Wednesday, 11 January 2012

Mimpi Di Patuk Ular - Ada Orang Nak Datang Meminang ?







Hye ^_^






Ada tak diantara korang yang pernah mimpi dipatuk ular? ada tak? ada tak? hehe..kenapa tetiba aku cerita pasal mimpi kena patuk ular pulak kan? adakah aku yang bermimpi? hahaha..sebenarnya aku tak pernah mimpi lagi pun, tapi berharap sangat lah dapat mimpi ni..mana la tau kan tiba2 jek cik abang datang hantar rombongan meminang..dapat kahwin cepat2..hahahaha


tapi kalau ikut kepercayaan orang dulu2 katanya kalau mimpi ular ni memang akan ada orang yang nak masuk minang..bila difikirkan balik, apa kena mengena la antara kedua benda tu..musykil2..haha..tapi kalau dari segi islam pulak..mimpi dipatuk ular atau mimpi berkaitan ular merupakan petanda yang tidak baik!! mimpi ular ditafsirkan kepada beberapa tafsiran menurut kiswahonline (ustaz hayat) kalau mimpi ular bermaksud:



1.Percakaran antara keluarga,anak2 dan isteri
2.Kemungkinan ada orang yang hasad dengki kepada anda
3.Petanda anda terkena sihir atau gangguan makhluk halus
4.Musuh yang mempunyai harta
5.ular masuk rumah:Musuh anda telah menjalankan konspirasi menjatuhkan anda.
6.Bunuh ular:Anda berjaya mengatasi musuh anda
7.kena patuk:anda terkena musibah
8.Bunuh ular atas katil:isteri akan meninggal dunia.
9.Rumah penuh ular tetapi tidak takut:rumah anda musuh muslimin dan orang mengikut hawa nafsu
10.Ular mati:musuh anda akan musnah tanpa bersusah payah
11.Ular masuk ke rumah dan keluar begitu sahaja:musuh sebenarnya dari kalangn ahli keluarga sendiri


bila aku baca ni..terkedu pulak rasanya..tetiba rasa takut. tapi orang kata mimpi tu hanya mainan tidur. tapi apa salahnya kalau kita berjaga-jaga kn..huhu..







5 comments:

nini said...

haah penah dengar ustaz cakap kalo mimpi ular petanda kena sihir....erm...

Mrs Velentine said...

mainan tido tp kena jaga2 juga k..

Naz said...

pelik gak kan..mimpi ular dikaitkan dgn jodoh..

Si Single said...

mcm2 lah
yg pntg kne sentiase berjage2 okay
:)

mus said...

mimpi ular dikaitkan dengan sihir dan saka, ini sebenarnya pendapat kebanyakan
perawat Islam berdasarkan dignosis dan kaji selidik kepada pesakit.

rata2 pesakit sihir mengalami mimpi ular, mimpi di tempat kotor, jatuh dr tempat tinggi, dsb.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...