Monday, 11 June 2012

♥ Date With My Encik Bedak Sejuk ♥







Hye ^_^




Korang, korang nak tau tak? nak tau tak? semalam kan aku jumpa dengan Encik Bedak Sejuk kesayangan aku yang sorang tu. hehe. Setelah 4 bulan lebih tak jumpa, akhirnya kami berjumpa jugak. Happy gile aku sebab dapat jumpa dengan cik abang yang tercinta, maklumlah dah rindu gila dekat dia. Bila jumpa dengan dia, dapat la lepaskan rindu yang dah lama terpendam ni, seperti Ombak Rindu. muehehe


Sebenarnya date kali ni kami jumpa sebab nak sambut anniversary kami yang pertama masa 6 Jun hari tu. So, kami decide sama2 nak jumpa semalam, 10 Jun 2012 sebab dia dapat cuti selama 2 hari daripada promoter dia Kak Siti. Sayang la Kak Siti macam ni ( padahal tak kenal pon. haha ). Bila aku dapat tau yang dia dapat cuti, gembiranya tak terkata sebab dapat jumpa dengan dia. Kalau tak bila lagi nak jumpa kan? Memang tak sempat la dengan dia lagi nak buat clearence, dengan puasa yang tinggal lagi sebulan lebih. ermm apa pun cannot. hehe.

Tepat jam 10 suku dia sampai di stesen kereta api, dan macam biasa la kalau dia datang sini aku la yang kena menjemput dia di stesen kereta api. Hanya dengan tambang RM3 ringgit je untuk beliau datang ke sini. Murah tak? murah tak? Kalau macam ni, hari2 pun dia boleh datang kan. Bila dia sampai je, aku terus bawa dia pergi ke Bank Islam dan selepas itu terus kami pergi ke Kluang Mall. Sampai di sana, kami duduk2 jap dalam kereta dan dia suruh aku bukak perfume Chances dia yang belum dibuka lagi sebab dia nak aku yang buka kan. Maklumlah, aku memang suka perfume Chances dia tu, sesuai dengan hidung aku dan perfume tu menjadi favourite aku :)

Selepas tu, kami decide nak beli tiket wayang dulu, sekali sampai je tingkat atas, wayang still close lagi. So, kami duduk di tempat yang berdekatan dengan cinema tersebut sambil2 berbual2, usik mengusik, amik gambar dan sebagainya la. Bila wayang dah buka je, terus kami beratur untuk membeli tiket. nasib masa tu still tak ramai orang lagi. Agak bingung jugak kami ketika itu sebab tak tahu nak tengok cerita apa. Last2, movie Bohsia menjadi pilihan kami dan tanpa membuang masa kami terus membeli tiket tersebut.








Tengah nak beli tiket time ni. sempat lagi :)





Sementara nak tunggu movie start pada pukul 12 tengah hari, kami jalan2 dulu cuci mata tengok2 baju, beg dan macam2 la. Kami hanya tengok je, tapi tak beli pun. hehe. Lepas dah jalan2, kami masuk kedai buku Popular pula. Tujuannya memang nak cari satu novel ni, last2 beli sampai dua buah novel. Bajet untuk date pun lari sikit sebab kami memang tak plan nak beli novel. hehe. Apa2 pun thanks sayang untuk novel tu ye :) Bila dah pukul 12, Kami terus masuk dalam wayang layan movie Bohsia. Bagi movie tu, kami bagi 3 setengah bintang, jalan cerita dia memang kelakar la. Tak percaya korang pergi tengok la :) Selepas tu, bila dalam wayang kompem perut dah bagi isyarat lapar kan? so, kami makan di Pizza Hut unyuk isi perut yang sememangnya perlu diisi. hehe. Selepas habis makan dalam pukul 3 kami pergi ke kedai cincin. Ehem2, buat apa di sana eak?? haha. Saje survey2 cincin, tengok2 dulu harga kan. Lepas tu bolehla beliau kumpul duit belikan aku satu! hehe. Tujuan masuk kedai cincin tu cuma satu je, beliau nak tahu saiz jari aku, nanti senang dia nak belikan aku cincin, buat tunang katanya. Wow! terharu plus excited. Bila dah ukur, aku baru tahu jari aku yang comel molek ni rupa2nya saiz 9. Haa, kecik je kan? comel pulak tu ( perasan lebihhh ) :P





Dekat Pizza Hut time ni, makan aiskrim. sodapp!!




Amik gambar dlu semntara nak tggu makanan sampai :D




Selepas dah tengik cincin, sebelum balik singgah Pasific jap sebab cik abang sayang tu nak belikan buah tangan untuk bakal mak mentua. hik3! Dia belikan anggur untuk mak aku dan minuman Vitagen untuk bakal2 adik ipar dia. hehe. So, lepas tu, kami pun balik ke rumah aku sebab kami belum solat zuhur lagi time tu. First time dia datang rumah aku dan ini kali ke-2 dia jumpa parents aku. Kebetulan memang aku nak dia datang rumah sebab aku nak suruh dia masuk kan segala game, movie dekat lappy aku ni. Saje, buat hilangkan bosan bila dia tengah bekerja. Bila dia dah masukkan semua, dalam pukul 5 kami keluar dan aku membawanya pergi ke Tasik tempat second date kitaorang last year. Tapi disebabkan sudah petang dan cuaca memang panas gila, aku plan bawa dia ke Gunung lamabak pulak. Tapi sebelum gerak ke Gunung lamabk, aku bagi dekat beliau hadiah yang aku beli untuk dia for anniversary kami. Sorry, hadiah tak berapa special sangat but I hope you like and love it honey :) 






Jeng, jeng, jeng..ni la hadiah untuk beliau :)






Sampai di sana dalam sekitar pukul 6 mcam tu, time tu memang aku dah mula gelisah dan sedih sebab aku ada masa lagi setengah jam bersama beliau :(
Di Gunung Lambak, kami sekejap aje lepak2 di sana, dan selepas tu aku terus drive untuk pergi ke stesen bas untuk menghantar beliau pulang. Fuhh, nasib baik tiket bas still masa ada lagi. Pada pagi sebelum aku nak amik dia dari setesen kerata api, aku pergi beli tiket untu dia balik sebab aku takut tiket dah habis kan. Bila sampai dari satu kaunter ke satu kaunter tiket untuk pulang ke JB sudah habis. Time tu aku dah cuak gila sebab aku terpikir macam mana nanti dia nak balik. Tapi syukur Alhamdulilah, jumpa jugak tiket untuk pulang ke JB dan aku terus membelinya. Sementara nak tunggu pukul 6.30 petang, baki hanya tinggal 15minit untuk kami bersama, aku terharu bila dia cakap :

" Cuma b je yang akan sarungkan cincin di jari manis sayang "


( sweet tak sweet tak? haha )

Actually ini kali kedua dia cakap macam tu secara live di hadapan aku dan buat aku rasa terharu sangat. Dia juga cakap yang dia sayang dan cinta kat aku sampai bila2 dan yang paling penting dia selalu suruh aku jaga diri baik2 sebab sekarang ni macam2 benda dah banyak berlaku. Dia betul2 risau dan takut akan kehilangan aku. You don't worry my dear, I will be fine if you always there by my side :)

Dengan berat hatinya aku turun dari kereta untuk menghantar beliau pulang. Rasa hati ni sangat2 berat nak melepaskan dia masuk dalam bas tersebut. Tapi apakan dia, dia kena pulang jugak. Dan tepat 6.30 petang bas Orkid yang dinaiki beliau dengan secara perlahan-lahan mula bergerak dan terus keluar dari perkarangan stesen bas tersebut. Aku hanya memandang sepi je saat bas tu ingin meningglkan aku dan hati aku sedih saat itu, sebab rindu aku pada dia mula mucul kembali :( Dan bila bas tersebut hilang dari pandangan mata aku, aku terus melangkah kaki keluar dari stesen bas tersebut dengan persaan hiba dan terus pulang ke rumah.




Sedih nak hantar dia pulang :'(




Dan yang paling penting, I love him very much dan aku berharap dia adalah jodoh aku sampai Jannah, InsyaAllah.

Honey, i like and miss to see your cute smile :) you smile make me very happy and I hope you always smile besides me ^_^




Comel je bila dia senyum. I like his dimple!


Bubye! ~~



P/S : Thanks for everything my dear, very enjoy and happy with you yesterday. Have a great and nice day! cannot forget it :)




3 comments:

Kekzamanis said...

Sweetnya korang! MM doakan berbahagia hingga ke jinjang pelamin & berlanjutan hingga ke Jannah.. InsyaAllah.. =)

Thirah said...

waaaaaa...sweetnye..semoga korang ada jodoh ye...uiks..agak2 bila nk tunang tu?hehehehe..

Liyana Azhar said...

comel korang.. smge berkekln smpai ke syurga firdausi :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...