Monday 7 May 2012

Alhamdulillah..Dah Genap Setahun.







Hye ^_^



Tanggal 5 Mei 2012 genap lah setahun blog kesayangan tercinta ni. *sorry, terlewat sikit update dari tarikh yang sepatutnya*. Kira nya baru setahun jagung lah kan.. Ye, baru setahun bermakna masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam blog ni. Yelah, blog ni masih bau-bau mentah lagi.


Selamat Hari Jadi Blog Cik Pelangi yang setahun umurnya. Selamat Hari Jadi! Selamat Hari Jadi! Lantak aku lah nak nyanyi sorang-sorang. Bukan korang dengar pon..hehehe :P








Ok. abaikan gambar di atas sebab perasan comel..hik3



Biar aku story mory sikit dekat korang macam mana aku boleh melibatkan diri dalam dunia blog ni. tapi sebelum tu, korang tarik nafas dalam2 dulu dan  hembus..cukup 3 kali lepas tu baca Bismillah ok ^^ hehe

Sebenarnya aku tiba2 jadi minat dalam dunia blogger ni bila aku kenal dengan my boyfrriend a.k.a Encik Bedak Sejuk. Masa mula2 kenal dengan dia sebagai kawan jela time tu, dia suruh aku baca blog dia. Bila aku asyik duk hari2 baca setiap entry dia, makin mendalam pulak niat di hati nak ada blog sendiri. Tengok dia ada blog macam best je. Lagipun ada jugak kawan2 aku yang lain ada blog, so aku decide nak ada blog jugak. Ni la blog yang terhasil setahun yang lepas. hik3..tak ada yang berubah pun, cuma header je yang berubah sebab cik abang tu yang tolong buatkan :) hehe. 

Lagipon aku ni jenis minat menulis, cuma malas nak tulis dekat buku diari sebab  penat la jari nak menulis cerita yang panjang lebar, dakwat pen pun oleh habis tau kalau macam tu. Bukan sebab tulisan aku buruk, tapi MALAS! FULLSTOP!! hehe. Tulisan aku sebenarnya lawa, memang ramai yang puji. Tak percaya? WAJIB kena percaya :P so, disebabkan malas tu, aku duk jela menaip kat lappy Acer kesayangan aku ni, meluahkan segala isi hati yang terpendam, chewahh! Nak update blog guna lappy ASUS cik abang tu, tak berkesempatan pulak ( tak kira, nak pinjam jugak dia pnya lappy )


Bila mula2 aktif dalam blog ni, makin hari makin gian nak update blog je memanjang. Biasalah, baru first time kan, korang pun mesti macam tu jugak kan? tak baik tak mengaku. hehe. Samapi kadang2 aku ketandusan idea tak tau nak update apa. Disebabkan tak tau nak update apa, aku biarkan jela blog aku ni bersawang dan diam seribu bahasa tanpa satu entry pun. Sobbb, sedihhh gile :'(

Dan sekarang genap dah setahun aku jadi seorang blogger. Follower pun makin hari makin bertambah. Bak kata cik abang sayang aku tu " orang hot and spicy kan ", " orang cantik kan ", " orang comel kan", " orang famous kan ", memangla ramai orang follow. haha. tu dia yang cakap, dan aku sama sekali menafikan perkara tu. Mana ada la! Orang follow sebab orang suka. Betul tak? hehe. Tapi aku mengucapkan  Syukur Alhamdulilah kepada sesiapa yang sudi follow blog Cik Pelangi yang tak seberapa ni sebab korang punya blog lagi cantik2, comel2 :)

Sampai sini sahaja entry untuk malam ni. Terima kasih kepada korang semua yang sudi bertandang cuci mata kt blog aku ni. Yang follow blog ni, InsyaAllah aku akan follow korang balik, asalkan korang tulis kt shoutbox yek ^^ untuk yang terakhir sekali aku nak ucapkan Happy Blogging kepada korang semua dan kita berblog ni sebenarnya untuk mecari satu kepuasan, untuk berkenalan dengan blogger2 lain, dan tambah kawan..bukan semata-mata untuk mengejar populariti. Tapi yang dah popular tu mungkin sebab rezeki dia dapat jadi popular, dan kita harus support antara satu sama lain. Tak gitu? hehe. Ok la, for the last akuu nak ucapkan Selamat Hari Jadi kepada blog aku ni.






4 comments:

! ❀ ainie sempoy ❀ ! said...

happy bufday to blog awk..hehe..jempot singgah blog sy yek

Aing said...

lahh dah setahun dah awak..bestnye! aku ni blogger baru,jemput2lah ke blog aku ok?
ko aku dah follow no 3! yeee.. :)

[sutera kasih] said...

tahniah..dh setahun..keep blogging :)

Saint Cloud Packing Service said...

Great reaading your blog post

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...