Friday, 18 May 2012

Tanda - Tanda Jika Kekasih Kita Curang








Hye ^_^






Kadang2 kite tak tahu bf/gf kita ni still cintakan kita atau tak or  si dia maybe dia dah ada orang len dalam hidup.

Let's check it out sign2 /tanda diorang curang :-


Change in attitude

Your partner dah tak selalu mesra dan manja dengan kamu seperti dahulu. Kalau bual kat hp pun, dia lebih banyak diam. Masa date, si dia kurang fokus dengan apa yang kamu bualkan dan selalu aje check handset dia.

Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi dia atau pun kamu sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal. Maybe ada insan lain yang mempengaruhi dia.
Give Excuses /Memberi Alasan
Bila kamu menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan perbualan sependek mungkin dengan alasan ibu memanggilnya di dapur ke, ayah suruh tolong cuci kereta dan sebagainya.

Bila ajak keluar, asyik berdalih dengan alasan sibuk atau banyak assignment.

Mengelak Pandangan Mata
Apabila bersama kamu, si dia lebih suka menundukkan wajah daripada melihat ke mata kamu. Ini kerana mahu mengelak dari tembelangnya pecah kerana kata orang ‘The eyes are the mirror of the soul”

Selalu Dengan Handsetnya
Dah kalau ber-SMS tak henti-henti & bila kita nak check hp, si dia tak bagi. Privacy katanya. Hah, pasti ada udang yang disembunyi sebalik batu!

Gelisah Tak Tentu Pasal
Si dia asyik tengok jam tangan macam2 ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga kamu terganggu dengan gelagatnya seperti cacing kepanasan.

Ataupun apabila handphonenya berdering,  dia cepat2 lari anak ke tandas untuk menjawabnya. Nampak benor curangnya..

Menolak
Kamu ajak dia keluar pada hujung minggu tetapi si dia tak mahu. Ajak tonton wayang alasannya filem tak best. Jika nak belanja makan, si dia tetap menolak.

Ini kerana si dia tidak ingin lagi terhutang budi kepada kamu yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.
Membesarkan Masalah Kecil
Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.

Kurang Melafazkan Kata-Kata Cinta
Kalau dulu,  mesej mesti ada kata-kata cinta dan puisi rindu, skang dah tak ada. Kata ucapan dan pertanyaan daripada kamu juga disambut cam acuh tak acuh.
Tersasul Menyebut Nama Panggilan Lain
Selama ini, kamu dan partner membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.
Tidak Menghargai/appreciate Pemberian Anda
Hadiah kamu masa hangat bercinta dulu menjadi harta paling berharga tapi sekarang hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun dibuang. kamu jugak perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat di jari manisnya.

Membalas Panggilan/ SMS Acuh Tak Acuh
Perbualan telefon adalah sangat boring sebab si dia lebih suka berdiam diri. SMS kamu pula hanya dibalas sepatah perkataan ataupun sekadar ‘K’ sahaja.

Menjawab Panggilan Secara Berbisik
Entah kali ke berapa kamu menelefonnya tapi hanya kali ini si dia menjawab panggilan. Malangnya suara si dia sedikit cemas dan berbisik lalu memutuskan panggilan secepat mungkin. Ada hal mustahak lain katanya.
Mencari Kesalahan Anda
Kerana nak clash ngan kamu, si dia berusaha untuk mencari silap/fault kamu untuk dijadikan alasan untuk clash. Hinggakan perbuatan kamu dulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan.

Cepat Marah
Apabila ditanya mengenai aktiviti yang dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh kamu mahu mengongkong kehidupannya.

Tidak Mengendahkan Rajuk Anda

Normal dalam bercinta, ada perselisihan dan rajuk. Tapi tetiba  ini kamu dibiarkan makan hati sendirian dan si dia langsung tidak memujuk.

Tidak Menghubungi Anda
Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara kamu. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon.

Malahan kamu pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.

Berahsia / Menipu
Jika ditanya tentang dengan siapa dan ke mana dia pergi, si dia akan sedaya upaya mengelak daripada memberi jawaban and it is worser if si dia berbohong kepada kamu.

Hadiah Secara Tiba-Tiba
Bukan hari kekasih, bukan hari lahir anda, dan bukan juga hari anniversary anda berpacaran, si dia meberi hadiah mengejut. Biasa dipanggil guilt gift.

Dek kerana berasa bersalah atas kecurangannya, si dia cuba ‘menyuap’ kamu dengan hadiah agar kamu tidak berasa syak.

Menghilangkan Diri
Ada suatu ketika kamu lost contact dengannya. SMS tiada jawapan dan panggilan hanya operator yang menjawab. Apabila ditanya keesokan hari, alasan si dia Celcom buat hal.
Kawan Baik Anda Menunjukkan Hint
kamu dan kekasih anda mempunyai seorang mutual friend yang rapat dan tahu kisah cinta anda. Tiba-tiba kawan kamu itu berkelakuan aneh dan kurang memberi sokongan kepada perhubungan kamu.

Kamu perlu lebih peka dengan isyarat ini kerana sebagai kawan baik, tak mungkin dia sanggup bercerita buruk tentang kekasih kamu secara berdepan. Sahlah kawan kamu  mengetahui sesuatu tentang kekasih kamu yang kamu tidak tahu.

Naluri Anda
Percayalah pada naluri kamu. Hati sendiri akan mengiyakan sekiranya kekasih kamu itu selingkuh walaupun logik akal kamu cuba menafikannya. Bukankah perasaan cinta itu sendiri datangnya dari hati?

Jangan terlampau lurus dan anggap kekasih kamu tak kan pernah curang, dalam masa yang sama elakkan daripada cepat membuat judgement dan kesimpulan.


Jika si dia mempunyai petanda-petanda seperti dinyatakan di atas, kamu sudah dapat meneka bahawa kamu sesuatu yang tak kena dalam perhubungan anda. Maka, buatlah sesuatu ok :)

Ikhtiar. Jangan cepat melatah dan bertindak ikut nafsu. Jeles dan berburuk sangka yg melulu hanya akan merencatkan lagi perhubungan kamu berdua. Selidik, cari fakta, dan positifkan diri dahulu sebelum kamu face to face /slow talk  dengan si dia. 








3 comments:

Kekzamanis said...

Yang paling penting dalam satu2 perhubungan tu adalah kesetiaan, kejujuran & saling mempercayai antara satu sama lain.. Tapi if dah takde jodoh, apekan daya kan?

Keypoint kat sini is JUJUR.. Kalau betul dah takde perasaan ngan pasangan kita, bawak berbincang elok2 & berterus terang.. Kan lagi better macam tu.. Tak payah nak mengundang gundah di jiwa menipu sana sini.. Betul tak? =)

♥ Cik Pelangi ♥ said...

betul2..setuju sgt3!! :) lau boleh bertahan, pertahankan la..if dah xboleh, anggap sje jodoh xada..insyaAllah akan ada yg lbh baik :)

Nasrul said...

Hanya Dia yang maha mengetahui.. :) Cintailah Dia sbenar2nya d dunia & akhirat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...