Wednesday 23 May 2012

Tidak Ada Rezeki :(







Hye ^_^



Hari tu aku ada sebut kan pasal aku nak buat satu entry ni. Ingat tak? lau tak ingat tak pela ( merajuk. hehe ). Entry pasal perasaan aku saat ini. Kecewa, sedih, hampa dan seangkatan dengannya la. Mesti korang nak tau kan what happen to me?? Bergaduh dengan encik boyfriend ke? Ohhhh..tidak sama sekali. I'm very happy with him now :) Ni tidak ada kena mengena soal cinta atau sebagainya. Ini bersangkut dengan masa depan. Yeahhh, my future !!

Kalau korang ada terbaca entry aku yang lepas2, kan aku ada cakap kan aku dapat menduduki ujian MedSI. Aku dah selamat dah mennjawab kesemua 300 soalan yang ditanya tu. So, result daripada ujian tu sudah dikeluarkan oleh pihak UPU untuk kos pendidikan pada 19 Mei hari tu. Siapa yang berjaya dalam ujian tu bolehla pergi ke peringkat yang seterusnya, iaitu temuduga. Malangnya, jawapan yang diberikan untuk aku amat mendukacitakan. That's why I'm very sad and disappointed. Harapan aku hancur begitu sahaja. Impian untuk menjadi seorang pendidik hancur berkecai. Sedih memang sedih sebab itu juga harapan kedua ibu bapa aku yang sangat berharap agar aku menjdi seorang guru. Tapi malangnya, nasib tidak menyebelahi aku :(

Sampai sekarang ni rasa sedih tu masih ada. Tak tahu apa jadi dengan masa depan aku. Harapan aku hanya tunggu keputusan daripada UPU pada bulan Julai nanti untuk melayakkan aku sambung pada peringakat ijazah pulak. Encik Bedak Sejuk, my sweet love selalu berikan kata2 semangat untuk aku dan yakin pada diri bahawa rezeki yang lain pasti ada. Beliau sentiasa ada bersama - sama aku dalam saat aku tengah sedih ni.  Mungkin ini bukan rezeki untuk aku, InsyaAllah akan ada yang lebih baik untuk aku, hopefully :)




Walaupun sedih, aku paksa kan diri ni untuk tersenyum jugak sebab Encik Bedak Sejuk cakap aku nampak manis dan cantik bila senyum :) hehe. So, aku kena terima keputusan ni dengan lapang dada and always think positive. Mungkin ada hikmah disebaliknya, mungkin Allah dah tentukan yang terbaik untuk aku sebab Allah itu kan maha mengetahui. Dia pasti akan memberikan yang terbaik untuk hamba2-Nya. Aku percaya ada yang lebih baik untu aku yang dirancang oleh-Nya. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, yang mennetukan segala2nya adalah Dia yang satu.



Aku hanya mampu sabar dan jangan cepat mudah berputus asa. Jangan tangisi hal yang lalu. Aku hanya mampu redha aje. Aku juga nak ucapkan tahniah kepada kawan2 seperjuangan yang lain yang dapat mara ke peringkat yang seterusnya. Semoga berjaya dalam temuduga tu nanti :) 


P/S : Sangat perlukan kekuatan saat ini dan senyum selalu :)








3 comments:

misscadburymilk said...

x ape lah cik pelangi..
msty ader rezeki yang lbih baek diaturkan oleh ALLAH tanpa pgtahuan kita.. Anyway, be strong n smile..^_^

Rabitah Said said...

same goes to me cik pelangi..
i feel what you feel sis(cewah sis gtu,boleh panggil akak tak?hehe.. btw akak tua setaun je dari saya.. hehe )
be strong keyh.. rezeki kita kat tempat laen :)

nadia said...

mengalami nasib yg sama
harapan parents pun sama:)
cuma fikir yg positif je utk hilangkan kesedihan
Bukan rezeki kita kali ni..
nadia ingat nak gak buat entry pasal ni tp belum ada kerajinan .. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...