Sunday, 2 October 2011

Pasangan muka seiras, jodoh panjang ?

Assalamualaikum semua :)

Orang kata pasangan kekasih yang muka seiras,jodoh diorang panjang.Bukan seorang dua yang cakap,dah berpuluh-puluh orang yang kata macam tu.Aku cuma diam sambil tadah telinga.Mungkin betul,atau mungkin kebetulan je kot.Banyak teori aku dengar bila muka seiras;

  • Jodoh panjang
  • Jodoh kuat
  • Memang jodoh
  • Sehati sejiwa
  • Serasi bersama..sehati berdansa?-->Tak mungkin!

Mungkin jugak,ayat tu untuk menyedapkan hati.Bila orang tu dengar,senyum sampai ke telinga la jawapnya.Aku tak nafikan,memang kadang-kadang bila tengok pasangan kekasih tu,ada yang muka seiras sampai ada yang kata macam adik-beradik.---> Ni bahaya!


Jeles?Naluri kewanitaan aku memang normal.Jadi,memang ada perasaan jeles bila tengok pasangan yang muka seiras.Alahai...aku semua nak jeles! Tengok orang berkepit pun jeles..Jeles je,bukan dengki tau...
Baru-baru ni,lepas majlis akad nikah pengacara Majalah 3(Nurul Syuhada Nurul Ain),banyak orang kata muka diorang seiras..sama cantik dan sama padan.Sekali tengok tak sama,banyak-banyak kali tengok..aah la,ada la sikit iras-iras..(ke aku yang lebih-lebih set dalam kepala sebab dengar orang lain cakap macam tu?)




p/s : Bila agaknya aku nak kahwin?(Statement yang sangat gatal)-->Sila abaikan! ;) 










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...