tetap berusaha untuk memainkan alat muzik tersebut. lagi comel bila si lelaki bersungguh untuk menyanyikan lagu untuk perempuan disukainya. biarpun suara sumbang dan tak sehebat Bruno Mars tapi mampu buat si awek ketawa dan terharuuuu.




  • lelaki comel pabila....... salam dan cium pipi ibu bapa diorang. menampakkan ciri-ciri seorang anak yang menghormati parents nya. ! sejuk mata ayah memandang sejuk perut ibu mengandung bila dapat anak baik macam ni kan. sesuai sangat nak buat bakal suami hehe.



3 comments:

eyqa said...

comel sgt bler lelaki g masjid..
hehehe...

Dayang Amy said...

Sy stuju 100% . Comel sgt2 klau laki bt perkara spt yg dinyatakn kt atas tuh ^_^

Cik Itah@RRP said...

salam. ok..semua sy setuju :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...